DISQUS SHORTNAME

Isnin, 2 Julai 2018

Trip ke Indochina di Hong Kong: Panduan lengkap melawat 3 masjid utama di Hong Kong

Walaupun Hong Kong sebuah bandaraya besar dan terkemuka yang jarang didengar tentang masyarakat Muslim disana. Tetapi, bandar ini mempunyai 3 masjid utama yang menjadi tumpuan warga expatriat terutamanya dari negara Arab dan juga Indonesia yang bekerja mencari rezeki di kota ini. Lokasi masjid utama di  Hong Kong mudah untuk dicari kerana terletak di laluan utama. Tetapi perlu bertanya pada orang yang betul. 

Panduan kembara melawat Masjid di Hong Kong

1)    Masjid Kowloon
Masjid ini terletak betul-betul di tengah-tengah bandar Hong Kong yang merupakan masjid utama dan paling besar. Dibelakangnya merupakan Taman Kowloon. Berhadapan pintu masuk masjid ini terdapat bus stop. Untuk kesini menggunakan MTR perlu berhenti di stesen MTR Tsim Tsa Tsui. Setelah keluar dari stesen, amik kiri dan jalan beberapa langkah akan bertemu dengan masjid ini.



3)    Masjid Jamia
Masjid ini terletak di atas bukit dan merupakan masjid tertua di Hong Kong. Untuk kesampai ke sini perlu mendaki jalan, atau menggunakan tangga. Namun paling best ada disediakan lift untuk naik sahaja. Sementara untuk turun tidak ada pilihan melainkan perlu menuruni anak tangga untuk kebawah. Dari jetty ferry, hanya perlu mengikuti sahaja laluan berbumbung sehingga bertemu dengan laluan yang mempunyai lift dan teruskan perjalanan sehingga bertemu pintu pagar masjid berwarna hijau di sebelah kiri. Masjid ini agak kecil tidak ubah seperti sebuah rumah banglo. Dalam persekitaran masjid terdapat rumah warga Pakistan yang telah mendiami kawasan tersebut berpuluh-puluh tahun lamanya.


 

2)    Masjid Ammar
Masjid ini seperti bangunan kedai 4 tingkat yang terletak di hadapan jalan. Disebut juga sebagai masjid Wan Chai.Di masjid ini aktiviti keagamaan lebih banyak diadakan dan terdapat juga kantin yang menyediakan makanan halal. Bagi yang kesini pada hari Jumaat, boleh laa bersembahyang Jumaat dimana wanita juga turut  bersolat Jumaat.Berbanding masjid2 lain di Hong Kong, masjid ini agak sukar dijumpai. untuk ke masjid ini:
1) turun di station Wan Chai amik exit A
2) dari pintu keluar, hadapannya ada tram station. 
3) Naik tram ke arah Causeway Bay 
4) Turun di station Tonochy road (no 47E atau 52W)
5) Turun tram akan nampak court basketball dan ada laluan sebelahnya
6) ikut laluan itu, naik tangga, ada traffic light berhadapan dengan kedai 7e
8) Bangunan belakang convenient store adalah Masjid Ammar. Jalan terus sampai hujung bangunan, belok kiri jumpa pintu masuk.




Trip ke Indochina di Vietnam: panduan berguna tentang makanan halal di Vietnam

Ini adalah panduan umum bagi yang ingin mendapatkan gambaran mengenai makanan halal di Vietnam. Panduan mudah ini supaya anda dapat membuat persediaan sepatutnya berkaitan makanan apabila ke Vietnam. 



1) Sepanjang backpacking di Vietnam dan membuat beberapa persinggahan di HCMC, Mui Ne, Dalat, Danang dan Hanoi, makanan halal sangat sukar diperoleh kecuali di HCMC. Area Bent Tant Market  banyak restoran halal yang menyajikan menu2 nasi dan lauk pauk yang boleh dinikmati oleh pelancong. Bagi yang berbackpacking dengan jumlah wang yang terhad, menikmati menu di Vietnam menyebabkan peningkatan kos yang banyak.

2) Di bandar-bandar utama Vietnam seperti Hanoi, Danang dan Dalat restoran ada restoran makanan halal tetapi tidak laa sebanyak di HCMC. Anda perlu menjelajah mencari lokasi restoran tersebut. Jika anda tidak kisah menghabiskan masa untuk mencari, makan di restoran adalah pilihan terbaik. 

3)  Di Mui Ne ada restoran seafood yang boleh dicuba untuk menikmati makanan halal disini.

4) Dinasihatkan untuk membawa makanan kering dan segera seperti manggi, serunding, pek segera nasi daripada Malaysia sekiranya ingin mengunjungi Vietnam jika tidak ingin berbelanja banyak pada makanan. Tetapi jika anda tidak kisah tentang makanan dan boleh hidup serta bertenaga tanpa nasi tentunya terdapat banyak buah-buahan yang boleh dibeli bagi mengalas perut. Harga buah-buahan tempatan secara relatifnya lebih murah atau hampir sampir berbanding Malaysia.

5) Di pasar malam ada ubi, jagung bakar atau rebus yang boleh dibeli untuk mengalas perut bagi traveller tegar yang ingin menjimatkan wang makan.

Catatan sebelumnya klik sini. Catatan menaiki bas ke Mui Ne klik sini.




Ahad, 1 Julai 2018

Trip Indochina: urusan imigresen di sempadan Thailand-Kemboja



Pengalaman merentas sempadan Thailand dan Kemboja

Sempadan Thailand di sebelah kemboja dikenali sebagai Aranyaprathet manakala sempadan Kemboja adalah Poipet. Disini merupakan syurga bundle kerana ianya merupakan pusat bundle terbesar di Asia Tenggara. Bagi pencinta bundle yang ingin mencari barangan berjenama dengan harga gila, jangan lepaskan peluang untuk meninjau barang-barang yang ingin menjadi koleksi atau keperluan.

 Untuk kesini selain mengunakan bas boleh juga menggunakan keretapi awal pagi dari stesen Hua Lampong. Perjalanan lebih kurang 5-6 jam dan akan sampai ke sini sekitar tengah hari. Anda perlu merancang perjalanan kesini disebabkan penginapan di sekitar sini agak mahal. 

Urusan imigresen di Thailand sangat mudah. Beg anda akan diangkut sendiri oleh pihak bas dan hanya perlu berjalan kaki menyelesaikan urusan imigresen dan mengambil beg selepas urusan imigresen selesai. Sila beratur di laluan foreigner dan serahkan voa kad. Bas akan menunggu anda di border kemboja.

Untuk menyelesaikan urusan imigresen Kemboja, hanya perlu berjalan ikut lorong berbumbung dan jalan terus ke depan sehingga nampak bangunan besar di sebelah kanan. Jalan terus melewati bangunan hotel yang tersergam besar di kanan jalan. Jalan salah sangka ianya bukanlah pejabat imigresen Kemboja. Tetapi, kaunter imigresen Kemboja hanya menyerupai sebuah pondok daripada kayu. Isi kad  voa dan beratur di laluan foreingner.

Ketika disini, adalah dinasihatkan untuk memakai mask kerana keadaanya sangat berdebu ditambah pula dengan cuaca panas dan kering Di kawasan sempadan Kemboja, jalan rayanya masih tidak berturap.

Jika anda masih belum menukar duit Kemboja, di sebelah border Kemboja sebaik sahaja keluar dari pintu sempadan Thailand dan menuju ke imigresen Kemboja, ada terdapat perkhidmatan money charger di sebelah kiri sederet dengan kedai runcit.

Jika anda bergerak sendiri ke Siem Riep untuk mengambil bas ke sana, perlu berjalan kaki ke Poipet Tourist Terminal. Dekat saja. Bas ke Siem Riep atau Phnom Penh perlu di ambil dari Tourist Terminal Bas Poipet. Tidak ada bas yang bergerak dari border Poipet melainkan bas yang telah pun disewa.

Terdapat free shuttle bas untuk ke terminal bas, cuma perlu berjalan terus melalui lorong sebaik keluar dari bangunan imigresen Kemboja. Free Bas shuttle ni ada dari kol 07:00 am sampai 22:00 pm. Dalam bas ini akan ada yang menawarkan anda  tiket bas ke Siem Riep. Tetapi adalah lebih baik jika membel terus dari kaunter bagi mengelakkan anda perlu membayar harga yang mahal.

Selepas selesai urusan imigresen dikedua-dua arah, naik balik bas yang sama untuk perjalanan selama 4 jam sebelum sampai ke Siem Riep.


Jumaat, 18 Mei 2018

Tips elak bayar tiket masuk ke Hoi An UNESCO World Heritage, Vietnam

Tempat ini dipenuhi ramai pelancong asing. Hoi An merupakan bandar yang telah diwartakan dibawah UNESCO kerana bangunan- bangunan yang bersejarah yang masih tetap dipelihara sehingga kini. Kawasan ini dijaga dengan bersih dan bangunan di sekitarnya dibiarkan unik seperti asal tanpa diruntuhkan. Ciri-ciri bangunan lama ini jelas kelihatan dengan rekabentuknya dan daripada penggunaan bahan kayu yang digunakan. Pokok bunga bebas menjalar di hadapan kedai menjadikan ianya pemandangan menarik.

Tetapi menariknya, di sebalik bangunan yang masih dipelihara sebagai bangunan antic dan bersejarah, tetapi di sini juga terdapat pasar yang menjual pelbagai barangan daripada sayuran dan buahan. Selain itu, perkhidmatan money charger banyak terdapat disini dan boleh laa untuk  survey tukaran mata wang jika kehabisan duit dong.



Jika sesiapa yang pernah berkunjung ke Melaka, keadaan bangunannya persis bandaraya Melaka di area Jongker Walk. Jika anda kesini menggunakan teksi, mereka akan menurunkan di hadapan kawasan Hoi An dimana untuk masuk ke sini, terdapat satu pondok tiket yang memerlukan anda membeli tiket sebelum masuk ke kawasan bangunan bersejarah.

Ini tips untuk menjimatkan duit daripada membeli tiket jika ke Hoi An.   Jika menggunakan bas dari Danang city ke Hoi An, bas akan berhenti di stesen bas Hoi An di mana anda perlu mengambil teksi untuk ke kawasan bersejarah Hoi An. Sebenarnya anda boleh berjimat dengan hanya berjalan kaki dengan jarak 20 minit tetapi ianya akan membawa anda melalui kawasan belakang tempat bersejarah tersebut dimana anda tidak perlu lagi membayar tiket. Anda boleh bertanyakan orang awam dengan menunjukkan gambar Hoi An city ataupun dengan bantuan google maps tentu akan membawa anda ke Hoi An city dengan mudah.

Bagi yang masuk ke Hoi An city melalui pintu depan, anda sebenarnya tidak perlu membeli tiket. Daripada pemerhatian, ada pengunjung yang hanya secara menonong masuk tanpa membeli tiket. 

Jika anda hendak berkunjung ke My Son iaitu antara tempat tarikan yang banyak dikunjungi oleh pelancong di Hoi An, lebih baik menempah pakej tour di Klook lebih murah klik sini

Baca info tentang Dalat disini. Info seterusnya tentang Hoi An klik sini.




Khamis, 17 Mei 2018

Trip ke Indochina: Pengalaman overland sempadan Vietnam dan China melalui Hanoi Naning

Dari Old Quarter Hanoi ke sempadan mengambil masa lebih kurang 3-4 jam dan bas berhenti sekali di sebuah restoran bagi membolehkan penumpang lain untuk makan juga ke tandas.  Perjalanan yang tidak menjemukan kerana di dalam minibas tersebut disediakan wifi free. Walaupun line agak kurang bagus tetapi boleh laa sekadar menghilangkan bosan melayari fb.

Perjalanan selesa menggunakan bas tidak akan bertahan lama kerana bas tersebut hanya membawa anda sampai ke sempadan sahaja. Mereka tidak dibenarkan atau dibolehkan masuk membawa pelancong sehingga ke Naning. Perjalanan tersebut akan terhenti setakat di sempadan Vietnam-China sahaja. Selepas menurunkan penumpang di stesen bas berhampiran sempadan, driver bas akan memberikan anda wang supaya membeli tiket bas sendiri ke Naning. Dari stesen bas sempadan,  anda perlu mengeluarkan duit untuk tiket buggy yang akan menghantar anda ke depan pintu pejabat imigresen Vietnam. Pastikan anda menyimpan sedikit duit Dong untuk tujuan membayar tambang buggy dalam 10k Dong (lupa).

                      

Selesai urusan imigresen Vietnam, anda perlu berjalan melalui laluan berbumbung yang agak jauh menuju ke imigresen China. Disini tidak ada sebarang kenderaan yang boleh dinaiki melainkan hanya perlu berjalan kaki. Selesai menapak di sepanjang laluan berbumbung tersebut, anda terus memasuki pejabat imigresen China. Seperti biasa perlu mengisi kad dan mengembalikan di kaunter. 

Sebaik melepasi kaunter cop passport, anda perlu melalui laluan bersistem yang mempunyai askar sebagai penjaga. Disini passport saya ditahan dan dibawa ke bilik kecik oleh seorang pegawai. Selepas beberapa ketika, pegawai tersebut menyoal dengan beberapa soalan seperti “ tujuan masuk ke China, kemana hendak pergi, dengan siapa datang dan sebagainya”. 
Anda hanya perlu menjawab soalan dengan tenang dan jangan mengelabah. Tunjukkan itinerary anda jika anda untuk membuktikan anda benar-benar seorang pelancong. Pegawai tersebut akan membebaskan anda sebaik berpuas hati dengan jawapan yang diberikan.

Keluar dari pintu imigresen China akan terdapat perkhidmatan buggy dan sememangnya anda perlu menaiki buggy ini untuk ke stesen bus sempadan Naning yang memang agak jauh dan sangat mustahil untuk jalan kaki.
Disebabkan perlu membeli tiket ke Naning, hanya perlu jalan terus dari pintu keluar tersebut dan terdapat satu pejabat kecil untuk beli tiket ke naning. Ambik buggy tadi dan mereka akan membawa anda ke stesen bas Naning.



Dalam perjalanan ke Naning jangan terkejut jika bas dinaiki oleh askar yang siap membawa senapang memeriksa passport dan kad pengenalan semua penumpang dalam bas. Ianya prosedur biasa kerajaan China yang sangat ketat dalam kawalan keselamatan.

Pemandangan di sepanjang perjalanan akan menghidangkan mata anda dengan keadaan muka bumi yang sedikit bergunung ganang di awal perjalanan. Sebaik memasuki kota Naning pemandangan akan berubah sama sekali kepada panorama bangunan batu dan bangunan  tinggi yang berceracak menyambut kedatangan pelancong. Bas akan berhenti di stesen bas Naning dan dari sini anda perlu bergerak mencari tempat penginapan. Adalah lebih mudah menggunakan Metro dan mencari penginapan berdekatan dengan stesen Metro.  

Catatan sebelumnya di sini. Tips elak terkandas ke Naning, baca seterusnya di sini.




Cari

Like Us

Hot in week

Recent

Comments

Follow Instagram

Translate

index