DISQUS SHORTNAME

Khamis, 5 April 2018

Trip Indochina di Vietnam:7 tempat menarik wajib dikunjungi di Dalat

Banyak tempat menarik di Dalat yang boleh dilawati. Dalat di Vietnam seperti Cameron highlands di Malaysia. Merupakan tempat tinggi dan bersuhu sejuk. Di sini keadaaan muka buminya ada yang bercerun dan berbukit. Tidak hairanlah penanaman strawberry boleh dilihat di banyak tempat disini. Antara tempat menarik di Dalat ialah:

1) Bao Dai Summer Palace.
Lokasi istana ini terletak diatas bukit yang merupakan tempat istirehat raja pada zaman dahulu. Perlu tiket untuk masuk ke sini.Sebelum masuk anda diwajibkan untuk memakai sarung kasut khas untuk mengelakkan kekotoran pada istana. Di tingkat atas terletak bilik-bilik tidur tempat bersemayam raja dan anak-anaknya. Disini juga boleh mencuba untuk memakai pakaian ala-ala maharaja atau princess tetapi perlu membayar sewa sebelum dapat 
memakainya.


2) Taman bunga Dalat
Di sini merupakan taman bunga-bungaan yang indah dan menarik menghimpun pelbagai jenis bunga-bungaan dengan dekorasi menarik dan meriah penuh warna-warni. Tiket diperlukan untuk masuk ke sini. 

3) Chicken church
Dinamakan chicken church bersempena dengan rekabentuk church yang menyerupai seekor ayam dan ianya merupakan church lama yang telah dibina dari zaman penjajahan Perancis di Vietnam.

4) Crazy house
Bentuk rumah yang pelik sesuai dengan namanya. Dibina oleh seorang arkitek wanita tempatan yang berkonsepkan nature seperti tumbuh-tumbuhan dan gua. Rumah yang menyerupai rumah hantu dan reka bentuk rumah yang tidak masuk akal seumpama dalam gua.  Untuk masuk ke sini perlu tiket masuk.

5) Dalat night market
Pasar malam yang besar dan luas. Banyak lorong-lorong yang menjual pelbagai barangan termasuk baju sejuk. Di sini para penjual menjual hasil tanaman dan bumi dalat seperti strawberry.

6) Truc Lam Monestery Church
Temple yang terletak di atas bukit dan dari sini boleh melihat pemandangan sekitarnya dari tempat tinggi. Gereja ini dikelilingi oleh taman bunga yang indah dan keadaan persekitarannya sejuk dengan pokok-pokok dan bunga-bunga. 
7) Dataran Dalat
Tempat warga Dalat bersantai-santai pada waktu petang. Disini juga dapat dilihat pemandangan sekitarnya dari atas. Berhadapan dengan tasik dan disekitarnya ada terdapat penjaja yang menjual makanan.



Jika berkunjung ke sini cara paling senang dan lebih jimat ialah dengan menggunakan pakej tour. Tempat ini agak susah untuk mendapatkan bas awam bergerak ke satu-satu tempat. Pakej tour adalah cara terbaik untuk menjelajah Dalat. Dalat City Day Tour hanyalah RM 36 di sini. Boleh juga survey harga tour di sini

Baca info sebelumnya disini. Klik sini untuk info tentang Hoi An UNESCO World Heritage.

Trip Indochina di Kemboja: 5 tempat menarik yang boleh dilawati di Battambang, Kemboja

Pasti ramai yang tidak tahu apa yang perlu dibuat dan tempat menarik yang perlu dilawati jika di Batambang. Tidak ramai yang tahu tentang Battambang. Tetapi jika sebut Bamboo Train pasti ada yang pernah mendengar tentang ini. Disinilah letaknya Bamboo train yang menjadi tarikan pelancong untuk ke sini. Tetapi apabila berkunjung ke sini, masih ada banyak tempat lain yang boleh dilawati untuk percutian 2 hari disini sudah memadai.

1) Bamboo train
Keretapi daripada buluh ini sangat unik dan menarik dan hanya boleh didapati di Battambang. Barangkali tujuan utama pelancong luar singgah disini hanyalah untuk menikmati pengaaman menaiki keretapi buluh ini. Tetapi tambang yang dikenakan agak tidak berbaloi iaitu antara USD 5-USD 10 untuk setiap penumpang. Jika hendak kesini digalakkan untuk datang pada waktu pagi sebelum tengah hari atau petang kerana tempat ini agak panas pada waktu tengah hari.


2) Tugu
Monument ini menjadi mercu tanda Battambang didirikan di jalan utama menuju ke bandar Batambang betul-betul di tengah roundabout. Ianya tidak lebih sekadar patung budha. Tetapi masyarakat Budha percaya dewa inilah penyelamat mereka dan akan bersembahnyang disini setiap hujung minggu sebagai tanda terima kasih mereka.

3) Bat Cave
Disini dapat dilihat kawanan kelawar yang keluar secara berjemaah dari gua. Formasi kelawar ini terbang sangat menarik seakan-akan persembahan akrobatik.

4) Perkampungan orang Islam
Di Battambang terdapat komuniti islam yang tinggal disini. Walaupun mereka hanyalah minority disini tetapi masjid di kawasan perkampungan mereka lebih dari 2 biji. Ianya sumbangan dari jutawan Islam luar negara yang membina masjid disini sebagai amal jariah mereka. Di perkampungan ini boleh dijumpai dengan mudah makanan halal dan jika bernasih baik ada pasar malam di sekitar ini.

5) Sight seeing Battambang riverside pada waktu malam
Pada waktu malam terdapat pasar malam yang menjual pelbagai barangan. Gerainya tidak laa banyak mana tetapi cukup untuk menghidupkan malam di pekan ini.

Buat photobook murah di sini.

Baca info seterusnya sini. Klik sini perjalanan ke Phnom Penh menggunakan bas.



Rabu, 4 April 2018

Trip Indochina di Kemboja: Perjalanan ke Phnom penh dari Battambang menggunakan sleeper bus

Perjalanan ke Phnom Penh memakan masa lebih  8 jam. Bagi menjimatkan kos penginapan adalah disarankan untuk mengambil bas pada waktu malam tetapi tambang untuk perjalanan malam sedikit mahal berbanding siang. Tiket bas perlu di beli di premis pejabat syarikat pengangkutan atau membelinya dari syarikat tour.

Di bandar Battambang tidak ada stesen bas. Untuk menaiki bas perlu menunggu di premis yang ditetapkan oleh syarikat bas iaitu kedai corner lot di tepi jalan yang diletakkan kerusi untuk menunggu bas. Bas akan mengambil penumpang di hadapan kedai/ pejabat operasi bas tersebut.

Di Kemboja perjalanan malam akan menggunakan bas malam yang sangat berlainan dengan bas biasa di Malaysia atau mana-mana negara. Jika anda bercadang untuk menjelajah Kemboja disarankan untuk menaiki sleeper bas untuk pengalaman sekali seumur hidup.

Ibu kota Kemboja ini sangat sibuk dengan urusan warga kotanya yang keluar mencari rezeki. Walaupun begitu masih ramai warganya yang mencari rezeki dengan mengambi upah tuk-tuk dan disini selain daripada teksi bermotor, motor roda 3 yang diubahsuai mempunyai kerusi dipanggil tuk-tuk.

Info makanan halal di sini. Overland Kemboja ke Vietnam klik sini.

Perjalanan ke Battambang dari Siem Riep: Tip dan panduan untuk melancong ke Battambang

Tip dan panduan untuk mereka yang bercadang melancong ke Battambang. Batambang agak kurang dikenali dikalangan backpackers. Tetapi disinilah letaknya Bamboo Train satu-satunya keretapi yang diperbuat daripada buluh tetapi digerakkan oleh enjin di dunia. Tetapi, janganlah salah sangka ianya keretapi seperti yang anda difikirkan. Bamboo train tidak lebih sekadar buluh yang dijadikan seperti hamparan buluh tetapi bergerak di sepanjang landasan keretapi. 

Kedudukan Battambang lebih dekat dengan Bangkok berbanding Siem Riep. Ini mengikut maklumat yang diperoleh daripada penduduk disitu. Bandar ini lebih aman dan sunyi daripada pelancong. Tidak banyak kelihatan pelancong berbanding di Siem Riep. Harga hotel juga lebih murah. Ga Penginapan untuk dorm boleh dapat dengan harga serendah USD 3 semalam manakala dengan harga USD 5 anda boleh menginap di bilik dengan katil jenis queen bersama kelengkapan tv, aircond dan tandas di dalam. Tersangat murah dan berbaloi untuk ke sini jika ingin lari dari kesibukan kota dan bangunan pencakar dan kurang tumpuan pelancong.

Sewa basikal disini sangat murah dengan harga kurang USD 2 untuk sehari sewa. Tetapi anda perlu meninggalkan passport semasa menyewa dan akan dipulangkan apabila anda memulangkan basikal. Mereka akan memastikan keadaan tayar dan basikal dalam keadaan baik sebeum menyerahkan basikal tersebut untuk digunakan. Untuk meneroka sekitar Batambang dan pergi ke Bambo Train boleh sewa basikal dan bergerak sendiri. Ianya tidak begitu jauh dari pekan dan masih lagi boleh pergi dengan menunggang basikal.

Di Batambang pekan ini ibarat pekan mati apabila waktu malam. Kedai akan tutup awal dan disini tidak ada shopping mall untuk dikunjungi. Untuk kesini boleh melaui beberapa cara sama ada menggunakan pengangkutan udara, air atau darat.

1) Jika ingin kesini melalui udara, lapangan terbang yang terdekat adalah di Siem Riep. Daripada Siem Riep boleh menggunakan bas yang hanya memakan masa selama 2-3 jam
2) Jika daripada Siem Riep atau hendak ke Siem Riep melalui jalan air, terdapat bot yang mengerak melalui Tasik Tonle Sap untuk ke dua-dua destinasi. Tetapi tambang bot agak mahal berbanding bas.
3) Jika dari Siem Riep atau Bangkok terdapat direct bas yang akan berhenti di Batambong.

Makanan halal bagi muslim agak sukar didapati di sekitar bandar melainkan anda mengunjung perkampungan muslim yang terletak tidak jauh dari bandar dalam 10 km. Untuk ke perkampungan tersebut perlu menggunakan teksi atau jika larat berbasikal. Tetapi masih terdapat gerai makanan halal di sekitar pekan Batambang iaitu berhampiran dengan tepian sungai. Ada gerai-gerai makanan halal berhampiran tepian sungai itu. Di luar kawasan pasar ada makanan halal yang dijual oleh orang muslim tetapi disebabkan mereka tidak bertudung maka sukar untuk mengenalpasti diri mereka.

Info melancong di Siem Riep baca sini. Lebih banyak info tentang Phnom Penh sini.

Sabtu, 31 Mac 2018

Trip Indochina:Perjalanan overland merentas sempadan Phnom Penh ke Ho Chi Minh City

Fasa 3 Trip Indochina: Overland Kemboja ke Vietnam
Overland dari Kemboja ke Vietnam memasuki bandar yang paling banyak melakukan perhentian iaitu HCMC, Mui Ne, Dalat, Hoi An, Danang dan Hanoi sebelum meneruskan memasuki sempadan China. 

Tiket bas boleh di tempah melalui pihak hostel atau membeli sendiri dengan survey di kedai-kedai tour yang banyak terdapat di sekitar kawasan belakang Royal Palace. Pastikan anda membeli tiket yang menyediakan khidmat pick up dari hostel ke stesen bas. Perjalanan ke stesen bas mengambil masa agak lama dengan tempatnya yang agak jauh ditambah dengan kesesakan bandar Phnom Penh.

Tiket boleh dibeli sama ada untuk perjalanan siang atau malam. Perjalanan ke Phnom Penh akan mengambil masa antara 7 jam. Jika bertolak dari Phnom Penh pagi akan sampai di border dalam  tengah hari dan sampai di Ho Chi Minh City menjelang petang dalam pukul 4 petang. Di sempadan Kemboja ialah Bavet terletak di Svay Rieng Province manakala sempadan Vietnam ialah Moc Bai di Tay Ninh Province.

Phnom Penh hanya perlu mengikuti prosedur biasa imigresen seperti di negara lain. Memasuki sempadan Vietnam akan banyak kelihatan motosikal bertebaran diatas jalan-jalan di Vietnam. Disini juga pencemaran bunyi berlaku dengan kenderaan yang saling membunyikan hon antara satu sama lain.

Sebaik sampai di Vietnam, bas akan berhentikan anda di kawasan yang tidak seperti stesen bas. Ianya tidak ubah seperti tempat di hadapan kedai-kedai. Untuk bergerak ke tempat penginapan adalah lebih baik anda mengambil teksi, tuk tuk atau grab car.

Baca sini info tentang Bangkok. Klik sini untuk catatan seterusnya.





Cari

Like Us


Hot in week

Recent

Comments


Follow Instagram

Translate

index