DISQUS SHORTNAME

Selasa, 31 Oktober 2017

Trip ke Singapore: 9 tempat menarik free di Singapore

Singapore antara negara yang sangat best untuk melancong. Banyak tempat-tempat menarik di Singapore yang boleh dikunjungi dengan menggunakan pengangkutan awam. Perkhidmatan bas dan juga MRT  yang efisyen  dan banyak tanpa perlu menunggu lama menjimatkan masa dan kos untuk bergerak ke satu tempat yang lain. 

Tempat menarik yang free di Singapore

1)   Marina Bay
Tempat yang cukup relaks dan tenang untuk bersantai sampai melihat keindahan bandar Singapore dengan bangunan pencakar langit dari tepian sungai.


2)   Merlion Park
Tugu singa yang mengeluarkan air merupakan tempat yang mesti datang untuk mengabadikan kenangan disini. Mercu tanda Singapore selain Marina Bay.

3)   Helix Bridge
    Reka bentuk jambatan ini sangat menarik dan jika waktu malam lagi lawa. Jambatan yang menghubungkan antara Espalanade dan Marina Bay.

4)   Harbour Front
    Jetty ini merupakan tempat menaiki ferry ke Batam dan juga persinggahan untuk ke Sentosa Island. Tetapi disini juga sangat best untuk santai-santai sambil melihat kapal dan ferry serta menikmati keindahan pelabuhan. Jika rajin boleh membeli belah di Vivo Mall.

5)   Kg Glam 
    Perkampungan Melayu di Singapore yang telah pun berubah menjadi kawasan tumpuan pelancongan. Jika disini boleh melawat Istana Kg Glam yang merupakan bekas Istana raja di Singapore.

6)   Arab Street
    Tumpuan utama ke sini ialah Masjid Sultan yang merupakan masjid utama di Singapore dan antara tertua di negara tersebut. Perkarangan masjid ini akan bertukar menjadi "Little Arab" menjelang waktu petang. 

7)   Bugis Street
    Disini tidak lain ialah tempat untuk membeli belah di Singapore. Ada shopping mall dan ada juga bazar yang menjual barang yang lebih murah terutamanya cenderahati. 

8)   Chinatown
Ianya seperti petaling street di Malaysia. Dengan pelbagai barangan cenderahati dan pakaian yang dijual murah berbanding tempat lain. Disini lebih kepada kawasan perniagaan kaum Cina. Terdapat Masjid Jamek Chulia berhampiran dengan Chinatown. Majid ini kurang tumpuan berbanding Masjid Sultan.

    9) Little India
Umumnya kawasan ini merupakan kawasan penempatan warga India yang menetap di Singapore. Disini seni bina bangunan banyak yang menyerupai seni bina India dengan ukiran dan motif pada bangunan daripada kebudayaan India. Banyak barangan India yang boleh didapati disini termasuk makanan, pakaian, cenderahati dan sebagainya. 

Banyak lagi tempat menarik di Singapore yang wajib dikunjungi seperti USS, Sentosa Island dan lain-lain. Baca selanjutnya disini. Untuk panduan ke USS klik sini.

Buat photobook murah dan jimat di sini


Panduan jimat menaiki bas ke Singapore Zoo dari Johor Bharu

Disini adalah panduan jimat menaiki bas dari Johor Bharu bagi rakyat Malaysia yang hendak ke Singapore Zoo. Singapore Zoo sangat menarik dan best. Tempatnya lebih besar dan happening berbanding zoo negara. Singapore Zoo, River Safari, dan Night Safari terletak di kawasan yang sama (Mandai). Ada beberapa cara ke Mandai dan ini ialah yang paling senang dari JB menggunakan public transport.


Cara-cara ke Singapore Zoo dari Johor Bharu


1) Bus CW1/950 ke Kranji MRT
2) Kranji MRT ke Choa Chu Kang MRT (2 stations)
3) Bus 927 ke Singapore Zoo

Cara-cara ke Jurong Bird Park dari JB


1) Bus CW1/950 ke Kranji MRT
2) Kranji MRT ke Jurong East MRT (5 stations)
3) Tukar red line ke green line @ Jurong East MRT
4) Jurong East MRT ke Boon Lay MRT (3 stations)
5) Bus 194 ke Jurong Bird Park

Jika menggunakan kereta sendiri perjalanan hanya mengambil masa 15-20 minit dari Woodland  checkpoint. Untuk parking, anda perlu reload autopass di 7e memandangkan parking di Singapore memerlukan anda menggunakan Autopass card. Caj parking adalah S$3/hour dan maximum adalah S$10/entry.

Untuk masuk ke Singapore Zoo dan Jurong Bird Park memerlukan tiket.  Baca selanjutnya di sini. Adalah sangat berbaloi dan lebih murah untuk membeli tiket kombo atau 2 park dan secara online. Check tiket untuk dapatkan diskaun. Pembelian  di Klook  lebih jimat, murah dan berbaloi-baloi dengan diskaun yang banyak klik sini.

Tarikan terbaru di Singapore Zoo bakal memukau mata anda, Rainforest Lumina Night Walk Singapore Zoo. Untuk ke USS baca perkongsian sini.

Rabu, 25 Oktober 2017

Jejak sejarah Kelantan di Singapura sangat mengujakan.




Sejarah Kelantan terpahat di jalan di Singapore. Sebaik terpandang sign board ini hati terasa berbunga banga dan gembira melihat nama Kelantan diabadikan pada jalan di sini. Satu perasaan yang sungguh teruja kerana berjumpa tanpa dengan sengaja setelah merayau-rayau tanpa arah tujuan. Sesat yang memberikan kenangan manis dan bangga dengan orang-orang lama Kelantan yang berjuang mencari nafkah hidup sehingga ke singapura.

Semasa sedang makan di salah sebuah gerai di Haeig Road, berbual-bual dengan pak cik dan mak cik yang duduk di kerusi depan. Dari topik ringan-ringan dengan sapaan duduk kat mana sehingga laa berlanjutan kepada isu negara berkaitan politik, budaya dan sejarah negara.

Sekali lagi, terkejut apabila pak cik tersebut membuka cerita perihal Kelantan Road memandangkan aku memperkenalkan diri sebagai orang Malaysia yang berasal dari Kelantan. Kelantan sangat familiar baginya kerana figura politik yang disanjung seluruh Negara iaitu almarhum tok guru Nik Aziz Nik Mat, mantan Menteri Besar Kelantan merangkap Musyidul Am Pas, sebuah parti politik dominan dalam parti politik di Malaysia.

Aku diceritakan dengan lebih lanjut perihal sejarah kewujudan Kelantan Road dimana suatu ketika dahulu kawasan tersebut merupakan kawasan penempatan ramai orang Kelantan yang berhijrah ke Singapura. Pada tahun 1970 an memang ramai orang Kelantan yang berhijrah mencari rezeki di Singapore. Pembangunan di Singapore pada hari ini sedikit sebanyak dari keringat peluh orge Kelantan yang banyak mengisi tenaga buruh dalam sektor pembinaan dan juga di pelabuhan Singapore

Tetapi akhirnya mereka ini telah dihambat atau diusir dari tempat tersebut kerana isu-isu yang timbul. Aku syak mungkin sebab pembangunan kawasan tersebut diambil alih untuk membina bangunan dan pusat komersil yang lebih menguntungkan berbanding dijadikan kawasan penempatan yang berpotensi menjadi kawasan setinggan. Mungkin juga kerana semangat assobiyah “orge klate” yang tidak disenangi oleh pemerintah Singapura. Berhampiran Kelantan Road, terdapat nama yang sangat signifikan dengan Malaysia iaitu Perak Road yang turut diabadikan pada jalan disini. 

Sesungguhnya apabila melancong atau melawati ke  mana-mana negara satu perasaan yang sangat bangga apabila  signature-signature dari negara ini dapat dilihat di negara asing.

Selasa, 24 Oktober 2017

Trip ke Batam melalui Singapore: Tips pengangkutan murah di Batam

Tip memilih pengangkutan terbaik jika berkunjung ke Batam. 

Jika kesini satu cara yang paling murah untuk meneroka ke seluruh Batam ialah dengan menggunakan bas. Tambang bas disini ialah 4000 rupiah tanpa mengira jauh atau dekat perjalanan. Kondisi bas lengkap dengan aircond dan radio serta masih mengekalkan konduktor bas. Namun jika tidak bernasih baik, ada bas yang kelihatannya sangat uzur dengan tiada tangga. Untuk naik ke dalam bas, anda perlu memanjat. Kebiasaan bas seperti ini digunakan untuk perjalanan yang agak jauh ke pedalaman Batam. Bas di sekitar bandar berkeadaan baru, moden, dan bersih serta beraircond.

Disini juga ada bas van yang mana tambang bagi teksi jenis ini lebih kurang 7000 rupiah. Ianya dikendalikan oleh orang perseorangan yang menjalankan teksi tanpa permit yang sah.
Tetapi, jika ingin bergerak cepat ke mana-mana destinasi pilihan mudah ialah dengan menaiki teksi yang tersangat banyak di Batam. Tambahan pula  grab crab turut menyediakan perhidmatan disini.

Untuk perjalanan yang tidak begitu jauh sekiranya malas berjalan kaki terdapat banyak teksi motor atau dipanggil ojek yang bersedia membonceng anda membawa ke destinasi yang ingin dituju. Disini, kehidupan mereka sangat susah dengan peluang pekerjaan yang terhad. Ramai yang menggunakan pelbagai cara yang ada untuk mencari sumber rezeki termasuk juga dengan hanya berjualan pelbagai jenis kekacang dan menjaja dari satu tempat ke tempat lain. Dapatkan photobook murah dan berbaloi-baloi di sini.

Baca tentang sejarah Kelantan di Batam klik sini. Untuk mengetahui lokasi hotel murah baca sini

Sabtu, 21 Oktober 2017

Trip ke Batam melalui Singapore: penginapan percuma di Batam

Bagi backpackers yang ingin berjimat dengan penginapan, boleh menumpang tidur di Masjid Raya Batam yang merupakan masjid utama di Batam. Untuk kesini dari pelabuhan utama Batam Center tidak lah begitu jauh. Dengan hanya 10 minit berjalan kaki.

Bagi yang ingin menjimatkan kos boleh menumpang tidur di dalam kawasan Masjid Raya Batam. Hanya perlu memberitahu kepada pengawal keselamatan masjid dan mereka akan memberikan bilik kosong. Walau bagaimanapun, bilik yang disediakan tidak berkunci justeru keselamatan beg dan barang-barang yang ditinggalkan ketika keluar bersiar-siar adalah menjadi tanggungjawab sendiri.

Bilik ini merupakan bilik pengajian pada waktu siang. Dan malamnya pihak pengurusan masjid memberi kebenaran kepada pelancong muslim yang ingin bermalam di masjid tanpa mengenakan apa-apa bayaran tetapi mereka akan meminta passport untuk dipegang. Passport ini akan dikembalikan semula apabila pelancong ingin keluar dari masjid tersebut. Bilik tersebut hanya beralaskan karpet usang. Justeru, bagi yang ingin tidur selesa bertilamkan katil, selimut dan bantal, bermalam di masjid ini amatlah tidak sesuai.

Untuk ke masjid ini daripada jetty Batam Central hanya perlu berjalan kaki sahaja dan boleh menggunakan laluan shortcut untuk cepat sampai. Masjid terletak berhadapan dengan Batam jetty, Batam Centre tetapi perlu melintasi kawasan padang  berhadapan dengan bangunan ala-ala muzium kesultanan Melayu.Namun, sekiranya anda bertanya arah kepada penduduk tempatan apatah lagi kepada teksi motor mereka tidak akan menjawabnya dengan jujur. Adalah lebih mudah dan mempercayai google maps. 


Baca pengangkutan untuk ke Batam dari Singapore di sini. Ketahui tentang lokasi hotel strategik di Batam baca disini.

Cari

Like Us

Hot in week

Recent

Comments

Follow Instagram

Translate

index