DISQUS SHORTNAME
Selasa, 30 Oktober 2018
Isnin, 29 Oktober 2018
Trip ke Indochina di Vietnam: Tip menjimatkan duit penginapan di Hoi An hotel
Tempat ini merupakan tumpuan pelancong. Harga hotel
boleh dikatakan agak mahal bagi yang melancong ke sini secara backpackers.
Tetapi, ianya dikira berbaloi jika dapat berkongsi bilik. Bagi yang ingin
menjimatkan budget hotel, boleh menginap di area Danang dan mengambil bas
harian untuk ke sini. Perjalanan ke sini dari Bandar Danang mengambil masa
kurang dari sejam. Bandar bersejarah Hoi An boleh dilawati dalam setengah hari
kerana tempat bersejarah tersebut tidak lah sebesar mana.
Bagi yang masih ingin menginap di sekitar Hoi An,
terdapat hostel di kawasan belakang Bandar bersejarah yang harganya sedikit
lebih murah berbanding hotel-hotel berhadapan dengan kawasan pintu masuk. Tempah hostel lebih murah di Booking.com klik sini. Jika anda ingin membuat perbandingan harga hostel Traveloka sini atau Trivago sini memberikan anda perkhidmatan perbandingan hostel terbaik.
Hampir tiada makanan halal disini melainkan jika
anda ke pasar mungkin boleh membeli sedikit buaha-buahan untuk alas perut.
Pilihan lain ialah dengan memasak sendiri.
Baca info sebelumnya sini. Info seterusnya tentang Danang disini.
Baca info sebelumnya sini. Info seterusnya tentang Danang disini.
Ahad, 28 Oktober 2018
Masuk free di Istana Gyeobokgung, Korea
Jika anda merancang untuk ke Korea.. Ini masanya memasuki Istana Korea dengan percuma. Rancang percutian anda di Korea dan dapatkan penjimatan dengan MASUK PERCUMA ke sini!
Hari Rabu minggu terakhir setiap bulan, korang boleh masuk percuma saja ke Istana Gyeobokgung, istana era Joseon terbesar di Korea!
Tarikh terdekat: 31 Oktober, 28 November, 26 Disember.
Sumber: https://www.facebook.com/kimchimanis/photos/a.177761573043213/306266873526015/?type=3&theater&ifg=1
Hari Rabu minggu terakhir setiap bulan, korang boleh masuk percuma saja ke Istana Gyeobokgung, istana era Joseon terbesar di Korea!
Tarikh terdekat: 31 Oktober, 28 November, 26 Disember.
Sumber: https://www.facebook.com/kimchimanis/photos/a.177761573043213/306266873526015/?type=3&theater&ifg=1
Pulau Boracay dibuka semula kepada pelancong bermula 26 Oktober 2018
MANILA: Pusat peranginan terkenal, pulau Boracay Filipina dibuka semula kepada pelancong hari ini dengan peraturan baru yang lebih ketat.
Pulau yang pernah menggamit pelancong dari seluruh dunia itu ditutup selama enam bulan bagi membaiki kerosakan akibat kebanjiran pelancong yang tidak terkawal.
Mengikut peraturan baru, hanya 19,200 pelancong akan dibenarkan di pulau itu pada satu-satu masa. Kerajaan cuba mencapai sasaran itu dengan mengawal bilangan bilik hotel yang sedia ada.
Hampir 400 hotel dan restoran yang dianggap melanggar undang-undang alam sekitar tempatan sudah diarah tutup dan syarikat penerbangan serta feri diberitahu untuk mengehadkan perkhidmatan ke kawasan itu.
Pelancong turut dilarang minum minuman keras dan merokok di pantai selain menganjurkan pesta-pesta yang digelar ‘LaBoracay’ yang pernah menarik puluhan ribu pelancong.
Pada April lalu, Presiden Rodrigo Duterte mengarahkan pulau berkenaan ditutup sebagai usaha besar-besaran bagi memulihkan kemudahannya, selain mengekang pembangunan melampau sehingga ia digelar ‘loji kumbahan’.
Kesemua langkah ini bertujuan melindungi keindahan laut dan kualiti pasir pantai yang dikatakan antara faktor yang menggamit jutaan pelancong setiap tahun.
Minggu lalu, setiausaha Pelancongan, Bernadette Romulo-Puyat, berkata beliau berharap imej pulau Boracay yang baharu itu akan membuka ‘budaya pelancongan lestari’ di Filipina.
Pulau Boracay pernah dikategorikan majalah pelancongan sebagai antara pantai terbaik di dunia.
Tarikh: 26 Oktober 2018
sumber: https://www.hmetro.com.my/global/2018/10/389812/pulau-boracay-perkenal-peraturan-lebih-ketat?fbclid=IwAR2r-tuko7OMZnBpmbLleYwBsGynQxqgREfoZL-x_sgegEeh4W0Kh-1seRQ
Selasa, 23 Oktober 2018
Trip ke Singapore: 7 taman tema ini tidak akan merugikan tiket anda ke Universal Studio Singapore
Tiket ke Universal Studio Studio sangat mahal beratus-ratus ringit. Tetapi aktiviti-aktiviti menarik yang ada di sana akan menjadikan pembelian tiket anda berbaloi-baloi. Universal studio yang paling dekat ialah Universal studio
Singapore. Jika anda ingin merasai pengalaman Universal Studio tetapi masih lagi tidak berpeluang untuk menjejak
kaki ke mana-mana Universal Studio,
pergi sahaja USS yang hanya bersebelahan Malaysia. Konsep Disneyland dan
Universal studio hampir sama tetapi Universal Studio merupakan sebuah taman
tema yang berkonsepkan filem-filem terkenal dalam dunia. Hanya terdapat 4
sahaja universal studio di seluruh dunia iaitu di California, Florida, Japun
dan Singapore. USS mempunyai 7 tema
utama dengan keluasan 20 hektar persegi. Beli tiket ke USS lebih murah di Klook untuk dapatkan diskaun pembelian online di sini.
Aktiviti di USS
1) Zon Sci-Fi-City
i.
3D Transformer The
Ride- The Ultimate Batle
2) Zon Ancient Egypt
i.
Revenge of the mummy
ii.
Treasure hunter
3) Zon Lost World-Jurasic Park
i.
Canopy Fly
4) Zon Madagascar
i.
Madagascar: A Crate
Adventure
ii.
King julien’s beach
party go round
5) Zon Holywood
7) New york
Beli tiket ke USS murah di sini dengan harga diskaun.
Baca panduan berguna untuk ke USS di sini. Untuk ke Garden by the Bay baca disini.
Buat photobook murah klik sini.
Beli tiket ke USS murah di sini dengan harga diskaun.
Baca panduan berguna untuk ke USS di sini. Untuk ke Garden by the Bay baca disini.
Buat photobook murah klik sini.
Isnin, 22 Oktober 2018
Trip ke Singapore: 13 Tips berguna untuk ke Universal Studio Singapore
Tip ini penting untuk anda baca jika ingin ke Universal Studio Singapore.
1) Elakkan hujung minggu jika hendak puas bermain. Manusia akan
bersesak-sesak beratur menunggu giliran. Hari biasa pun kadang sesak jika
negara lain tengah bercuti.
2) Beli tiket online. Lebih murah dan tidak perlu beratur
panjang membeli tiket. Beli di sini.
3) Masuk masa buka, keluar masa tutup supaya anda dapat mencuba
semua permainan.
4) Sediakan air mineral secukupnya. Keadaan sesak jika ramai
orang dan panas.
5) Bawak roti, biskut dan sebagainya untuk kudapan disana.
6) Makanan mahal dalam USS. Tapi kalau tidak kisah harga, ada
restoran halal dalam tu.
7) Sediakan pakaian tambahan untuk persalinan jika baju terlalu
lencun kepanasan atau kebasahan.
8) Beratur di ekspress line atau single line untuk mengelakkan
anda beratur panjang dan boleh main banyak permainan.
9) Jika ada duit lebih, beli VIP Pass supaya anda tidak perlu
menunggu lama. Tiket akan jadi = tiket
USS + tiket Vipp Pass.
10) Dicadangkan untuk habiskan studio tour dahulu sebelum main game.
11) Alert dengan live show untuk tengok persembahan secara langsung.
12) Ada tempat simpanan locker untuk menyimpan beg. Tetapi free
hanya 40 minit.
13) Lebih mudah bawa stroller jika membawa kanak-kanak
kecil. Singapore negara mesra stroller
dan keadaan jalannya sangat bebas dari bahaya jalanan.
Baca cara-cara ke USS di sini. Ketahui tarikan terbaru di Singapore Zoo klik sini.
Baca cara-cara ke USS di sini. Ketahui tarikan terbaru di Singapore Zoo klik sini.
Trip ke Singapore: tarikan utama di Gardens by The Bay
Gardens by The Bay adalah tempat wajib dikunjungi bagi pencinta alam semulajadi, tumbuh-tumbuhan dan bungaan.
MRT terdekat ialah stesen Bay Front. Taman-taman di sekitarnya adalah free
untuk lepak-lepak dan sighseeing. Tempat ini akan diterangi dengan lampu-lampu
berwarna-warni pada waktu malam dan suasananya snagat memukau dan
mempersonakan. Disinilah juga salah satu tempat pengambaraan dalam cerita
Hitman Agent 47. Disini tempat yang ada bangunan macam pokok besar .
Tarikan utama di Gardens by The Bay:
1) Flower Dorm
Tempat ini
sahaja seluas 2 padang bola yang dicantumkan kira-kira 1.2 hektar tetapi
berbentuk kubah dan diperbuat dari kaca. 5 taman tema mengikut bunga dari seluruh dunia dengan
jutaan bunga-bungaan pelbagai versi dan jenis. Bunga Sakura dari Jepun dan
Korea, Kaktus dari Amerika Selatan dan macam-macam bunga dari negara berlainan.
Banyak pokok bunga dan tanaman eksotik boeh dijumpai disini. Jika datang pada musim sakura datang tengok
bunga sakura disini tanpa perlu ke Japan. Ada musin tulip mania, dahlia.
Hari:
Isnin-Ahad
Waktu
operasi: 9 am-9pm
Tiket masuk Flowers Dorm: SGD 28 ( sekali dengan Cloud Forest)
Beli tiket online dan kombo lebih murah dengan harga diskaun di sini.
2) Cloud
Forest Dorm
Konsep
pembuatan yang sama dengan Flower Dorm iaitu berbentuk kubah daripada kaca. Tempat
ini adalah air terjun buatan paling tinggi dan terkenal di dunia. Tarikan utama di Garden by the Bay. Suasana di tempat ini akan
memberikan anda pengalaman merasai suasana hutan yang diliputi bunga-bungaan
dan tanaman dengan air terjun buatan
manusia di tengah bandar. Terletak bersebelahan Flower Dorm.
3) OCBC
Skywalk
Enjoy
pemandangan menarik bandar Singapore dari tempat tinggi sambil mengelilingi
supertree Groove. Sky bridge ini tidak sesuai untuk orang yang gayat tempat
tinggi. Jambatan akan bergoyang-goyang jika berangin kuat. Tempat ini lebih
cantik pada waktu malam. Super tree groove show pada pukul 7.45 malam. Show ini
sangat lawa dan menarik dengan pancaran lampu warna-warni. Untuk tengok light
show ini dengan lebih dekat perlu beli tiket masuk. Naik dalam pukul 7.40 pm
dapat tengok light show ini dari atas jambatan gantung. Naik lift ke atas
bangunan dan ada jambatan gantung untuk melihat pemandangan pelabuhan, marina
bay sand dan kawasan sekitar.
Waktu
operasi:
Tiket masuk OCBC Skywalk: SGD 8
4) Super
tree Groove
Bangunan
yang berbentuk pokok buatan setinggi 50 meter. Tempat ini akan sangat indah
pada waktu malam dengan dihiasi lampu berwarna-warni.
5) Far East
Organization Children’s Garden
Taman untuk
kanak-kanak beriang ria dan bergelak tawa menikmati taman air sambil
bermain-main air.
Tips untuk
ke Garden by The Bay ialah datang pada waktu petang dan menjelang malam
pengunjung berpeluang melihat pertunjukkan cahaya dan muzik yang dimainkan
secara percuma di kawasan Supertree Groove. Elakkan pada waktu tengahari kerana
keadaan akan panas. Dapatkan photobook lebih murah dengan harga diskaun di sini.
Baca tentang panduan travel budget di sini. Untuk ke USS klik sini.
Baca tentang panduan travel budget di sini. Untuk ke USS klik sini.
Jumaat, 19 Oktober 2018
Panduan jimat berbaloi-baloi membeli tiket diskaun di Singapore Zoo dan USS
Panduan ini akan memberikan anda cara berguna untuk dapatkan tiket diskaun bagi masuk ke Singapore Zoo dan juga USS.
1) Walk in
Tiket boleh juga di beli di kaunter tiket. Tetapi anda terpaksa
beratur menunggu giliran sebelum mendapatkan tiket. Jimat waktu cuti sekolah
atau weekend atau pada masa cuti di negara lain, quequ untuk beratur akan
panjang dan anda terpaksa menunggu lama. Sangat membuang masa jika terpaksa beratur
berjam-jam semata-mata untuk membeli tiket apatah lagi jika anda bercuti dalam
masa singkat. Harga tiket semestinya perlu bayar penuh mengikut harga sebenar.
Tetapi anda boleh mendapatkan dengan harga diskaun iaitu sedikit murah daripada
tiket sebenar dengan meminta ahli keluarga, kawan-kawan membeli tiket di pihak
anda. Harga tiket untuk warganegara lebih murah berbanding tiket pelancong.
2) Online
Pembelian online dapat mengelakkan risiko kehabisan tiket dan
terpaksa beratur lama membeli tiket. Apa yang lagi best, beli tiket online
adalah lebih murah daripada harga walk-in. Ianya lebih murah kerana anda boleh
membeli dengan harga diskaun yang ditawarkan di website-website pelancongan
yang sudah established. Beli tiket murah di Klook atau di KK Day untuk
dapatkan diskaun tiket masuk ke mana-mana termpat menarik berbayar di
Singapore sama ada Singapore Zoo, USS, Flower Dome, Sentosa Island dan lain-lain. 2 laman web ini akan memberikan anda diskaun membeli tiket masuk ke tempat menarik di Singapore.
3) Tiket Kombo
Rancang percutian anda supaya anda dapat membeli tiket dengan
lebih jimat. Ini kerana di Singapore, ada beberapa tempat masuk yang boleh
dibeli tiket secara kombo. Pembelian tiket secara kombo lebih jimat
berbaloi-baloi berbanding beli tiket satu-satu. Beli tiket online sini atau sini atau sini.
Ketahui panduan ke USS baca disini dan Singapore Zoo di sini. Simpan kenangan percutian anda dalam bentuk photobook murah dan jimat di sini.
Ketahui panduan ke USS baca disini dan Singapore Zoo di sini. Simpan kenangan percutian anda dalam bentuk photobook murah dan jimat di sini.
Trip ke Singapore: tarikan menarik di Singapore Zoo
1) Singapore Zoo
Tempat paling gembira bagi pencinta haiwan. Disini anda boleh
meet and greet haiwan dengan lebih dekat.
Aktiviti utama disini;
i) Melihat kehidupan haiwan liar dan ganas dan pelbagai jenis
haiwan seperti berada dalam hutan. (cheetah, zirafah, badak zumbu dan
sebagainya)
ii) “Splash sari show” –pertunjukan singa laut
iii) Pertunjukan elephant
iv) Mandi-manda di kolam bagi kanak-kanak
v) Pertunjukan api
Hari:
Isnin-Ahad
Waktu:
8.30am - 6pm
Tiket Singapore Zoo: SGD 35
(Dewasa) SGD 25 (Kanak-kanak)
2) River Safari
River safari berkonsepkan zoo dan aquarium dengan keluasan 12 hektar persegi. Terletak
diantara Singapore Zoo dan Night Safari Singapore. Matlamat utama tempat ini
adalah menyediakan tarikan hidupan air di tepian sungai sambil melayari
bot. Disini boleh temukan 6000 spesis
binatang termasuk 40 spesies binatang terancam.
Aktiviti utama:
i) Menyelusuri sungai menggunakan bot sambil melihat kehidupan
binatang air dan juga binatang yang hidup di pesisir sungai.
ii) Melihat kehidupan haiwan yang hidup di dalam kolam-kolam
air.
Hari: Isnin-Ahad
Waktu: 10am - 7pm
Tiket River Safari: SGD 35
(Dewasa) SGD 25 (Kanak-kanak)
3) Night Safari
Bersebelahan
sahaja dengan Singapore Zoo adalah zoo untuk haiwan nokturnal yang pertama di
dunia. Nokturnal adalah haiwan yang berjaga pada waktu malam tidak seperti
majoriti haiwan yang lain. Di sini anda dapat melihat lebih daripada 2500 ekor
haiwan daripada 130 spesies. Antara zon yang
terdapat di sini adalah Himalayan Foothills, Indo Malayan Region, Asian
Riverine Forest, Burmesse Hillside, Equatorial Africa, Indian Subcontinent dan
Nepalese River Valley.
Aktiviti utama:
1) Meneroka
kehidupan haiwan noktumal sama ada dengan berjalan kaki atau menaiki tram safari
yang disediakan.
2) Pertunjukan
binatang pada waktu malam.
3) Makan malam
sambil mengelilingi zoo melihat binatang buas.
Hari: Isnin-Ahad
Waktu Operasi: 7.15pm – 12.00am
Waktu Operasi: 7.15pm – 12.00am
Tiket Night Safari: SGD 35
(Dewasa) SGD 25 (Kanak-kanak)
4) Jurong Bird Park
Taman burung
terbesar di Asia meliputi kawasan seluas 49 hektar. Juga terkenal sebagai taman
burung paling famous di dunia. Disini terdapat konservasi pelbagai jenis burung
dari seluruh dunia termasuk dari jenis bangau. Taman ini sangat sesuai untuk
ibu bapa yang ingin membawa anak-anak menghadapi cabaran dalam hutan tetapi
bertemankan pelbagai spesies burung. Sangat bermanfaat bagi ibu bapa
memperkenalkan pelbagai spesies burung dalam proses memberi pendidikan kepada
anak-anak. Baca lanjut di sini
Tips membeli tiket ke Singapore Zoo
1) Belian tiket secara Park Hopper iaitu 4 dalam 1 tiket masuk
dalam 7 hari termasuk tram rides (Singapore Zoo, Jurong Bird Park,
Night Safari) dan boat rides (River Safari). Kalau beli satu-satu jumlah tiket
ialah SGD 144 tanpa rides. Sangat mahal. Tetapi harga tiket kombo boleh dapat
SGD 88 klik sini.
2) Pembelian tiket secara online lebih murah dan ada diskaun
berbanding walk in di kaunter. beli disini
3) Lebih baik beli tiket online bagi mengelakkan anda terpaksa
beratur panjang. Check harga tiket sini.
Buat photobook murah dan jimat disini. Untuk ke tempat menarik free baca disini.
Buat photobook murah dan jimat disini. Untuk ke tempat menarik free baca disini.
Panduan mudah ke Sentosa Island atau Universal Studio Singapore (USS) menggunakan MRT dan bas
Hanya dengan menggunakan MRT dan bas anda dengan mudah dapat pergi ke Sentosa Island atau USS. Ramai yang akan ke Singapore semata-mata untuk pergi ke USS. Ini cara mudah untuk pergi ke Sentosa Island samada USS, SEA Aquarium atau Palawan Island dan lain-lain.
Baca tentang tarikan utama di USS klik sini. Untuk ketahui tempat menarik free baca disini.
Cara mudah ke Sentosa Island:
1) Ambik MRT dan turun di stesen Harbour Front. (Anda perlu
pandai membaca peta MRT kerana perlu bertukar stesen. Biasanya stesen
pertukaran ialah di Outram Park)
2) cari signboard Vivo City (shopping kompleks).
3) di Vivo City, naik tingkat 3 Lobby L
4) Beli tiket Sentosa Express ke Sentosa Island. Tiket SGD 4
pergi balik dan untuk pusing satu
Sentosa Island.
5) Dari Sentosa Island turun mengikut tempat yang dituju.
Uss-turun di Imbiah Station.
Sky ride- turun di Beach station
Atau
1) ambik bas atau MRT
turun di Harbour Front
2) ambik bas sentosa express (RwS8)
3) tambang SGD 1
Atau
Dari stesen Harbour Front jalan kaki ke Sentosa Island.
Baca tentang tarikan utama di USS klik sini. Untuk ketahui tempat menarik free baca disini.
Langgan:
Catatan (Atom)
Cari
Like Us
Tabs
Hot in week
-
KUALA LUMPUR: The Malaysian ePassport, has earned the Immigration Department the 2018 Regional ID Document of the Year Award. Immigratio...
-
Tempat ini merupakan tumpuan pelancong. Harga hotel boleh dikatakan agak mahal bagi yang melancong ke sini secara backpackers. Tetapi, ian...
-
Aranyaprathet merupakan pusat bundle ke -2 terbesar di dunia dan terbesar di Asia. Disini dapat ditemukan barang-barang original yang lari ...
Recent
Comments
Follow Instagram
Blog Archieve
- Mei 2020 (1)
- April 2020 (8)
- Mac 2020 (5)
- Oktober 2019 (3)
- Ogos 2019 (1)
- Julai 2019 (3)
- Mei 2019 (2)
- April 2019 (3)
- Mac 2019 (7)
- Februari 2019 (6)
- Januari 2019 (4)
- Disember 2018 (3)
- November 2018 (11)
- Oktober 2018 (30)
- September 2018 (10)
- Ogos 2018 (2)
- Julai 2018 (13)
- Mei 2018 (7)
- April 2018 (13)
- Mac 2018 (15)
- Februari 2018 (8)
- Januari 2018 (10)
- Disember 2017 (3)
- November 2017 (6)
- Oktober 2017 (9)
- September 2017 (5)