DISQUS SHORTNAME

Ahad, 8 April 2018

Trip Indochina di Vietnam: Panduan mencari hostel murah di Ho Chi Minh City, Vietnam

Jika ke Ho Chi Minh City mencari hostel murah tidak susah di bandar ini. Banyak lokasi hotel yang boleh dipilih untuk mendapatkan hotel budget. 
Bandar Ho Chi Minh City di Vietnam tidak asing bagi rakyat Malaysia yang berkunjung ke sini bagi tujuan membeli belah. Tidak hairanlah jika salah satu tempat disini turut dinamakan dengan Malaysia Street. Tempat ini seperti anda berada di Malaysia dengan jumlah rakyat Malaysia yang ramai berbanding rakyat Vietnam sendiri. Mencari penginapan yang berdekatan dengan tempat shopping tentunya menjadi pilihan jika berkunjung ke sini. Terdapat banyak hostel murah dan selesa di Ho Chi Minh City. Panduan ini akan memudahkan anda mencari penginapan di Ho Chi Minh City.

1) Ben Thanh Market
Lokasi utama rakyat Malaysia membeli belah apabila di Ho Chi Minh City. Di sekitar kawasan ini banyak hostel yang hanya terletak berhadapan dengan jalan utama yang pada sebelah malamnya akan tutup untuk dijadikan tapak pasar malam. Tetapi harga hostel agak mahal tetapi berbaloi jika dapat berkongsi bilik dan sangat memudahkan anda mengangkut barang dagangan kerana lokasinya yang terlalu hampir dengan Ben Tant market. Tempah hotel di Booking.com sini.


2) Area De Tamb atau Pham Ngu Lao Saigon
Tidak jauh dari Bent Tant Market dengan hanya berjalan kaki tidak sampai 10 minit. Landmark tempat ini ialah taman rekreasi. Di seberang jalan adalah kawasan backpacker terdapat  banyak hostel murah di sekitarnya. Apa yang menarik menginap di kawasan ini ialah

i) Berdekatan dengan Bent Tanh Market
ii) Dekat dengan bus station
iii) Dekat pejabat Futabus
iv) Ada pasar berhampiran dengan station bus
v) Street food banyak bagi yang bukan muslim. 

Untuk membuat perbandingan harga hotel, lebih mudah dengan menggunakan Trivago sini

Elak di scam, baca lanjut di sini. Tempat menarik di HCMC, baca sini.




Sabtu, 7 April 2018

Ketahui 5 panduan penting ini sebelum melancong ke Kemboja

Panduan penting ini akan membantu memudahkan anda ketika melancong ke Kemboja.

1) Negara Kemboja
Rakyat Kemboja mempunyai bahasa mereka sendiri iaitu bahasa Khmer dan warga Kemboja turut dikenali sebagai orang Khmer. Justeru, bahasa akan menjadi halangan untuk anda berkomunikasi disini. Kemboja antara negara yang mempunyai raja sebagai pemerintah atasan selain daripada Perdana Menteri sebagai Ketua Negara sama seperti sistem yang diamalkan di Malaysia kecuali Yang Dipertuan Agung akan dilantik setiap 5 tahun sekali mengikut penggiliran kuasa raja-raja tanah Melayu. 



2) Penggunaan mata wang
Mereka menggunakan mata wang USD dan juga riel dengan meluas. Untuk kesini tukar RM ke USD dan apabila sampai airport atau di bandar cari money changer untuk tukar USD ke Riel. Riel masih diperlukan untuk beli air mineral atau tambang tuk-tuk. Tukaran USD ke Riel biasanya 1 USD=4000 Riel.

3) Plug elektrik
Plug elektrik disana berbeza dengan lubang plug Malaysia. Pastikan membawa travel adapter untuk mengecas phone dan juga powerbank. Bersedia dengan plug Kemboja jika ke Kemboja.

4) Pengangkutan
Perkhidmatan tuk-tuk banyak disana. Boleh dikatakan tuk-tuk merupakan pengangkutan utama di sana. Hanya perlu tahan dan bargain harga. Anda harus berhati-hati jika menaiki tuk-tuk supaya tidak menjadi mangsa scammer tuk-tuk.

5) Sleeper bas
Jika anda mengambil bas untuk  perjalanan jarak jauh pada waktu malam,  anda akan menaiki sleeper bas yang amat rare dan tidak pernah dilihat di Malaysia. Patut dicuba untuk merasai pengalaman sleeper bas ini sekali seumur hidup.

Info berkaitan Siem Riep klik sini. Baca sini info makanan halal di Phnom Penh

Khamis, 5 April 2018

Trip Indochina di Vietnam:7 tempat menarik wajib dikunjungi di Dalat

Banyak tempat menarik di Dalat yang boleh dilawati. Dalat di Vietnam seperti Cameron highlands di Malaysia. Merupakan tempat tinggi dan bersuhu sejuk. Di sini keadaaan muka buminya ada yang bercerun dan berbukit. Tidak hairanlah penanaman strawberry boleh dilihat di banyak tempat disini. Antara tempat menarik di Dalat ialah:

1) Bao Dai Summer Palace.
Lokasi istana ini terletak diatas bukit yang merupakan tempat istirehat raja pada zaman dahulu. Perlu tiket untuk masuk ke sini.Sebelum masuk anda diwajibkan untuk memakai sarung kasut khas untuk mengelakkan kekotoran pada istana. Di tingkat atas terletak bilik-bilik tidur tempat bersemayam raja dan anak-anaknya. Disini juga boleh mencuba untuk memakai pakaian ala-ala maharaja atau princess tetapi perlu membayar sewa sebelum dapat 
memakainya.


2) Taman bunga Dalat
Di sini merupakan taman bunga-bungaan yang indah dan menarik menghimpun pelbagai jenis bunga-bungaan dengan dekorasi menarik dan meriah penuh warna-warni. Tiket diperlukan untuk masuk ke sini. 

3) Chicken church
Dinamakan chicken church bersempena dengan rekabentuk church yang menyerupai seekor ayam dan ianya merupakan church lama yang telah dibina dari zaman penjajahan Perancis di Vietnam.

4) Crazy house
Bentuk rumah yang pelik sesuai dengan namanya. Dibina oleh seorang arkitek wanita tempatan yang berkonsepkan nature seperti tumbuh-tumbuhan dan gua. Rumah yang menyerupai rumah hantu dan reka bentuk rumah yang tidak masuk akal seumpama dalam gua.  Untuk masuk ke sini perlu tiket masuk.

5) Dalat night market
Pasar malam yang besar dan luas. Banyak lorong-lorong yang menjual pelbagai barangan termasuk baju sejuk. Di sini para penjual menjual hasil tanaman dan bumi dalat seperti strawberry.

6) Truc Lam Monestery Church
Temple yang terletak di atas bukit dan dari sini boleh melihat pemandangan sekitarnya dari tempat tinggi. Gereja ini dikelilingi oleh taman bunga yang indah dan keadaan persekitarannya sejuk dengan pokok-pokok dan bunga-bunga. 
7) Dataran Dalat
Tempat warga Dalat bersantai-santai pada waktu petang. Disini juga dapat dilihat pemandangan sekitarnya dari atas. Berhadapan dengan tasik dan disekitarnya ada terdapat penjaja yang menjual makanan.



Jika berkunjung ke sini cara paling senang dan lebih jimat ialah dengan menggunakan pakej tour. Tempat ini agak susah untuk mendapatkan bas awam bergerak ke satu-satu tempat. Pakej tour adalah cara terbaik untuk menjelajah Dalat. Dalat City Day Tour hanyalah RM 36 di sini. Boleh juga survey harga tour di sini

Baca info sebelumnya disini. Klik sini untuk info tentang Hoi An UNESCO World Heritage.

Trip Indochina di Kemboja: 5 tempat menarik yang boleh dilawati di Battambang, Kemboja

Pasti ramai yang tidak tahu apa yang perlu dibuat dan tempat menarik yang perlu dilawati jika di Batambang. Tidak ramai yang tahu tentang Battambang. Tetapi jika sebut Bamboo Train pasti ada yang pernah mendengar tentang ini. Disinilah letaknya Bamboo train yang menjadi tarikan pelancong untuk ke sini. Tetapi apabila berkunjung ke sini, masih ada banyak tempat lain yang boleh dilawati untuk percutian 2 hari disini sudah memadai.

1) Bamboo train
Keretapi daripada buluh ini sangat unik dan menarik dan hanya boleh didapati di Battambang. Barangkali tujuan utama pelancong luar singgah disini hanyalah untuk menikmati pengaaman menaiki keretapi buluh ini. Tetapi tambang yang dikenakan agak tidak berbaloi iaitu antara USD 5-USD 10 untuk setiap penumpang. Jika hendak kesini digalakkan untuk datang pada waktu pagi sebelum tengah hari atau petang kerana tempat ini agak panas pada waktu tengah hari.


2) Tugu
Monument ini menjadi mercu tanda Battambang didirikan di jalan utama menuju ke bandar Batambang betul-betul di tengah roundabout. Ianya tidak lebih sekadar patung budha. Tetapi masyarakat Budha percaya dewa inilah penyelamat mereka dan akan bersembahnyang disini setiap hujung minggu sebagai tanda terima kasih mereka.

3) Bat Cave
Disini dapat dilihat kawanan kelawar yang keluar secara berjemaah dari gua. Formasi kelawar ini terbang sangat menarik seakan-akan persembahan akrobatik.

4) Perkampungan orang Islam
Di Battambang terdapat komuniti islam yang tinggal disini. Walaupun mereka hanyalah minority disini tetapi masjid di kawasan perkampungan mereka lebih dari 2 biji. Ianya sumbangan dari jutawan Islam luar negara yang membina masjid disini sebagai amal jariah mereka. Di perkampungan ini boleh dijumpai dengan mudah makanan halal dan jika bernasih baik ada pasar malam di sekitar ini.

5) Sight seeing Battambang riverside pada waktu malam
Pada waktu malam terdapat pasar malam yang menjual pelbagai barangan. Gerainya tidak laa banyak mana tetapi cukup untuk menghidupkan malam di pekan ini.

Buat photobook murah di sini.

Baca info seterusnya sini. Klik sini perjalanan ke Phnom Penh menggunakan bas.



Rabu, 4 April 2018

Trip Indochina di Kemboja: Perjalanan ke Phnom penh dari Battambang menggunakan sleeper bus

Perjalanan ke Phnom Penh memakan masa lebih  8 jam. Bagi menjimatkan kos penginapan adalah disarankan untuk mengambil bas pada waktu malam tetapi tambang untuk perjalanan malam sedikit mahal berbanding siang. Tiket bas perlu di beli di premis pejabat syarikat pengangkutan atau membelinya dari syarikat tour.

Di bandar Battambang tidak ada stesen bas. Untuk menaiki bas perlu menunggu di premis yang ditetapkan oleh syarikat bas iaitu kedai corner lot di tepi jalan yang diletakkan kerusi untuk menunggu bas. Bas akan mengambil penumpang di hadapan kedai/ pejabat operasi bas tersebut.

Di Kemboja perjalanan malam akan menggunakan bas malam yang sangat berlainan dengan bas biasa di Malaysia atau mana-mana negara. Jika anda bercadang untuk menjelajah Kemboja disarankan untuk menaiki sleeper bas untuk pengalaman sekali seumur hidup.

Ibu kota Kemboja ini sangat sibuk dengan urusan warga kotanya yang keluar mencari rezeki. Walaupun begitu masih ramai warganya yang mencari rezeki dengan mengambi upah tuk-tuk dan disini selain daripada teksi bermotor, motor roda 3 yang diubahsuai mempunyai kerusi dipanggil tuk-tuk.

Info makanan halal di sini. Overland Kemboja ke Vietnam klik sini.


Cari

Like Us


Hot in week

Recent

Comments


Follow Instagram

Translate

index