DISQUS SHORTNAME

Khamis, 15 Februari 2018

Trip Indochina di Thailand: 10 tempat menarik wajib dilawati di Bangkok

Thailand tidak pernah mengecewakan pelancong. Banyak tempat menarik di Bangkok yang ditawarkan kepada pelancong untuk dilawati. Tempat pelancongan ini sentiasa menjadi tarikan pelancong dari seluruh dunia tidak ketinggalan juga rakyat Malaysia. Thailand sentiasa mengamit pelancong untuk datang ke negara mereka sama ada kerana makanan, budaya dan juga tempat menarik yang ditawarkan. 

1) Maeklong Railway Station
Tempat ini sangat famous seluruh dunia kerana satu-satunya tempat menarik yang boleh dilihat keretapi lalu di celah-celah pasar antara penjual di kiri kanan pasar tersebut. Apabila keretapi lalu para peniaga cepat-cepat mengalih barang jualan mereka ke tepi landasan. Sangat ramai dan penuh dengan pelancong yang datang ke sini untuk melihat gelagat para penjual dan betapa ngerinya melihat jarak tempat jualan yang hanya beberapa jengkal sahaja. Keretapi ini hanya lalu pada hari dan waktu tertentu sahaja. Untuk ke sini agak leceh jika pergi sendiri kerana anda perlu bertukar menaiki ferry, bertukar BTS dan perlu bergerak awal pagi untuk mengejar masa keretapi lalu. Paling mudah untuk kesini ialah dengan mengambil pakej Classic Bangkok tour sini.


2) Damnoen Saduak Floating Market
Floating market yang paling popular di Bangkok. Tempat ini terletak di luar bandar Bangkok dan perjalana ke sini lebih dari 1 jam 30 minit. Tempat ini juga merupakan tumpuan pelancong yang ke sini untuk merasai pengalaman membeli belah atas air sambil menaiki sampan. Jika di sini anda harus hati-hati dengan scammer yang akan meminta anda membayar tambang bot yang mahal  menyelusuri sungai ke pasar. Jika anda ingin mengelakkan dari scam yang memerlukan anda membayar beratus ringgit semata-mata untuk menaiki bot, cara paling jimat dan selamat ialah dengan mengambil pakej tour ke sini. Tempah separuh hari tour ke Damnuek Saduak sini atau pakej sehari ke Damnuek Saduak dan Maeklong Railway Station di sini.

3) Amphawa Floating Market


Pasar atas air yang kurang pelancong berbanding Damnoen Saduak Floating Market. Tempat ini dibuka pada hujung minggu pada sebelah petang hingga malam. Ianya lebih kepada pasar malam atas air. Rancang perjalanan anda jika ke sini. Adalah lebih baik untuk pergi ke tiga-tiga tempat ini iaitu Meaklong Railway Station, Damnuek Saduak dan Amphawa Floating Market dalam satu hari pakej tour semurah RM 127. Lihat di sini.


4) Chatuchak Weekend Market
Pasar minggu paling besar di Thailand dan dikunjungi ramai pelancong. Pelbagai barangan boleh dicari disini. Baca seterusnya disini

Baca sambungan seterusnya di sini. Senarai tempat shopping di Bangkok baca sini

Isnin, 12 Februari 2018

Trip Indochina di Thailand: 10 tempat menarik utama wajib dilawati di Bangkok (part 2)


Tempat menarik utama yang wajib dilawati di Bangkok.Sambungan ke-2.

5) Grand palace
Grand palace bukan sekadar istana kediaman raja Thailand tetapi tempat ini juga terletak pejabat pentadbiran penting bagi negara Thailand. Ianya boleh dikatakan sebagai kombinasi istana raja, pusat pentadbiran dan keagamaan kerajaan Thailand sejak dari tahun 1782. Terletak di tengah-tengah kota Bangkok dan berdekatan dengan Sungai Chao Phraya. Kawasan ini dihiasi dengan taman yang indah bagi mewarnai bangunan ini.
Kawasan disini sangat sesak dengan pelancong. Separuh daripada Grand Palace terbuka kepada orang ramai sebagai sebuah muzium. BTS Saphan Taksin paling dekat dengan tempat ini. Jika menggunakan bot turun di Tha Maharaj Pier (jeti no 9). Untuk masuk ke dalam tiket berharga 500 THB.

6) Muzium
ada beberapa muzium berdekatan antara satu sama lain. Antaranya ialah The National Museum, The Art and Theathre Muzium, Coin Muzium,
The Art and theathre Muzium dan Coin Muzeum adalah free tetapi kalau tidak masuk tidak rugi. Dalam kedua-dua muzium ini tidak banyak pameran yang dipamerkan dan muzium ini juga kecil.
Tetapi lain-lain muzium sangat berbaloi untuk masuk bagi pencinta sejarah. Ada muzium yang mempamerkan hasil seni lukis raja Thailand yang dulu. Sangat menarik dan muzium ini juga besar. Banyak hasil karya seni yang dipamerkan disini. Untuk masuk ke muzium ini perlu tinggalkan barang dalam loker.

7) Art and Galery Jim Thompson
Rumah bersejarah usahawan Amerika yang hilang semasa mengembara di Malaysia. Jim Thompson, seorang arkitek warga Amerika yang mengasaskan perniagaan sutera di Thailand.  Untuk masuk ke dalam rumah ini kena bayar dalam 100 bath dan akan ada guide yang akan membawa menjelajah kawasan Art and Galery Jim Thompson. Turun di stesen Ratchatewi dan ikut singboard untuk ke sini.

8) Chao Phraya River attractions (Wat Arun, Wat Pho, The Grand Palace, Pak Klong Talad flower market dan sebagainya)
BTS Saphan Taksin

9) Asiatique
Antara Mall shopping yang terdapat di Bangkok. Turun di BTS Saphan Taksin. Jika di jetty Sathorn Pier ada shuttle boat percuma ke Asiatique.

10) Aktiviti shopping

Bagi yang menghadapi kekangan masa dan tenaga untuk berjalan-jalan sendiri di Bangkok, adalah sangat mudah dan senang mengambil perkhidmatan pakej tour. Masa lebih jimat dan anda tidak perlu menempuh sesat merata tempat untuk pergi ke tempat menarik. Klik sini untuk melihat pelbagai pakej tour yang disediakan.

Posting sebelumnya klik sini. Penting untuk tahu tentang ini sebelum melancong di Thailand, baca sini.

Sabtu, 10 Februari 2018

Trip Indochina di Thailand: panduan tempat solat di Bangkok


Melancong bukan bermakna harus meninggalkan solat. Kewajipan solat wajib dibuat tetapi boleh menggunakan ruksah dalam solat iaitu dengan solat jamak dan qasar. Berikut adalah tempat yang menyediakan kemudahan surau atau masji di Bangkok. 

1) Hua Lamphong stesen
Dalam stesen keretap utama Bangkok ada terdapat kemudahan surau dan juga locker untuk tempat menyimpan barang.

2) Berhampiran Asiatique
Di seberang jalan Asiatique ada masjid Bang Uthit serta komuniti Muslim.

3) Chatuchak Weekend Market
Dekat gate 5 ada musolla kat situ serta peniaga makanan halal.

4) Mall MBK
Di tingkat 6 terdapat satu foodcourt yang menjual makanan halal dan disini juga turut disediakan surau. Foodcourt ini lebih murah dan makanan lebih sedap. Lepas makan boleh terus singgah solat jamak di surau sebelahnya.
                                                   

5) Khoasan Road
Di area sini ada Masjid Chakrapong yang hanya terletak di hadapan jalan utama Khoasan Road tetapi perlu memasuki lorong dalam 50m.

6) Bts Ratchatewi
Seberang jalan ke Petchaburi Soi 7 ada berderet kedai halal dan disini juga dekat dengan Masjid Darul Aman.

Khamis, 8 Februari 2018

Tips memilih lokasi hotel mengikut "kaki" di Bangkok

Lokasi penginapan lebih baik dipilih mengikut misi melancong di Bangkok. Menginap di tempat yang dekat dengan keinginan untuk berjalan-jalan di Bangkok akan menjimatkan masa dan kos pengangkutan. Tidak susah untuk mencari hostel budget di Bangkok yang menjadi tumpuan pelancong dari pelbagai negara. 


1)  Kaki  backpackers- Area Khaosan Road
Jika ingin melawat tempat-tempat bersejarah di Bangkok terutamanya muzium dan Grand Palace kawasan ini amat dekat dan sebenarnya boleh berjalan kaki untuk ke tempat-tempat ini. Berhampiran dengan Grand Palace terdapat jetty untuk ke seberang. Banyak tempat-tempat persinggahan yang boleh dituju dengan menggunakan ferry. Cari hostel murah di sini.

2)   Kaki shopping- Area Pratunam
Bagi yang kaki shopping, kawasan ini merupakan kawasan syurga shopping dengan harga barang yang jauh lebih murah berbanding tempat lain. Di sini juga ada morning market tetapi kawasan ini agak susah untuk mendapatkan makanan halal. Tempah hostel anda di Booking.com.

3) Kaki bundle -Area Hua Lamphong Stesen
Sekiranya Bangkok hanyalah sekadar bandar persinggahan untuk trip overland ke kemboja atau anda bercadang ke sempadan Thailand Kemboja untuk ke Aranphapet pilih hotel di sekitar ini jika hendak mengambil train pagi ke Aranphapet. Berhadapan dengan  pintu masuk stesen ini, di seberang jalan terdapat banyak hostel sekitarnya. Cari hostel anda di sini.

4) Kaki malas jalan-Area BTS/ARL Phaya Thai 
 Kawasan interchanger antara ARL dan BTS. Jika flight anda dari Survanabhumi airpot ada baiknya tinggal di sekitar stesen ini memandangkan dari sini lebih mudah nak ke airport dan mengambil ARL atau BTS ke mana-mana. 

5) Kaki jalan- Soi Rambutri
Kawasan kejiranan Khoasan Road lebih tenang dan bersih mempunyai banyak pilihan hotel atau hostel. Terletak di sebelah sungai Chaopraya, amat mudah untuk menggunakan bot menyeberang ke seberang atau aktiviti river cruise. Buat perbandingan harga hotel melalui TripAdvisor untuk dapatkan diskaun penginapan sehingga 30%. 

Booking hotel sebelum tarikh melancong dapat mengelakkan anda berhadapan dengan hotel penuh. Buat tempahan hotel di Booking.com atau Traveloka.

Baca seterusnya info berkaitan kaki shopping kain klik sini. Lokasi makanan halal baca sini



Selasa, 6 Februari 2018

Trip Indochina di Thailand: Panduan lengkap lokasi makanan halal di Khoasan Road

Lokasi makanan halal di Khoasan Road boleh dijumpai di sekitar masjid. Pasti tiada siapa menyangka di sebalik hirup pikuk Khoasan Road yang bising dan hingar terdapat sebuah masjid di sekitar tersebut. Jalan menuju ke masjid ini hanyalah melalui lorong kecik dan sempit dihimpit dengan rumah kiri dan kanan. Untuk mencari lorong ini perlu diperhatikan betul-betul jika tidak anda mungkin tidak perasan dengan papan tanda.

Tetapi untuk mencari lorong ini tidak susah. Ianya terletak betul-betul berhadapan dengan jalan besar dan berhadapan dengan pasaraya besar tidak jauh dari balai polis Khaosan Road.

Hanya berjalan kurang lebih 50 meter ke dalam lorong ini, anda akan bertemu dengan masjid Chakrapong. Di sekitar masjid ini terdapat kedai makan halal yang sedap dan berpatutan. Jika anda pencinta makanan Thailand dan travel dengan budget minimum, lokasi ini harus dikunjungi untuk mencuba makanan Thailand. 



Satu lagi tempat makan yang suggest ialah kedai makan Mak Cik Fatimah, berdekatan dengan kedai ice cream Swen Sen. Sup dia sedap.(suggest oleh Jeffrey Jamil (fb).


 Ketahui cara ke Chatucak Weekend Market sini. Tempat solat di Bangkok baca sini.



Cari

Like Us


Hot in week

Recent

Comments


Follow Instagram

Translate

index