DISQUS SHORTNAME

Khamis, 8 Mac 2018

Trip Indochina di Kemboja: Hostel backpacker murah dan selesa di Siem Riep

Di Siem Riep tidak susah untuk mencari hostel backpacker murah memandangkan bandar ini merupakan antara pusat pelancongan yang paling ramai dikunjungi di Kemboja. Ramai pelancongan asing terutama dari kalangan mat salleh yang datang ke bandar ini bagi melawat Angkot Watt.
Bagi yang mencari hostel, di sini adalah panduan mencari lokasi hostel di Siem Riep.

1) Area Kg Steng Thmey.
Bagi yang mementingkan makanan halal, berdekatan dengan kampung ini mada banyak backpackers hostel. Terdapat banyak pilihan makanan halal dan sedap belaka. Ia merupakan kampong orang Cham dan ada antara mereka yang pandai bercakap Melayu. Cari hostel murah di booking.com.

2) Area Old Market
Kawasan ini merupakan pusat bandar Siem Riep yang terletak kawasan membeli belah old market dan pada malamnya di area sini diadakan night market. Berhampiran kawasan ini ada banyak hostel-hostel badget. Disini juga tempat untuk shopping dan ada banyak kedai-kedai pelancongan yang menyediakan perkhidmatan bas jarak jauh ke bandar-bandar di Kemboja. Boleh survey harga dan pakej yang disediakan. Untuk terus menempah hotel anda di Booking.com  klik sini atau Traveloka sini.  Anda boleh mendapatkan harga hotel yang murah dengan membuat perbandingan harga hostel tentunya di Trivago.

The Backpackers Hostel sangat recomended untuk stay disini. Penginapan dorm yang bersih dengan kelengkapan katil serba baharu. Paling best bilik air didalam dan sangat besar serta lokasi hostel ini hanya berhadapan dengan hotel besar dan berhampiran dengan Hard Rock Cafe. Landmark untuk mencari hostel ini ialah Hard Rock Cafe, cuma berjalan kaki beberapa meter menghala ke hotel besar yang berhampirannya.



Baca sini tempat menarik di Siem Riep. Klik sini untuk info mengenai perjalanan ke Battambang.

Rabu, 7 Mac 2018

Trip Indochina di Kemboja: Trip dari Bangkok ke Siem Riep

Perjalanan ke Kemboja

Fasa ke-2 trip Indochina memasuki negara Kemboja selepas melepasi sempadan Thailand dan Kemboja. Perjalanan diteruskan ke Siem Riep sebagai pit stop pertama di Kemboja. Battambang ke-2 dan Phnom Penh bandar ke-3 persinggahan.

Trip ke Siem Riep

Bandar ini amat terkenal di kalangan pelancong asing seluruh dunia sebagai kota Angkor Wat. Rata-rata pelancong  kesini semata-mata kerana Angkor Watt iaitu kota lama yang diiktiraf sebagai salah sebuah UNESCO World Heritage. Tidak hairanlah dibandar ini banyak terdapat hotel-hotel besar berbintang-bintang malah hostel budget juga mudah didapati disini.

Dari Bangkok selepas melepasi imigresen Thailand dan Kemboja, perjalanan untuk ke Siem Riep akan mengambil masa lebih kurang 4- jam. Sepanjang perjalanan, anda akan disajikan dengan pemandangan yang jauh berbeza semasa di Thailand. Di Kemboja dapat dilihat keadaan rumah-rumah rakyat Kemboja diperbuat daripada kayu, kecil, buruk dan ada yang kelihatan sangat daif.

Banyak tanah-tanah yang hanya dibiarkan kosong tanpa diusahakan dengan tanaman. Keadaan ini yang menjadikan Kemboja sangat miskin di kalangan negara Asia lain. Mereka tidak ada inisiatif untuk membangunkan kawasan pedalaman dengan sector pertanian. Akibatnya rakyat mereka hidup miskin dan merana dengan kesempitan hidup ditambah kesukaran mendapatkan pekerjaan. Pekerjaan di Kemboja rata-rata ramai yang membawa tuk-tuk. Hanya itu sahaja peluang pekerjaan yang banyak tersedia dengan kemasukan pelancong asing ke Siem Riep.


Di Kemboja, mereka menggunakan matawang USD dan juga Khemer Riel. Penggunaan USD diterima secara meluas disini. Inilah yang menjadikan melancong ke sini agak mahal kerana rata-rata barangan atau tiket masuk ke Angkor Wang ditetapkan mengikut kadar USD.

Jangan keliru, jika anda diberhentikan di stesen bas yang tidak menyerupai stesen bas dan ianya terletak bukan di Old Town seperti yang dinyatakan semasa membeli tiket. Perhentian bas ini tidak lebih seperti garaj bas. Selepas turun daripada bas, terdapat banyak (lebih kurang 5 buah) tuk tuk yang siap menunggu untuk dibargain bagi membawa anda ke destinasi sebenarnya iaitu Old Town.

Untuk ke kawasan Old Town dimana terdapatnya banyak kedai-kedai dan hotel agak memakan masa. Serasanya lebih kurang 20 minit menggunakan tuk-tuk. Memang tidak ada jalan melainkan perlu mengambil tuk-tuk sama ada berkongsi dengan 2 atau 3 orang atau perlu berjalan keluar dari lorong tersebut ke jalan besar, dan ambik tuk-tuk di situ. Tidak perlu menyeberang jalan.

Baca tentang Aranyaprathet, pusat bunde terbesar di sini. Tips hostel backpacker di Siem Riep baca sini

Buat photobook murah dan dapatkan harga diskaun di sini



Sabtu, 3 Mac 2018

7 panduan ini memudahkan anda melancong di Thailand



Dibawah ini dikongsikan tips yang perlu anda tahu buat yang pertama kali melancong di Thailand. Walaupun Thailand adalah negara jiran Malaysia tetapi negara ini sangat berbeza dengan Malaysia. Jika di Kuala Lumpur tersangat mudah untuk mendapatkan makanan halal tetapi di Bangkok ianya tidak sesenang seperti di Kuala Lumpur. 

 1)  Plug
Disini penggunaan plug adalah dua pin pipih yang sama sekali tidak sama dengan plug pin di Malaysia. Jadi, bawa bersama travel plug adapter. 

2) Masa
Waktu di Thailand awal sejam berbanding Malaysia. Ini bermakna jika Thailand pukul 9 malam, waktu di Malaysia ialah 10 malam. Selaraskan jam anda sebaik memasuki Thailand bagi mengelakkan anda terlewat yang menyebabkan anda terlepas menaiki flight atau train.

3)  Tandas
Tidak banyak tandas di setiap tempat tumpuan pelancongan. Lebih baik untuk kencing siap-siap di hotel dan rancang makanan supaya tidak mengalami cirit-birit. 

4)  Beratur
Jika beratur pastikan sentiasa di sebelah kanan dan bukan kiri seperti kebiasannya di Malaysia.

5)  Rabbit Card
Rancang perjalanan untuk ke mana-mana destinasi. Sebaiknya beli Rabbit Card (ala ala Touch n Go) untuk naik BTS dia jika anda jenis naik BTS tegar. Jika tidak, anda perlu beratur panjang dan sediakan duit syiling setiap kali hendak membeli tiket BTS. Mesin tiket BTS sangat tidak efisyen. Top up kad rabbit card secukupnya kerana baki kad tidak boleh dipulangkan.

6)  Pengangkutan murah dan cepat
Pengangkutan awam paling murah dan berbaloi adalah ARL, BTS dan juga MRT. Tambang tuk-tuk lebih mahal dan penggunaan taxi atau grab akan menempuh kesesakan jalan raya. Baca lagi di sini.

7)  Sim Kad
Sim kad di Thailand sangat murah dan internet yang sangat laju. Dengan harga 290 bath untuk 3Gb cukup untuk update media social, mencari info, guna untuk google maps dan juga Grab.

Lihat pakej tour murah di Bangkok sini atau sini.

Baca sini tips elak scammer di sempadan Thailand-Kemboja. Lokasi makanan halal di Bangkok, baca sini.

Trip Indochina di Thailand: 5 night market happening di Bangkok

Night Market di Bangkok sangat happening dengan penjual yang ramai dan pengunjung yang berpusu-pusu memeriahkan pasar malam. Berada di Bangkok tidak sah berjalan-jalan mengisi waktu malam di pasar malam yang sangat mengujakan dan meriah dengan pelbagai jenis barangan. Disini harga jualan kebiasanya jauh lebih murah dari shopping mall dan apa yang menarik adalah boleh tawar menawar sehingga puas hati.

1) Ram Khamhaeng Night Market
Pasar malam ini dibuka jam 5 petang setiap hari berdekatan dengan University Ramkhamhaeng. Untuk ke sini turun di ARL Ramkhamhaeng kemudian ambik teksi atau  Saen Saep Express Boat – Ramkhamhaeng. Terdapat banyak gerai-gerai halal di sepanjang jalan.

2) Rod Fai Night Market
Pasar mala mini dibuka dari Khamis hingga Ahad berhampiran Esplanade Mall. Sangat happening dengan pelbagai jenis jualan.

3) Night market Khoasan Road
Kawasan ini sangat meriah dengan pengunjung dan backpackers mat salleh yang menjadikan kawasan ini terutamanya pada waktu malam untuk mereka berhibur. Disini terdapat pelbagai jenis barangan dijual dan makanan local terutamanya bagi pelancong bukan Islam. Makanan halal agak sukar didapati di pasar malam ini.

4) Chatuchak Weekend Market
Pasar malam terbesar di Bangkok yang diadakan pada hujung minggu sangat meriah dengan pelbagai jenis jualan dan pengunjung.

5) Padpong Night Market
Untuk kesini melalui train boleh turun samada di BTS Sala Daeng atau MRT Silom. Perlu tahu harga barang sebelum bargain harga disini kerana rata-rata penjual disini mengenakan harga melampau.





Rabu, 28 Februari 2018

Panduan ke syurga shopping kain cotton di Bangkok

Bangkok terkenal dengan syurga shopping. Siang malam terdapat banyak mall dan pasar malam yang dibuka meriah dengan pelbagai jenis jualan. bagi golongan wanita berkunjung ke negara Gajah Putih ini tidak sah jika tidak membeli belah pakaian, aksesori wanita, handbeg dan pelbagai jenis barangan yang boleh didapati dengan harga murah. Jika pandai tawar-menawar tentunya ianya sangat berbaloi untuk membelanjakan wang disini. 

 

Sampeng Market adalah pusat jualan kain cotton yang banyak dijual disini secara borng mahupun runcit. Tetapi jualan disini tidak terhad kepada kain cotton sahaja turut dijual disini ialah aksesori wanita seperti barang kemas tiruan, beg, klip rambut, kosmetik dan sebagainya. Pasar ini dibuka setiap hari dari jam 9am - 6pm. Manakala pada sebelah malam, ada pasar malam di area Chinatown.Terdapat beberapa gerai kebab dan restoran India di sekitar sini. Market yang unik, hanya di Bangkok.


 1) Menggunakan feri
Ambik Chao Phraya Express Boat (N5 Ratchawongse or N6 Memorial Bridge/Saphan Phut)  ke Rajchawongse Pier. Keluar dan jalan terus ke Ratchawongse Road lebih kurang 300m untuk masuk ke Sampeng Market.

2) Menggunakan keretapi
Dari MRT Hua lumphong  atau BTS Wong Wian Yai ambik taxi atau Uber ke Sampeng Market.

3) Menggunakan BTS
Naik BTS turun Saphan Taksin( last station). Kemudian naik water taxi turun station Rachawangse. Perjalanan sehala kemana-mana stesen dalam 15 baht. Dekat area China Town. Sampai Rachawangse cari Sampeng Market .Tidak jauh dari stesen dan boleh berjalan kaki. Terdapat banyak pintu masuk ke market.

 


Panduan melancong di Thailand baca sini. Tips penginapan di Bangkok klik sini. Untuk pakej tour murah di Bangkok klik sini.

Cari

Like Us


Hot in week

Recent

Comments


Follow Instagram

Translate

index