DISQUS SHORTNAME

Selasa, 15 Mei 2018

Trip ke Indochina di Vietnam: 8 Tempat menarik yang mesti dilawati di Hanoi

Bercuti di Hanoi sangat best bagi anda yang ingin merasai percutian di bandar dan dalam masa yang sama berjimba-jimba dengan alam. Kawasan utara Hanoi mempunyai alam semulajadi yang memukau mata bagi yang meminati nature. Ini adalah tempat yang seharusnya dilawati jika bercuti di Hanoi.

1) Hoan Kiem Lake 
Tempat untuk bersiar-siar atau lepak di Vietnam sambil berjalan-jalan mengelilingi tasik. Hanya terletak berhampiran Old Quarter. Jambatan merah adalah simbol utama kawasan tasik ini yang menghubungkan dengan kuil Ngoc Son.  Hujung minggu di sekitar tasik ini sangat meriah dengan aktivit masyarakat tempatan memeriahkan kawasan ini.

2) Dong Xuan Market
Tempat shopping kain paling best di Hanoi. Dibuka dari 8 pagi hingga ke lewat malam tetapi biasanya sebelah petang sudah ada yang bersiap-siap menutup kedai. Kain disini dijual secara bundle.

3) Masjid di Hanoi
Majid An Noor berada di area Old Quarter,  terletak di jalan Hang Luoc. Berdekatan dengan night market dan Dong Xuan Market. Disini seharusnya dilawati bagi pelancong Muslim untuk mendapatkan makanan halal Vietnam berhampiran masjid. Untuk mencari makanan halal di Hanoi, bersebelahan masjid An-Noor ada satu kedai kecil yang menjual makanan halal. Harga berpatutan dengan portion yang besar untuk satu hidangan. Di area Old Quarter ada juga terdapat restoran makanan India muslim yang menyediakan menu halal untuk pengunjung muslim.



3) Women Museum
Muzium yang menempatkan cerita dan pelbagai kejayaan wanita Vietnam dalam menempuh liku-liku kehidupan semasa zaman perang Perancis dan Vietnam. Muzium ini besar dengan hampir 3 tingkat yang turut memaparkan pakaian wanita Vietnam dan alatan yang digunakan ketika bersalin, berpantang dan cara perkahwinan orang Vietnam. Ada video dan tayangan gambar serta pameran alatan. Untuk masuk ke sini perlukan tiket.


4) Ho Lo Prison
Penjara yang digunakan  oleh penjajah Perancis di Vietnam untuk menahan tahanan politik.  Pada zaman perang Vietnam, Vietnam Utara menggunakan penjara ini untuk menempatkan tawanan perang Amerika. Penjara ini kemudiannya ditukarkan menjadi sebagai muzium. Bayaran tiket adalag VND 30000.

5) Temple of Literature
Dikenali juga sebagai Temple of Confucius. Merupakan university pertama Vietnam dibina pada tahun 1070. Kawasan persekitaran tidak la begitu menarik melainkan kerana ianya merupakan binaan lama yang berusia beratus tahun dan sejarah kewujudannya. Tiket adalah VND 30000.

6) Tour ke Sapa

7) Tour ke Nam Choc

8) Halong Bay


Info sebelumnya baca sini. Overland ke Naning, China baca seterusnya di sini.

Sabtu, 12 Mei 2018

Trip Indochina di Vietnam: Tips penting mengelakkan anda terkandas di sempadan Naning

Di area Old Quarter Hanoi, terdapat banyak agensi pelancongan yang menyediakan perkhidmatan bas dari Hanoi ke Naning. Untuk survey tiket ke sana tentang harga dan pakej serta masa perjalanan boleh dilakukan dengan mudah sambil berjalan-jalan di area Old Quarter. Tetapi jika anda membeli tiket dari mana-mana agensi pelancongan di sekitar sini, anda perlu bersedia untuk stranded dan susah serta perlu membeli tiket lain ketika di border China.


Ramai yang akan menyangka pembelian tiket dari Hanoi ke Naning akan terus sampai ke China tanpa perlu bertukar bas. Tetapi apa yang berlaku sebenarnya mereka hanya akan menghantar anda sampai di border Vietnam sahaja iaitu di kawasan stesen bas untuk menurunkan penumpang sebelum bergerak ke Imigresen Vietnam. Ini bermakna, selepas menurunkan anda di perhentian terakhir di bus stesen sempadan, driver bas akan memberikan anda sejumlah wang yang cukup-cukup untuk anda membeli tiket dari imigresen China ke Naning. Selepas itu anda akan dibawa dengan buggy ke pejabat Imigeresen Vietnam untuk tujuan cop passport. Disini anda perlu membayar tambang buggy. Pastikan sediakan Dong disini.

Masalah akan berlaku apabila anda tidak mempunyai lebihan Dong untuk membayar tambang. Jangan habiskan dong anda. Pastikan anda menyimpan sedikit duit dong apabila bergerak ke sempadan untuk tujuan pembayaran kecemasan.

Cara terbaik ialah dengan bergerak sendiri ke sempadan Vietnam menggunakan bas atau share taxi. Kos rasanya lebih murah. (perlu research sendiri info untuk maklumat lanjut).

Cara lain ialah dengan membeli tiket ke China melalui Kim Lien Hotel.Tetapi masalah yang berlaku anda perlu bergerak sendiri ke hotel tersebut dan jika tidak silap mereka hanya mengambil penumpang khusus bagi yang menginap di hotel mereka untuk ke Naning. Bermakna anda perlu menginap di hotel untuk membeli tiket ke Naning melalui hotel ini. (perlu check kesahihan info ini). 

Info sebelumnya baca sini. Perkongsian tentang Guangzhou klik sini

Khamis, 10 Mei 2018

Trip Indochina di Vietnam: Hostel backpackers di Hanoi

Jika berkunjung ke Hanoi, hostel backpacker atau penginapan murah dan paling mudah di kawasan strategic ialah di Old Quarter Hanoi. Disini  sangat happening dengan pelbagai kedai yang menjual pelbagai jenis barangan. Kawasan ini merupakan pusat aktiviti harian penduduk dengan bermacam-macam kedai. Terlalu ramai pelancong asing yang menginap di area ini dan pelbagai barangan cenderahati boleh diperolehi dengan mudah di sekitar sini. Tempah hostel murah di Hanoi di sini.

Hanoi merupakan bandar transit untuk ke tempat pelancongan paling popular di Vietnam iaitu Halong Bay. Kedudukan yang strategic dengan destinasi popular lain di kawasan persempadanan Vietnam dan China.Dengan pelbagai kemudahan pengangkutan yang dimajukan disini, pergerakan para pelancong untuk ke mana-mana destinasi menarik di utara Vietnam ini menjadi lebih efisyen dan mudah. Mempunyai lapangan terbang, sistem keretapi dan juga bas, Hanoi perlu dikunjungi bagi melengkapkan perjalanan anda di Vietnam. 

Halong Bay lebih dekat dengan sempadan Naning, China manakala Na Binh atau Sapa tentunya tidak asing bagi pencinta keindahan alam semulajadi. HCMC syurga bagi shopping sebaliknya di Hanoi merupakan  syurga kehijauan.


Banyak kedai yang menjual pakej ke Halong Bay, Nha Binh, Sapa atau Tam Coc. Anda boleh survey sendiri disini dan runding harga mengikut bajet anda. Cara terbaik memilih pakej tour ialah dengan mencari tour agent yang disarankan oleh Tripadvisor yang kebiasaanya ada logo diletakkan di sign board mereka. 

Info Danang baca sini. Info seterusnya klik sini.


Rabu, 2 Mei 2018

Trip Indochina di Vietnam: 6 Panduan penting melancong di Dalat, Vietnam

Panduan penting ini akan memudahkan pelancongan anda ke Dalat.        Jika Malaysia terkenal dengan Cameron Highlands sebagai tempat sejuk. Di Vietnam, Dalat merupakan kawasan sejuk sama seperti di Cameron Highlands. Berada di sini seolah-olah berada di negara 4 musim pada musim Autumn. Melancong di Dalat tidak sama seperti di negeri lain di Vietnam. Di sini, anda perlukan sweater untuk mengatasi kesejukan. 
   
                                                                                                                
1)  Ambik tour
Jarak dari satu tempat menarik ke satu tempat menarik disini agak jauh antara satu sama lain. bagi yang datang ke sini, adalah lebih senang dan menjimatkan masa dengan mengambil pakej tour berbanding berjalan sendiri. Masalah komunikasi akan menjadi halangan terbesar sekiranya anda  ke sini kerana rata- rata penduduk di sini sukar memahami bahasa Inggeris. Dapatkan pakej tour Dalat ke tempat-tempat menarik serendah RM 24 di sini.

2) Sewa motor
Tempat menarik berada sangat jauh antara satu sama lain. jika disini cara paling senang adalah dengan mengambil tour tetapi jika anda seorang yang sukakan cabaran dan ingin meneroka sendiri Dalat, sewa motosikal adalah pengangkutan terbaik disini. Pengangkutan awam untuk ke tempat tumpuan pelancong agak tidak kelihatan.

                                                                                                      
3)  Bawa bekalan makanan sendiri
Travel food pack sangat diperlukan disini sekiranya anda seorang yang tidak boleh meninggalkan nasi dalam diet seharian. Sangat sukar untuk menjumpai restoran yang menyediakan makanan halal disini. Jika ke sini sama ada anda memasak sendiri atau membawa bekalan lauk segera dari Malaysia dan hanya membeli nasi.

4) Penginapan
Untuk memudahkan urusan pengangkutan dan mencari makanan basah seperti sayuran atau buah-buahan bagi keperluan makanan lebih baik mencari hotel sekitar bandar di area tapak pasar malam Dalat. Cari hotel murah di sini atau di sini.

5) Sediakan sweater
Untuk kesini anda sememangnya perlukan sweater sepanjang berada disini jika alah pada sejuk. Tempat ini lebih sejuk berbanding di bandar Saigon. Walaupun cuaca kelihatan agak panas tapi suhunya sedikit sejuk.

6) Ambik bas untuk perjalanan jauh dari Dalat.
Sekiranya anda bercadang untuk bergerak ke negeri lain dalam Vietnam, adalah dicadangkan untuk menggunakan perkhidmatan bas yang menyediakan perkhidmatan pick up dari hotel secara percuma. Malah pembelian tiket juga boleh dibuat secara phone call melalui pihak hotel. Ini bagi mengelakkan anda kesesatan untuk mencari stesen keretapi sekiranya menggunakan mod pengangkutan yang lain. Tempah bas online sini.

Catatan sebelumnya baca sini. Perkongsian seterusnya klik sini.

Trip Indochina di Vietnam: Catatan perjalanan bercuti di Danang

Bercuti di Danang
Bagi yang sukakan pantai, bolehla mencari penginapan yang berhampiran dengan pantai Danang. Pantai ini sangat meriah dengan orang ramai yang berkunjung ke sini untuk mandi manda dan bersantai. Jika di Malaysia, pantai di sana biasanya meriah pada waktu petang tetapi disini, pada waktu pagi orang tersangat laa ramai. Mereka kesini seawal 6 pagi dan akan mulai lengang sekitar pukul 8 pagi. Pelbagai aktiviti dilakukan oleh warga tempatan sama ada berjemur, melakukan senaman Tai Chi, atau mandi manda.



Jika anda mempunyai masa terhad tetapi masih ingin menjejakkan kaki ke sini, bergerak dengan tour lebih menjimatkan masa. Check pakej tour di Danang di sini. Terdapat trip satu hari yang boleh diikuti untuk melawat tempat menarik dalam masa satu hari yang berbaloi dengan wang dan masa anda. Buat tempahan di sini.

Perjalanan Danang ke Hanoi
Untuk membeli tiket bas ke Hanoi, anda perlu membelinya di pejabat bas Futabus atau The Singh Bas. Pembelian tiket juga boleh ditempah melalui pihak hostel. Perjalanan memakan masa lebih 8 jam dan sebaiknya mengambi bas pada waktu malam dan sampai di Hanoi keesokan paginya. Ini akan menjimatkan kos penginapan anda. Jika anda membeli sendiri di pejabat Futabus anda perlu menunggu di lobi pejabat tersebut dan akan ada pick up van yang akan mengambil anda menuju ke stesen bas Danang dimana bas bertolak. Terdapat sesetengah yang mana syarikat bas tidak menyediakan perkhidmatan pick up di hostel terutamanya bagi hostel yang jauh. Anda perlu menunggu di lobi pejabat bas atau hadir sendiri ke stesen bas Danang. Pembelian tiket boleh ditempah melalui pihak hostel. 

Baca info tentang Hoi An disini. Catatan tentang Hanoi klik sini


Cari

Like Us

Hot in week

Recent

Comments

Follow Instagram

Translate

index