DISQUS SHORTNAME

Selasa, 16 Januari 2018

Trip Indochina di Thailand: Hotel Hatyai

Lokasi hotel murah dan mudah di Hatyai

Hatyai Hotel tidak susah bagi orang yang biasa datang ke Hatyai. Hatyai bagi penduduk Kedah dan Perlis mungkin tidak asing bagi mereka. Dengan hanya jarak yang tidak sampai setengah dari pekan Danok, mereka yang berada di utara semestinya tidak melepaskan peluang hujung minggu dan cuti umum untuk menghabiskan masa di Hatyai. Mereka tentunya tidak menghadapi masalah untuk memilih hotel yang selesa dan harga yang berpatutan. Tetapi bagi yang tidak biasa dan belum pernah sampai di Hatyai, tentunya akan sangat mengusarkan fikiran.


Bagi yang ingin mencari hotel, adalah lebih baik untuk menginap di hotel yang berdekatan dengan Lee Plaza iaitu kawasan tumpuan utama di Hatyai. Penginapan di Area Lee Plaza merupakan kawasan penginapan yang popular dan sering menjadi pilihan pelancong untuk menginap. Berdekatan dengan kawasan ini adalah tempat membeli belah dan juga pasar malam pada hujung minggu. Hotel berbintang dan tidak berbintang sangat banyak di kawasan ini dan menawarkan pilihan harga yang berbaloi. Cari hostel murah di sini.

Jika sampai ke Hatyai menggunakan keretapi, Stesen keretapi ini juga turut mempunyai hotel iaitu The Train Hotel yang terletak di pintu masuk ke stesen ini. Adalah lebih senang dan mudah untuk bergerak ke mana-mana jika menginap di sini kerana berhadapan dengan stesen ini adalah stesen teksi dan juga tuk-tuk. Pilihan pengangkutan dan makanan serta penginapan sangat mudah di kawasan ini. Mencari photobook murah klik sini.


Baca perkongsian sebelumnya baca sini. Lokasi makanan halal di Hatyai klik sini

Trip Indochina di Thailand: Pengalaman menaiki Sleeper Train Thailand Hatyai ke Bangkok

Hatyai ke Bangkok boleh menggunakan keretapi. Untuk ke Bangkok adalah lebih mudah dengan menggunakan train. Ini kerana, stesen keretapi sangat dekat dengan Lee Garden dan boleh dituju dengan hanya berjalan kaki. Stesen Keretapi Hatyai juga terdapat hotel di dalamnya. Bagi yang tercari-cari atau malas untuk mengooggle hotel di Hatyai, boleh menempah hotel ini yang hanya terletak di luar pintu keluar dan masuk ke Stesen Keretapi Hatyai.

Bagi mendapatkan tiket perjalanan ke Bangkok, adalah lebih mudah menempah secara online, tetapi jika tidak rushing dan tidak terikat dengan masa lebih baik membeli di kaunter. Tiket perlu dibeli awal bagi mengelakkan kehabisan terutamanya ketika musim cuti di Malaysia ataupun jika adanya festival di Hatyai. Terlalu ramai rakyat Malaysia yang akan mengambil kesempatan cuti-cuti Thailand sekalipun sekadar ke Hatyai bagi mengisi masa cuti mereka.

Bagi membeli tiket secara online sila rujuk Klik sini Sekiranya membeli di kaunter, dinasihatkan untuk membuat terjemahan kepada bahasa Thailand maklumat perjalanan seperti tarikh, masa, dan kelas keretapi. Ini kerana, ketika hendak membeli tiket ke Bangkok, saya menghadapi masalah komunikasi disebabkan penjaga kaunter tidak faham Bahasa Inggeris dan gagal memahami Bahasa Melayu.

Tiket keretapi kelas ketiga adalah lebih murah, namun terpaksa berhadapan dengan keadaan kerusi yang tidak selesa. Adalah dinasihatkan untuk mencuba coach sleeper seat yang tentunya satu pengalaman baru menaiki keretapi yang tempat duduknya akan diubah menjadi katil apabila malam. Tersangat berbeza dengan keadaan train di Malaysia yang old school.




Baca perkongsian tentang Hatyai klik sini. Ketahui tentang penginapan backpacker di Bangkok baca di sini

Jumaat, 12 Januari 2018

Panduan pengangkutan awam di Bangkok

Mengetahui sistem pengangkutan  awam di Bangkok dapat membantu anda merangka dan merancang perjalanan dari satu destinasi ke destinasi yang lain dan memilih pilihan pengangkutan yang paling mudah, jimat dan efisyen. Bangkok seperti bandar besar lain di rantau ini mempunyai sistem pengangkutan train terbaik seperti juga di Malaysia. Pilihan pengangkutan di Kota Bangkok lebih banyak kerana disini adanya pengangkutan air iaitu bot dan ferry untuk menghubungkan satu pekan ke pekan yang lain. selain itu, teksi bermotor dan tuk-tuk motor beroda tiga antara pengangkutan yang perlu dicuba disini. Disini dijelaskan mengenai sistem pengangkutan awam di Kota Bangkok yang perlu anda tahu.


1) 3 jenis keretapi di Thailand dengan route yang berbeza iaitu:

a) BTS (Skytrain) seperti LRT di Malaysia
b) MRT (Subway)
c) ARL (Airport Rail Link) seperti ERL di Malaysia


2)Ada 2 airport utama di Bangkok iaitu:

a) Dong Mueng airport
b) Survanabumi airport

3) Pengangkutan boat - ada 2 route utama iaitu

a) Chao Phraya Express Boat - banyak bangunan menarik di sepanjang sungai Chao Pharaya ni seperti Wat Arun, Grand Palace, Asiatique dll. Boleh river cruise untuk tengok sunset atau sunrise
b) Saen Saep Express Boat - bot ni pulak lalu belakang2 rumah orang menyusuri canal (longkang besar). Bagus sebab boleh elak trafik jem dan murah.



4) Bas stesen dikenali sebagai Mo Chit iaitu terminal bas terbesar yang menghubungkan pengangkutan bas untuk ke negeri-negeri lain di Thailand dan juga untuk mengambil bas ke Kemboja. Satu lagi stesen bas ialah Sai Tai Mai.


5) Stesen keretapi utama ialah Hua Lamphong. Stesen ini bergerak keInilah stesen terakhir keretapi dari Hatyai ke Bangkok.

6) Dari airport Dong Mueng, Bangkok ambik bas no 504 dengan bayaran 20 bath dan turun betul-betul di area Pratunam Bangkok.

7) Pengangkutan BTS sangat efektif dengan keadaan train yang bersih, laju dan amat selesa. Tetapi pada waktu peak hour iaitu pagi keadaan dalam train sangat pack tetapi pengangkutan BTS sangat mudah untuk ke mana-mana shopping mall kerana ianya bersambung terus dengan mall.

8) Rancang perjalanan untuk ke mana-mana destinasi. Sebaiknya beli Rabbit Card (ala ala Touch n Go) untuk naik BTS, jika anda jenis naik BTS tegar. Jika tidak, anda perlu beratur panjang dan sediakan duit syiling setiap kali hendak membeli tiket BTS. Mesin tiket BTS sangat tidak efisyen. Top up kad rabbit card secukupnya kerana baki kad tidak boleh dipulangkan.

9) Pengangkutan awam paling murah dan berbaloi adalah ARL, BTS dan juga MRT. Tambang tuk-tuk lebih mahal dan penggunaan taxi atau grab akan menempuh kesesakan jalan raya. 

Lokasi night market klik sini. Panduan hotel murah baca sini

Selasa, 9 Januari 2018

Trip Indochina di Thailand: Perjalanan dari Sungai Kolok ke Hatyai

Keretapi Sungai Kolok ke Hatyai


Sebaik tiba di Stesen Keretapi Sungai Kolok, bagi rakyat Thailand untuk keretapi kelas ketiga ianya adalah percuma. Tetapi bagi rakyat Malaysia, tiket diperlukan dengan bayaran sebanyak 42 Bath. Sebelum ketibaan keretapi dapat dilihat petugas stesen (mungkin juga polis Thailand) memulakan rutin harian mereka sebelum bekerja dengan menaikan bendera Thailand diiringi lagu Negara Thailand.

Disini, banyak menggunakan bahasa Melayu dialek Kelantan. Bagi rakyat Kelantan tentunya satu kelebihan kerana dapat memahami dengan mudah percakapan masyarakat setempat. Keretapi hanya akan dinaiki menuju ke hatyai, akan melalui banyak (terlalu banyak) stesen-setesen kecik. Justeru, bagi perjalanan dari pukul 10 pagi (waktu Thailand) akan sampai hatyai lebih kurang pukul (3 petang).

Namun, walaupun perjalaan adalah panjang tetapi tidak perlu risau soal lapar ketika dalam perjalanan. Di sepanjang perjalanan, terdapat ramai yang akan menaiki keretapi semata-mata untuk berjualan. Banyak makanan seperti nasi, air, jajan (kerepok) dijual dalam keretapi dengan harga yang agak murah.

Keretapi ini juga akan membuat persingahan di patani. Bagi yang ingin menuju ke Patani boleh menggunakan keretapi. Ianya lebih mudah dan murah berbanding menggunakan bas. Rata-rata yang menggunakan perkhidmatan keretapi adalah rakyat muslim Thailand. Dapat dilihat, perempuan bertudung malah ada yang memakai jilbab manakala bagi lelaki boleh dilihat ada yang mengenakan jubah.

Ini tidaklah menghairankan memandangkan di daerah Patani terkenal dengan pengajian pondok. Terdapat ramai rakyat muslim Thailand yang masih meneruskan pengajian agama dengan belajar di madrasah menggunakan kitab-kitab lama sebagai rujukan pengajian.

Catatan perjalanan sebelumnya klik sini. Seterusnya perkongsian panduan hotel di Hatyai baca sini

Ahad, 7 Januari 2018

Trip Indochina merentas negara Thailand: Sempadan Malaysia-Thailand, Rantau Panjang ke Sungai Kolok

Urusan Imigresen Rantau Panjang-Sungai Kolok/ Sempadan Malaysia- Thailand


Sempadan Malaysia-Thailand ialah Rantau Panjang di sebelah Kelantan, Malaysia dan Thailand ialah Sungai Kolok. Jika menggunakan bas, minta driver bas turunkan di bus stop sebelum bangunan imigresen. Tidak perlu turun ke hentian akhir Rantau Panjang (perlu berpatah balik dan berjalan jauh). Dari bus stop tersebut akan kelihatan bangunan imigresen dan teruskan masuk serta beratur bagi menyelesaikan urusan cop passport. Dari bangunan Imigresen Rantau Panjang ke Imigresen Sungai Kolok boleh dikatakan agak jauh. Jika ingin mengambil tuk-tuk atau menggunakan pembonceng motosikal dinasihatkan untuk bargain harga sampai ke Stesen Keretapi Sungai Kolok.



Di Imigresen Sungai Kolok, seperti biasa perlu mengisi visa on arrival yang diberikan secara percuma. Rakyat Malaysia boleh memasuki Thailand tanpa dikenakan visa. Disini,  terdapat bilik khas yang menyediakan perkhidmatan mengisi white card dengan dikenakan cas. Tetap, tidak perlu berhabis duit mengupah orang mengisi borang voa memandangkan ianya sangat mudah untuk diisi.

Baca catatan sebelumnya  klik sini. Catatan seterusnya baca sini.


Cari

Like Us

Hot in week

Recent

Comments

Follow Instagram

Translate

index