DISQUS SHORTNAME

Jumaat, 12 Januari 2018

Panduan pengangkutan awam di Bangkok

Mengetahui sistem pengangkutan  awam di Bangkok dapat membantu anda merangka dan merancang perjalanan dari satu destinasi ke destinasi yang lain dan memilih pilihan pengangkutan yang paling mudah, jimat dan efisyen. Bangkok seperti bandar besar lain di rantau ini mempunyai sistem pengangkutan train terbaik seperti juga di Malaysia. Pilihan pengangkutan di Kota Bangkok lebih banyak kerana disini adanya pengangkutan air iaitu bot dan ferry untuk menghubungkan satu pekan ke pekan yang lain. selain itu, teksi bermotor dan tuk-tuk motor beroda tiga antara pengangkutan yang perlu dicuba disini. Disini dijelaskan mengenai sistem pengangkutan awam di Kota Bangkok yang perlu anda tahu.


1) 3 jenis keretapi di Thailand dengan route yang berbeza iaitu:

a) BTS (Skytrain) seperti LRT di Malaysia
b) MRT (Subway)
c) ARL (Airport Rail Link) seperti ERL di Malaysia


2)Ada 2 airport utama di Bangkok iaitu:

a) Dong Mueng airport
b) Survanabumi airport

3) Pengangkutan boat - ada 2 route utama iaitu

a) Chao Phraya Express Boat - banyak bangunan menarik di sepanjang sungai Chao Pharaya ni seperti Wat Arun, Grand Palace, Asiatique dll. Boleh river cruise untuk tengok sunset atau sunrise
b) Saen Saep Express Boat - bot ni pulak lalu belakang2 rumah orang menyusuri canal (longkang besar). Bagus sebab boleh elak trafik jem dan murah.



4) Bas stesen dikenali sebagai Mo Chit iaitu terminal bas terbesar yang menghubungkan pengangkutan bas untuk ke negeri-negeri lain di Thailand dan juga untuk mengambil bas ke Kemboja. Satu lagi stesen bas ialah Sai Tai Mai.


5) Stesen keretapi utama ialah Hua Lamphong. Stesen ini bergerak keInilah stesen terakhir keretapi dari Hatyai ke Bangkok.

6) Dari airport Dong Mueng, Bangkok ambik bas no 504 dengan bayaran 20 bath dan turun betul-betul di area Pratunam Bangkok.

7) Pengangkutan BTS sangat efektif dengan keadaan train yang bersih, laju dan amat selesa. Tetapi pada waktu peak hour iaitu pagi keadaan dalam train sangat pack tetapi pengangkutan BTS sangat mudah untuk ke mana-mana shopping mall kerana ianya bersambung terus dengan mall.

8) Rancang perjalanan untuk ke mana-mana destinasi. Sebaiknya beli Rabbit Card (ala ala Touch n Go) untuk naik BTS, jika anda jenis naik BTS tegar. Jika tidak, anda perlu beratur panjang dan sediakan duit syiling setiap kali hendak membeli tiket BTS. Mesin tiket BTS sangat tidak efisyen. Top up kad rabbit card secukupnya kerana baki kad tidak boleh dipulangkan.

9) Pengangkutan awam paling murah dan berbaloi adalah ARL, BTS dan juga MRT. Tambang tuk-tuk lebih mahal dan penggunaan taxi atau grab akan menempuh kesesakan jalan raya. 

Lokasi night market klik sini. Panduan hotel murah baca sini

Selasa, 9 Januari 2018

Trip Indochina di Thailand: Perjalanan dari Sungai Kolok ke Hatyai

Keretapi Sungai Kolok ke Hatyai


Sebaik tiba di Stesen Keretapi Sungai Kolok, bagi rakyat Thailand untuk keretapi kelas ketiga ianya adalah percuma. Tetapi bagi rakyat Malaysia, tiket diperlukan dengan bayaran sebanyak 42 Bath. Sebelum ketibaan keretapi dapat dilihat petugas stesen (mungkin juga polis Thailand) memulakan rutin harian mereka sebelum bekerja dengan menaikan bendera Thailand diiringi lagu Negara Thailand.

Disini, banyak menggunakan bahasa Melayu dialek Kelantan. Bagi rakyat Kelantan tentunya satu kelebihan kerana dapat memahami dengan mudah percakapan masyarakat setempat. Keretapi hanya akan dinaiki menuju ke hatyai, akan melalui banyak (terlalu banyak) stesen-setesen kecik. Justeru, bagi perjalanan dari pukul 10 pagi (waktu Thailand) akan sampai hatyai lebih kurang pukul (3 petang).

Namun, walaupun perjalaan adalah panjang tetapi tidak perlu risau soal lapar ketika dalam perjalanan. Di sepanjang perjalanan, terdapat ramai yang akan menaiki keretapi semata-mata untuk berjualan. Banyak makanan seperti nasi, air, jajan (kerepok) dijual dalam keretapi dengan harga yang agak murah.

Keretapi ini juga akan membuat persingahan di patani. Bagi yang ingin menuju ke Patani boleh menggunakan keretapi. Ianya lebih mudah dan murah berbanding menggunakan bas. Rata-rata yang menggunakan perkhidmatan keretapi adalah rakyat muslim Thailand. Dapat dilihat, perempuan bertudung malah ada yang memakai jilbab manakala bagi lelaki boleh dilihat ada yang mengenakan jubah.

Ini tidaklah menghairankan memandangkan di daerah Patani terkenal dengan pengajian pondok. Terdapat ramai rakyat muslim Thailand yang masih meneruskan pengajian agama dengan belajar di madrasah menggunakan kitab-kitab lama sebagai rujukan pengajian.

Catatan perjalanan sebelumnya klik sini. Seterusnya perkongsian panduan hotel di Hatyai baca sini

Ahad, 7 Januari 2018

Trip Indochina merentas negara Thailand: Sempadan Malaysia-Thailand, Rantau Panjang ke Sungai Kolok

Urusan Imigresen Rantau Panjang-Sungai Kolok/ Sempadan Malaysia- Thailand


Sempadan Malaysia-Thailand ialah Rantau Panjang di sebelah Kelantan, Malaysia dan Thailand ialah Sungai Kolok. Jika menggunakan bas, minta driver bas turunkan di bus stop sebelum bangunan imigresen. Tidak perlu turun ke hentian akhir Rantau Panjang (perlu berpatah balik dan berjalan jauh). Dari bus stop tersebut akan kelihatan bangunan imigresen dan teruskan masuk serta beratur bagi menyelesaikan urusan cop passport. Dari bangunan Imigresen Rantau Panjang ke Imigresen Sungai Kolok boleh dikatakan agak jauh. Jika ingin mengambil tuk-tuk atau menggunakan pembonceng motosikal dinasihatkan untuk bargain harga sampai ke Stesen Keretapi Sungai Kolok.



Di Imigresen Sungai Kolok, seperti biasa perlu mengisi visa on arrival yang diberikan secara percuma. Rakyat Malaysia boleh memasuki Thailand tanpa dikenakan visa. Disini,  terdapat bilik khas yang menyediakan perkhidmatan mengisi white card dengan dikenakan cas. Tetap, tidak perlu berhabis duit mengupah orang mengisi borang voa memandangkan ianya sangat mudah untuk diisi.

Baca catatan sebelumnya  klik sini. Catatan seterusnya baca sini.


Sabtu, 6 Januari 2018

Trip Indochina merentas negara Thailand: perjalanan dari Kota Bharu ke Rantau Panjang

Perjalanan dari Kota Bharu ke Rantau Panjang &Sungai Kolok ke Hatyai, Thailand

 Bagi yang ingin membuat trip Indochina dari Malaysia secara overland, Hatyai  merupakan pit stop utama yang perlu disinggah sebelum meneruskan perjalanan. Hatyai lebih dekat dengan penduduk utara Malaysia iaitu Kedah dan Perlis. Sempadan Thailand Malaysia di Kedah adalah Bukit Kayu Hitam manakala Perlis adalah Padang Besar. Bagi yang datang daripada selatan tanah air, tentukan sempadan yang ingin dimasuki samaada melalui Bukit Kayu Hitam atau Padang Besar.

Sementara bagi penduduk Pantai Timur, adalah lebih dekat memasuki Thailand melalui sempadan Sungai Kolok atau Takbai. Sungai Kolok dekat dengan Rantau Panjang manakala Takbai terletak di sempadan jajahan Tumpat iaitu Pengkalan Kubur. Jika melalui Takbai hanya ada satu pilihan sahaja untuk ke Hatyai iaitu menggunakan minivan. Manakala dari Sungai Kolok, boleh ke Hatyai menggunakan keretapi. Tambang keretapi adalah lebih murah berbanding minivan.


Menurut penduduk tempatan, hanya terdapat 2 perjalanan sahaja keretapi ke Hatyai iaitu pada pukul 7 dan 10 pagi (waktu Thailand). Perlu diingat, apabila memasuki Sungai Kolok, automatic waktunya adalah awal sejam berbanding Malaysia. Bermakna, waktu 10 pagi di Thailand adalah 9 pagi di Malaysia. Untuk ke Imigresen Rantau Panjang, hanya perlu mengambil bas dari Stesen Bas Kota Bharu (berhadapan dengan Parkson, The Store, Muda Osman) dengan bayaran Rm 5.10 dengan tempoh masa sejam atau sejam lebih bergantung kepada traffic. Sebaiknya amik bas seawal pukul 6.45 pagi dari Kota Bharu ke Rantau Panjang supaya tidak terlepas keretapi Sungai Kolok.
                                    


Baca catatan sebelumnya di disini. Catatan seterusnya sini.

Rabu, 3 Januari 2018

Trip Indochina merentas 5 buah negara Asia overland Malaysia-Thailand-Kemboja-Vietnam-China-Hong Kong

Trip Indochina merentas 5 buah negara bermula dari Malaysia melalui Thailand, Kemboja, Vietnam, China dan berakhir di Hong Kong secara overland. Perjalanan bermula dari Sungai Kolok iaitu sempadan Rantau Panjang dalam negeri Kelantan manakal Sungai Kolok ialah sempadan Thailand. Sungai Kolok dipilih sebagai permulaan trip ke Indochina memandangkan ianya lebih dekat untuk memasuki Thailand juga disebabkan perjalanan ke Hatyai dipilih menggunakan keretapi. Bagi yang memilih perkhidmatan minivan ke Hatyai  boleh melalui sempadan Pengkalan Kubur, Tumpat dan Takbai di sebelah Thailand. Perjalanan Kota Bharu ke Tumpat lebih singkat berbanding ke Rantau Panjang dan boleh menggunakan bas yang tentunya lebih murah berbanding teksi. Hanya perlu mengambil bas di Hentian Bas Kota Bharu berhadapan pasaraya Parkson yang juga dekat dengan Pasar Siti Khadijah.

Trip ini menggunakan perhidmatan pengangkutan awam yang lebih murah untuk merentasi ke satu-satu tempat sama ada bas atau keretapi kerana ianya merupakan trip backpackers.Trip dari Sungai Kolok- Hatyai-Bangkok menggunakkan keretapi manakala selebihnya perjalanan ke Kemboja dan Vietnam sehingga ke Naming di China mengunnakan bas. Manakala dari Naming, China ke Hong Kong menggunakan keretapi dan juga MRT.

Bagi yang ingin memasuki Negara China perlu diingat untuk memohon visa. Adalah lebih mudah untuk mendapatkan visa dari Malaysia sebelum bertolak memulakan perjalanan. Namun, terpaksa merangka perjalanan betul-betul supaya Negara China dimasuki dalam tempoh visa iaitu pada atau selepas tarikh visa dicatatkan dan perlu keluar dalam masa 30 hari selepas memasuki Negara China.
Untuk merentas sempadan China- Hong Kong ianya tersangat mudah, cepat dan urusan imigresen selesai tidak sampai setengah jam jika memasukinya melalui Shenzen. Rakyat Malaysia tidak memerlukan visa untuk memasuki negara Hong Kong.

Catatan perjalanan ke-2 klik sini . Perkongsian trip Singapore-Batam baca disini.

Cari

Like Us

Hot in week

Recent

Comments

Follow Instagram

Translate

index