Perjalanan dari Kota Bharu ke Rantau Panjang &Sungai Kolok ke Hatyai, Thailand
Bagi yang ingin membuat
trip Indochina dari Malaysia secara overland, Hatyai merupakan pit stop
utama yang perlu disinggah sebelum meneruskan perjalanan. Hatyai lebih dekat
dengan penduduk utara Malaysia iaitu Kedah dan Perlis. Sempadan Thailand
Malaysia di Kedah adalah Bukit Kayu Hitam manakala Perlis adalah Padang Besar.
Bagi yang datang daripada selatan tanah air, tentukan sempadan yang ingin
dimasuki samaada melalui Bukit Kayu Hitam atau Padang Besar.
Sementara bagi
penduduk Pantai Timur, adalah lebih dekat memasuki Thailand melalui sempadan
Sungai Kolok atau Takbai. Sungai Kolok dekat dengan Rantau Panjang manakala
Takbai terletak di sempadan jajahan Tumpat iaitu Pengkalan Kubur. Jika melalui
Takbai hanya ada satu pilihan sahaja untuk ke Hatyai iaitu menggunakan minivan.
Manakala dari Sungai Kolok, boleh ke Hatyai menggunakan keretapi. Tambang
keretapi adalah lebih murah berbanding minivan.
Menurut
penduduk tempatan, hanya terdapat 2 perjalanan sahaja keretapi ke Hatyai iaitu
pada pukul 7 dan 10 pagi (waktu Thailand). Perlu diingat, apabila memasuki
Sungai Kolok, automatic waktunya adalah awal sejam berbanding Malaysia.
Bermakna, waktu 10 pagi di Thailand adalah 9 pagi di Malaysia. Untuk ke
Imigresen Rantau Panjang, hanya perlu mengambil bas dari Stesen Bas Kota Bharu
(berhadapan dengan Parkson, The Store, Muda Osman) dengan bayaran Rm 5.10
dengan tempoh masa sejam atau sejam lebih bergantung kepada traffic. Sebaiknya
amik bas seawal pukul 6.45 pagi dari Kota Bharu ke Rantau Panjang supaya tidak
terlepas keretapi Sungai Kolok.