DISQUS SHORTNAME

Jumaat, 30 Mac 2018

Trip Indochina di Kemboja: senarai kedai makanan halal di Phnom Penh

Mencari kedai makanan halal di Phnom Penh masih lagi senang berbanding daerah lain di Kemboja. Sebagai bandar utama di Kemboja tentunya ada orang Islam yang menetap di sini. Walaupun penduduk Islam hanya minoriti disini tetapi masih terdapat kedai-kedai yang menjual makanan halal di Phnom Penh.

1) Area masjid
Sekitar masjid besar di Phnom Penh iaitu Masjid al-Serkal sebagai masjid utama. Di sekitar masjid ini terdapat banyak kedai halal.

2) Area Central Market
Terdapat restoran halal berdekatan Central Market.

3) Area Royal Palace
Terdapat satu restoran halal berdekatan tempat ini di sebelah Frangipani Royal Hotel.


4) Asmak81
Makanan sedap dan murah serta berbaloi dengan harga.

3) KFC di area waterfront
KFC di Kemboja ada pengiktirafan halal.

4) Secret Recipe
Restoran ini juga mempunyai sijil halal.

Penginapan
1) Area river front
Di Phnom Penh penginapan paling strategic ialah berdekatan dengan river side iaitu terletak berhampiran dengan Royal Palace Kemboja. Kawasan ini lebih meriah dengan aktiviti pada waktu petang dan juga malam. Jika waktu pagi boleh melihat matahari tertib dan melihat warga kemboja yang memanfaatkan waktu pagi untuk bersenam. Terdapat banyak hostel murah di kawasan ini.


Rabu, 28 Mac 2018

Trip Indochina di Thailand: Panduan lokasi makanan halal di Bangkok

Bandar raya Bangkok antara bandar di Thailand yang mudah untuk mendapatkan makanan halal walaupun majoriti masyarakatnya beragama Budha namun masyarakat Islam tetap ada di Negara Gajah Putih. Lokasi makanan halal banyak terdapat di kawasan komuniti Muslim Thai. Di Bangkok jika berkungjung ke sini, tidak sesukar untuk mencari makanan halal seperti di Vietnam. Disini masih dikira agak senang untuk mencuba makanan Thailand versi halal bagi pelancong Muslim. 



1) 7 eleven

Jika sukar untuk mencari kedai makanan halal disekitarnya, cuba  ke 7 eleven kerana kedai serbaneka 24 jam ini ada menjual makanan halal seperti biskut, maggi yang mendapat kelulusan logo halal dari pihak agama Islam Thailand.

2) Chatuchak weekend market
Terdapat satu kedai makan halal yang menjual nasi ayam Thailand dan pelbagai jenis masakan yang lain. Nasi ayam disini tersangat lain dengan nasi ayam di Malaysia kerana disini sos nasi ayam dihidangkan dengan cili hijau dan juga merah. Tetapi portion hidangan agak sikit dan tidak puas makan ditambah nasi ayamnya  sangat sedap. Terdapat juga kedai makan halal yang menjual pelbagai makanan yang lain.

3) Stesen keretapi Hua Lamphong
Keluar dari stesen Hua Lamphong akan nampak bangunan KFC dan 7e. Ikut lorong sebelah 7e sampai ke hujung belok kiri.

4)  Khoasan Road
Tidak jauh dari Khoasan Road terdapat masjid Cakrapong yang mana disekitar masjid ini terdapat kedai yang menjual makanan halal. Untuk ke masjid ini, anda hanya perlu mencari lorong kecik berhadapan dengan pasaraya tidak jauh dari balai polis Khoasan Road.

5) Area Ramkamhaeng Station (ARL)
Terdapat sederet kedai makanan halal yang murah dan sedap dalam lingkungan 1 km dari stesen tersebut. Untuk kesini, lebih baik amik teksi dengan tambang 40 bath (teksi bermeter) lebih murah berbanding Grab.

6)  BTS Ratchatdewi
Stesen ini merupakan stesen terdekat untuk ke masjid aman di mana di sekitar masjid ini terdapat kedai makan halal.

7)  Pratunam Market
Jika anda berada di sekitar kawasan membeli belah ini, terdapat restoran halal iaitu Samat Muslim Restaurant  atau Shadi Home Restoran berdekatan dengan ARL Ratchapraprop.

8) MBK Mall
Dalam mall ini ada terdapat food court halal juga mempunyai kemudahan surau. 

Baca sini tempat-tempat menarik di Bangkok. Info tempat solat di Bangkok klik sini. Tempah photobook murah di Photobook Malaysia.

Isnin, 26 Mac 2018

Trip Indochina di Thailand: Panduan pengangkutan ke Chatuchak Weekend Market

Chatuchak Weekend Market adalah pasar malam terbesar di Bangkok yang diadakan pada setiap hujung minggu iaitu pada hari Sabtu dan Ahad. Jika ke Bangkok tidak sah jika tidak ke sini. Tempat ini merupakan tempat yang wajib dikunjungi dengan lebih 8000 gerai yang menjual pelbagai jenis barang dan merupakan market terbesar di Thailand untuk membeli belah. orang tempatan disini mengelarnya sebagai JJ Market atau Jatuchak Market. Pengangkutan untuk kesini lebih mudah dengan menggunakan MRT dan juga BTS. 



1) Turun di MRT Kampheng Phet,exit dia betul-betul dalam Chatucak Market di tempat orang jual coconut ice cream dan teh tarik.

2)  Kalau turun kat Mo Chit BTS (maybe sbb nampak exchange to MRT Chatuchak Park), perlu jalan kaki menghala ke Chatuchak Park. Taman ini bersebelah dengan kawasan pasar malam Chatuchak.

3) Berhampiran Chatuchak Weekend Market, terdapat Chatuchak Flea Market yang menjual barang-barang antik dan pelik. Keadaan di pasar ini lebih tenang dan tidak ramai orang. Untuk ke sini, keluar ikut toilet yang ada jual buku-buku dan cross jalan belakang Chatuchak.

4) Peta Chatuchak weekend market boleh ambil free je kat information kaunter di antara entrance 3 dan 2. Info kaunter ada kat tepi jalan berhampiran tandas di antara section 5 dan 6.

5) Kedai makan muslim berada di Clock Tower. Salah satu kedai nama Saman Islam dan beberapa lagi kedai makan halal di sekitar pasar tersebut.



Sabtu, 24 Mac 2018

Trip Indochina: 3 panduan mengelakkan menjadi mangsa scammer di sempadan Aranpayhret dan Poipet

Scammer pelancong di sempadan Thailand dan Kemboja memang tidak akan terlepas dari berlaku tetap dengan ilmu dan tips dari pengalaman rakan traveler yang lain anda boleh mengelakkan diri daripada menjadi mangsa scammer yang memang focus kepada pelancong asing untuk mengepau duit secara tidak sah. Sempadan Aranyaprather-Poipet adalah pusat scam terhebat di Asia Tenggara. Anda harus lebih berhati-hati ketika berada di kawasan ini.



1) Beli tiket bas direct ke Siem Riep/Bangkok
Sekiranya bercadang untuk overland dari atau ke kemboja dan Thailand lebih selamat membeli tiket bas direct ke destinasi. Ini kerana jika anda memikirkan untuk jimat wang dengan mengambil pengangkutan yang murah tetapi belum tentu misi anda untuk menjimatakan wang akan berhasil apabila melintasi sempadan ini. Nasib tidak baik anda akan perlu membayar perkhidmatan teksi/tuk-tuk atau cop passport dengan harga yang jauh lebih mahal daripada tambang tiket bas direct ke destinasi tersebut.

2) Scammer di Thailand
Semasa overland ke Kemboja menggunakan bas, kebiasaanya bas akan berhenti sebelum border untuk ke tandas dan juga untuk makan tengah hari. Disini harus berhati-hati, selain daripada diberikan makanan percuma yang termasuk dalam tambang bas tetapi mereka ini sangat licik menggunakan kesempatan ini untuk scam pelancong yang naïf.

Sebaik selepas makan, mereka akan memanggil penumpang bas seorang demi seorang masuk ke dalam bilik  yang lengkap dan segala keperluan pejabat seolah-olah berada di pejabat kerajaan. Mereka akan menyatakan bahawa untuk masuk ke sempadan perlu bayar sekian harga untuk tujuan pemprosesan dokumen perjalanan.
Walhal kad putih (voa card) adalah percuma. Dan anda perlu tegas menyatakan bahawa rakyat Malaysia tidak memerlukan visa atau sebarang dokumen perjalanan lain melainkan passport dan voa card boleh diambil percuma di Imigresen. Sila berkeras dan bercakap dengan suara tegas dan keras jika tidak ingin kena game dengan diorang.

Ini lah kebiasaan scammer yang perlu dihadapi oleh pelancong Malaysia dan pelancong negara lain yang perlu berhadapan dengan rakyat Thailand yang menyamar menjadi pegawai imigresen dan juga mengambil kesempatan ke atas pelancong asing untuk mengutip wang secara tidak sah. Hati-hati dan perlu tegas supaya anda tidak menjadi mangsa scammer.

3) Scammer di Kemboja
Jika di Kemboja, keadaan di bahagian Kemboja sangat daif. Disini, sebaiknya anda memakai topeng muka (mask) kerana keadaan jalan yang tidak berturap ditambah waktu panas menyebabkan keadaan sangat berdebu dan tidak sesuai untuk terdedah lama dengan keadaan kotor tersebut.

Disini jangan terkejut kerana scammer ialah pegawai imigresen sendiri ketika di kaunter untuk mengecop passport. Mereka tanpa segan silu akan meminta duit sebelum dicop. Sekali lagi anda perlu bertegas menyatakan bahawa tidak ada mana-mana negara yang memerlukan pelancong untuk membayar duit bagi cop passport. Ugut pegawai tersebut untuk melaporkan tindakannya meminta rasuah kepada pejabat imigresen Kemboja.

Anda masih perlu berhati-hati kerana anda mungkin akan menjadi mangsa scammer di luar sana sekiranya ingin mengambil bas ke Siem Riep. Mereka akan menawarkan tiket bas dengan harga mahal nak mampus.

Baca perkongsian berkaitan Siem Riep disini. Info menarik tentang Bangkok klik disini.



Jumaat, 23 Mac 2018

Trip Indochina di Kemboja: panduan mencari makanan halal di Siem Riep

Di Siem Riep sangat mudah mendapatkan makanan halal. Hanya perlu mencari Masjid An Nekmah yang terletak tidak jauh dari Old Market dengan hanya berjalan kaki sahaja. Disini merupakan penempatan bagi penduduk muslim Kemboja. Bagaimana penduduk muslim boleh berpindah ke sini dan membina komuniti muslim ianya berkait rapat dengan sejarah penindasan kerajaan Pol Pot. Sepanjang jalan menuju ke sini, dapat dilihat keadaan kampong sebenar. Rumah-rumah orang Kemboja rata-ratanya rumah kayu dengan keadaan yang sangat daif.


 Menu hidangan halal yang paling popular disini di kalangan penduduk tempatan dan pelancong Malaysia adalah “ lembu naik bukit”. Bagi yang kesini, menu ini adalah menu yang wajib dicuba. Bagaimanakah rupa lembu naik bukit, tentunya ianya menjadi persoalan di benak fikiran anda. Tetapi setelah melihat sendiri menu tersebut dan bagaimana kreatifnya orang Kemboja memberikan nama masakan tersebut yang akan keluar daripada mulut anda ialah….”oooooo..mcm ni rupanya”.

Muslim Family Restaurant antara kedai paling best di Siem Riep. Harga berpatutan jika dibandingkan dengan kedai lain, walaupun harga sama dengan kedai lain tapi portion berbeza. Yang penting owner sangat baik dan peramah.Kedai ini terletak betul-betul di sebelah masjid. 

Info berkaitan penginapan baca sini. Perjalanan dari Bangkok ke Siem Riep klik sini. Tempat menarik di Battambang klik sini



Cari

Like Us


Hot in week

Recent

Comments


Follow Instagram

Translate

index