DISQUS SHORTNAME

Ahad, 30 September 2018

Trip ke Indochina di Hong Kong: Senarai Lengkap Tempat Makanan Halal di Hong Kong

Makanan halal sering menjadi kebimbangan bagi pelancong muslim jika ingin melancong ke Hong Kong. Perlu diakui untuk mencari lokasi makanan halal di Hong Kong sedikit mencabar disini sekiranya memilih menginap di tempat yang jauh dari kawasan masjid. Disini disenaraikan tempat makanan halal di Hong Kong:

1)    Miranda Mansion
Bangunan ini terletak berhampiran dengan Chungkin Mansion yang terkenal sebagai penginapan murah di Hong Kong di kalangan backpackers. Di bawah bahagian Miranda Mansion terdapat banyak kedai-kedai Pakistan yang menjual makanan orang Pakistan. Tetapi jangan risau, terdapat juga satu restoran mamak dari Malaysia yang menjual disini. Perlu diingat makanan di sini jika ditukarkan ke ringgit Malaysia boleh mencecah rm 30-40 sepinggan untuk nasi.

2)    Pasar menjual daging halal berhampiran masjid Kowloon.
Berhampiran dengan Masjid Kowloon, di celah-celah lorong ada terdapat satu pasar basah yang menjual daging dan ayam halal oleh warga Pakistan di sini. Jika anda menyewa airbnb dan mempunyai kemudahan memasak di guest ada baiknya memasak sendiri untuk menjimatkan kos travel di sini.

3)    Kantin Masjid Ammar
Jika berkunjung ke masjid ini, boleh laa makan tengahari disini. Di tingkat atas masjid ini terdapat kantin yang menjual makanan halal. Tetapi, jika tidak silap kantin ini hanya dibuka sehingga petang sahaja. Rancang perjalanan supaya dapat sampai ke sini pada waktu zohor dan boleh laa melepaskan rindu makan nasi di sini.

4)    Sekitar masjid Ammar
Semasa berjalan-jalan mencari arah masjid ini, saya terjumpa satu restoran halal. Jika sesiapa yang kebuluran nasi bolehlaa mencari restoran halal di sekitar masjid tersebut.

                                            

5)    Kowloon park
Jika pada hujung minggu, biasa terdapat warga Indonesia yang menjual nasi secara sembunyi-sembunyi disini. Jika anda melihat adanya bungkusan besar yang berbungkus, itulah orangnya yang menjual nasi. Air juga turut dijual. Untuk berjualan malah tidur adalah tidak dibenarkan sama sekali di taman ini. Terdapat pengawal taman yang akan meronda memantau kegiatan disini. Harga nasi berserta sambal dan lauk sekitar 15 dollar hong kong. Lebih murah jika dibandingkan makan di restoran halal atau membeli makanan di Miranda mansion. Nasi putih sahaja berharga 20 dollar beserta cas bekas plastic 5 dollar. Disini, bekas plastic dikenakan caj.

6)   Masjid Kowloon
Dimaklumkan oleh rakan backpackers bahawa Masjid Kowloon turut menjual nasi. Mungkin boleh tanyakan kepada petugas masjid mengenai kesahihan info ini.

7)  Jeti di pulau 
Jika menaiki feri menyeberang ke pulau di Hong Kong, di tingkat atas jeti tersebut ada kedai yang menjual kebab halal.




Info menarik tentang Shenzen, sini. Baca selanjutnya di sini tentang Hong Kong.



Rabu, 26 September 2018

Bakar Colok di Maqam Saad bin Abi Waqas: Khurafat atau budaya?

XIFU Naser telah mengulas tentang penggunaan colok oleh Cina Muslim dalam ruangannya minggu lepas. Ia lanjutan penularan video yang menunjukkan jemaah Cina Muslim berkopiah putih dan berjubah membakar colok dalam satu upacara di China. Saya menerima video yang sama daripada mereka yang inginkan penjelasan.

Colok, atau setanggi, adalah sejenis kemenyan yang berbau harum apabila dibakar. Ia digunakan oleh masyarakat Cina dalam upacara keagamaan; kebiasaannya di hadapan patung Buddha, gambar nenek-moyang atau dewa, serta di perkuburan. Selain istiadat keagamaan, colok juga digunakan sebagai pewangi rumah dan aromaterapi untuk tujuan meditasi.
 Masyarakat India yang beragama Hindu turut membakar colok dalam upacara keagamaan mereka. Malah, masyarakat Melayu dahulu kala juga membakar kemenyan pada setiap malam Jumaat dan hari Safar. Asap dan bau kemenyan dipercayai mampu menarik makhluk halus yang berada di dunia ghaib. Sebab itulah asap kemenyan merupakan satu kemestian dalam upacara ritual.

Sebuah video di laman YouTube menunjukkan masyarakat di desa Trunyan, Bali, Indonesia yang majoritinya beragama Hindu masih mengamalkan tradisi pengebumian yang aneh, di mana mayat tidak dikuburkan tetapi disandarkan pada pokok kemenyan. Mayat tidak berbau busuk kerana pokok kemenyan bukan sahaja mengeluarkan aroma yang harum malah mampu menyerap bau busuk mayat.

Amalan membakar colok sebagai pengharum telah diamalkan sejak turun-temurun oleh masyarakat Cina di Tanah Besar China termasuk dalam kalangan mereka yang beragama Islam. Sesetengah masjid di China menyediakan tempat untuk meletakkan colok di luar masjid. Para imam ('ahong’) dan jemaah akan berbaris untuk masuk ke dalam masjid sambil memegang colok yang dinyalakan dan colok tersebut akan ditinggalkan dalam bekas yang disediakan sebelum memasuki dewan solat.

Seperti yang dijelaskan oleh Xifu Naser, bakar colok dalam bahasa Cina ialah ‘jing xiang’ (Mandarin). Jing bermaksud ‘mempersembahkan’ dan xiang pula ‘wangi’. Maka, jing xiang maksudnya ‘mempersembahkan wangian’. Budaya membakar colok dalam ritual seperti yang disebut di atas juga merupakan simbolik kepada tanda hormat, sama ada untuk orang yang lebih tua atau tokoh yang dihormati.

Presiden Macma Malaysia, Prof Dr Taufiq Yap, yang baru sahaja melawat Guangzhou, China, turut melihat penggunaan colok di makam Saad Abi Waqas. Pengunjung Islam yang datang akan menyalakan api pada colok dan mencacakkannya dalam bekas yang disediakan di luar kawasan makam. Ia untuk menimbulkan bau harum di kawasan tersebut.



Begitu juga di makam dua ulama yang merupakan pengasas Masjid Niujie di Beijing; bekas colok disediakan di kawasan makam tersebut. Tradisi ini masih diamalkan hingga kini.

Selain itu, pembakaran gaharu (oud) juga merupakan adat orang Arab. Kepingan kayu gaharu direndam dalam minyak kemudiannya dibakar dalam dupa untuk asapnya juga dikenali sebagai 'bakhoor'. Kebiasaannya, mereka membakarnya untuk menghormati tetamu yang datang berziarah. Selain itu, ia juga digunakan semasa majlis keramaian, majlis ilmu, kematian, dan sebagainya.

Semasa Ramadan pula, kayu gaharu dibakar di dalam masjid semasa solat tarawih bagi mengeluarkan bau harum untuk keselesaan jemaah. Di Masjidil Haram, terdapat perasap (bekas membakar kemenyan) besar yang diisi dengan kayu gaharu.

Dikisahkan juga bahawa Imam Malik RA sentiasa berpakaian kemas dan harum serta beliau membakar bakhoor sebelum mula mengajar pada majlis-majlis ilmu. Asap bakhoor yang harum membantu meredakan ketegangan otot serta saraf dan mampu mengurangkan tekanan.

Dalam dunia serba moden kini, produk wangian juga telah berkembang dengan adanya pelbagai jenama pewangi sama ada beralkohol atau tanpa alkohol; kebanyakannya datang dari dunia Barat. Manakala pembakaran kayu gaharu, setanggi, kemenyan, mahupun colok pula dianggap sinonim dengan dunia perbomohan atau ritual keagamaan. Tanggapan ini salah.

Berdasarkan sejarah, tradisi dan contoh-contoh yang dinyatakan di atas, boleh dirumuskan bahawa penggunaan colok dan seumpamanya lebih merupakan budaya dan ia tidaklah bertentangan dengan agama jika bertujuan untuk mewujudkan suasana tenang, damai dan harum. Ia hanya menjadi haram sekiranya digunakan dalam ritual yang membawa kepada syirik terhadap ALLAH SWT.

* Penulis ialah Pengerusi Macma Kelantan dan AJK Perkim Kelantan

Sumber: http://www.sinarharian.com.my/kolumnis/johari-yap/colok-budaya-atau-agama-1.646755 

Info tentang tempat menarik di Guangzhou, klik sini. Tips hostel di Guangzhou baca sini



Khamis, 20 September 2018

Amalan khurafat di perkuburan Saad bin Abi Waqas

Perkuburan yang dikatakan mempunyai maqam sahabat Nabi Saad bin Abi Waqas menjadi tumpuan umat Islam seluruh dunia datang ke sini bagi menziarahi jasad manusia hebat ini. Hidup sezaman dengan Nabi Muhammad, baginda saidina Saad bin abi Waqas merupakan antara sahabat yang dijanjikan syurga serta antara sahabat yang pernah didoakan Nabi.

Keperibadian hebat baginda terserlah apabila sanggup mengorbankan segala kedudukannya sebagai seorang yang lahir dalam keluarga bangsawan semata-mata untuk bersama-sama nabi mengembangkan dakwah Islam. Baginda mengabadikan kehidupannya sehingga ke waktu tua untuk memberi sumbangan kepada perkembangan dunia Islam. Tenaganya digunakan sehingga baginda tidak mampu lagi mengangkat senjata menyertai peperangan dan akhirnya memilih untuk datang ke Canton  atas arahan Saidina Uthman melakukan dakwah disini. 

Dipercayai baginda menghembuskan nafasnya di kota ini pada usia 80 tahun. Masyarakat muslim di sini percaya sebuah maqam yang berada di dalam perkarangan masjid Saad bin Abi Waqas adalah merupakan maqam manusia terulung ini. Mereka mengabadikan jasadnya disitu dan pada hari ini kawasan tersebut juga merupakan terletaknya sebuah masjid ke dua di bandar Guangzhou yang diberikan sempena nama baginda iaitu Masjid Saad bin Abi Waqas.



Maqam ini terletak di dalam kawasan menuju ke masjid Saad bin Abi Waqas merupakan satu lokasi yang bertepatan bagi umat  Islam secara tidak langsung singgah untuk ke masjid atau mencari makanan halal di sekitarnya. Jika berkunjung ke kawasan perkuburan ini, dapat dilihat perkuburan kecil di sekitarnya. Maqam yang dipercayai Saidina Saad Bin Abi Waqas  terletak di dalam pondok kecil dan dilitupi kain yang berlapis-lapis. Masyarakat muslim di sini kadang-kadang akan melakukan upacara tahlil disini. Di pintu masuk pondok kecil tersebut dapat dilihat colok yang dibakar. 

Bagi orang Islam  dari Malaysia tentunya keadaan itu dilihat pelik dan dianggap sebagai khurafat di perkuburan kerana ianya seolah-olah berada dalam rumah  atau di perkuburan orang Cina. Muslim di Malaysia tidak mengamalkan adat sedemikian kerana colok merupakan peralatan khusus yang digunakan masyrakat Cina di sini untuk aktiviti sembahyang. Penggunaan colok di kawasan perkuburan tersebut dilihat tidak mematuhi adab di perkuburan orang Muslim bagi masyarakat Islam. Namum apakah budaya dan adat di Malaysia wajar diguna pakai untuk menjatuhkan hukum bagi Muslim di China? Baca di bahagian ke -2. 

Catatan sebelumnya klik sini. Info menarik seterusnya baca sini

Rabu, 19 September 2018

Trip ke Indochina di China: Panduan mencari hotel murah di Shenzen

Hotel murah di Shenzen, paling mudah bagi pelancong Muslim ialah dengan mencari penginapan berhampiran dengan kawasan makanan halal. Terdapat 2 kawasan yang disekitarnya mempunyai beberapa tempat makanan halal dan juga kedai runcit yang menjual makanan halal.

1) Area masjid Shenzen (Meilin Road)
Disini ada agak ramai komuniti Islam yang menginap berhampiran dengan area masjid. Di sekitar masjid ini juga ada beberapa restoran halal termasuk satu di sebelah masjid dan satu lagi restoran beberapa meter dari masjid. Menginap berhampiran kawasan ini akan memudahkan anda untuk datang ke sini mencari makanan halal. Turun di stesen Mei Lin. Tempah hostel murah di Booking.com sini.


2) Area Wenjin Station
Hotel Muslim merupakan hotel yang popular disini di kalangan penduduk muslim dan pelancong dari Malaysia. Tempah hotel ini di sini. Turun di stesen Wenjin  exit D  dan perlu berjalan kaki dalam 100m menuju ke hotel ini. Jika dari jauh, pasti beranggapan ianya adalah masjid memandangkan bumbungnya terdapat kubah. Namun sebenarnya ia adalah hotel mempunyai fasiliti lengkap dengan kemudahan surau, restoran halal. Tinggal di hotel ini, anda tidak perlu lagi berfikir soal mencari makanan halal disini kerana  hotel ini juga memiliki restorannya yang menyediakan makanan halal kepada penghuni hotel. Di sekitar kawasan hotel ini terdapat kedai runcit yang menjual makanan halal manakala restoran halal sangat mudah untuk dijumpai. 

3) Area Dongmen street
Pusat shopping di Shenzen dengan pelbagai barangan dan kedai yang menjual bermacam-macam jenis barangan. Di area ini ada banyak terdapat hotel. Bagi yang bercadang ke Shenzen untuk shopping dan juga memborong, menginap di area sini akan menjimatkan masa dan kos pengangkutan. Turun di stesen Laojie. 

Buat perbandingan harga hotel di Traveloka sini atau Trivago sini.

Baca info penting tentang China di sini. Tempat menarik di Shenzen baca sini



Jejak Sejarah Islam di Bumi Canton:Peranan Dakwah Saidina Saad bin Abi Waqas

Part 1

Hari ini dunia mengenali Canton sebagai  Guangzhou. Bandar yang mencatat sejarah dalam pengembangan dakwah Islam di bumi China. Kota yang telah wujud sejak ribuan tahun dahulu menjadi lokasi penting bagi bapa saudara Nabi di sebelah ibunya iaitu Saad bin Abi Waqqas untuk memulakan dakwah di China. Beliau di hantar untuk melakukan dakwah disini pada kurun 650 M atas arahan Saidatina Uthman iaitu kira-kira selepas 20 tahun kewafatan Nabi Muhammad.

Mohammed Khamouch dalam jurnal bertajuk Jewel of Chinese Muslim's Heritage, Islam masuk ke China dibawa olah Sa'ad Ibn Abi Waqqas.Catatan tersebut mengungkapkan Abi Waqqas bersama tiga sahabat lainnya datang ke China dari Abyssinia yang sekarang dikenal dengan Ethiopia. Pada ketika itu, Abyssinia atau Ethiopia adalah tanah bagi mereka yang melarikan diri dari penganiayaan suku Quraish di Makkah. Mereka diberikan suaka politik oleh Raja Abyssinia, al-Habashi King Atsmaha Negus di kota Axum.

Perjalanan Abi Waqqas dan sahabat-sahabatnya ke China didukung oleh Raja Abyssinia. Setelah kunjungan pertama ke China, Abi Waqqas pergi ke Arab. Setelah 21 tahun di Arab, Abi Waqqas dan sahabat-sahabatnya kembali ke China.  Kali ini atas perintah Khalifah ke-3 Utsman bin Affan. Mereka membawa salinan Alquran ke China untuk disebar ke negara tersebut.

Kedatangan kali kedua Abi Waqqas berlayar melalui Samudera Hindi ke Laut Cina menuju pelabuhan laut Guangzhou. Kedatangan Abi Waqqas diterima oleh Kaisar Kao Tsung dari Dinasti Tang. Ada perbedaan nama kaisar yang menerima Abi Waqqas dalam catatan masuknya Islam ke China. 
Ketibaan baginda untuk berdakwah disini diterima baik oleh Maharaja Yung-Wei iaitu di era pemerintahan Dinasti Tang. Ada yang menyebut maharaja pada ketika itu ialah Maharaja Gaozong. 

Walaupun begitu, disebutkan bahawa Maharaja itu sendiri tidak memeluk Islam. Orang Islam yang menerima Islam dari kalangan kabilah Hui Chi iaitu pada hari ini dikenali sebagai Cina Han. Orang Islam pertama yang bermastautin di China ialah kalangan saudagar Arab dan Parsi. Mereka merupakan kelompok pedangang yang menjalankan perdagangan di sini.


Dicatatkan dalam sejarah Masjid Huang Sheng merupakan masjid pertama yang dibina oleh beliau sebagai pusat pengembangan ajaran Islam di sini atas keizinan Maharaja Yung Wei. Masjid ini didirikan di daerah Chang-an dan masih kekal hingga hari ini sebagai Masjid Huang Sheng. Persamaan antara agama Confius dengan Islam  menjadikan urusan  penyebaran dakwah di sini mendapat keizinan daripada maharaja. Baca lagi di sini.

Info menarik sebelumnya di sini . Baca seterusnya info menarik di sini.



Cari

Like Us


Hot in week

Recent

Comments


Follow Instagram

Translate

index