DISQUS SHORTNAME

Memaparkan catatan dengan label Trip overland. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Trip overland. Papar semua catatan

Ahad, 30 September 2018

Trip ke Indochina di China: 5 tempat melancong untuk di lawati di Shenzen

Melancong di Shenzen tidak sah jika tidak berkunjung ke tempat-tempat menarik berikut: 

1) Window of the World
Replica semua monument terkenal dari seluruh dunia. Tempat ini ada semua binaan 7 wonders of the world. Untuk ke sini turun di stesen Window of The World. Tiket untuk masuk ke sini dalam RMB 200 lebih kurang RM 120.

2) Splendid China & Folk Cultural Village
Keluasan taman ini sangat besar. Dikatakan ianya merupakan taman “miniature” yang terbesar di dunia. Mempunyai 80 rekabentuk landmark terkenal di seluruh China termasuk replica “tanah besar China”. Disini terdapat 2 tempat menarik iaitu “Splendid China Area” dan juga “Cultural Village Are”. Untuk masuk ke sini perlukan tiket.

3) Dafeng painting
Perkampungan lebih 8000 para seni, pembuat frame dan agent yang menetap di perkampungan ini bersama keluarga.disni dapat dilihat aktiviti seni lukis secara langsung dan pameran seni lukisan yang tersangat banyak dan menarik.Dikenali sebagai “kilang lukisan didunia”. Kedai-kedai disini tidak hanya menjual barangan hasil seni mereka tetapi turut mempertontonkan bagaimana mereka melukis secara langsung. Tempat yang harus dikunjungi jika anda peminat seni lukis.


4) Shopping di Shenzen
Shenzen merupakan kawasan perindustrian dengan banyak kilang  didirikan. Disini dapat ditemukan bangunan Apple sebesar mall yang menjual pelbagai barangan Apple. Tidak hairanlah jika di sini, produk Apple ialah produk pilihan penduduk tempatan disini. 2 tempat shopping utama di Shenzen ialah Dongmen street. Pusat komersial utama di Shenzen dengan pelbagai jenis barang. Turun di stesen Lou Jie. Louhu plaza juga syurga membeli belah. Tetapi disini harga barang agak mahal kerana berdekatan dengan sempadan.



5) Melawat masjid Shenzen
Komuniti islam di sini tidak begitu ramai. Tetapi mereka lebih mesra dan bersopan santun dan sentiasa murah dengan senyuman. Setiap kali berjumpa dengan kalangan  Muslim (wanita yang bertudung lebih mudah dikenali) pasti tidak lepas memberi salam. Terasa semangat persaudaraan disini. Saling memberi salam tanpa mengira bangsa dan kaum serta negara.

Info sebelumnya klik sini. Baca seterusnya untuk info lanjut tentang Guangzhou sini.

Trip ke Indochina di Hong Kong: Senarai Lengkap Tempat Makanan Halal di Hong Kong

Makanan halal sering menjadi kebimbangan bagi pelancong muslim jika ingin melancong ke Hong Kong. Perlu diakui untuk mencari lokasi makanan halal di Hong Kong sedikit mencabar disini sekiranya memilih menginap di tempat yang jauh dari kawasan masjid. Disini disenaraikan tempat makanan halal di Hong Kong:

1)    Miranda Mansion
Bangunan ini terletak berhampiran dengan Chungkin Mansion yang terkenal sebagai penginapan murah di Hong Kong di kalangan backpackers. Di bawah bahagian Miranda Mansion terdapat banyak kedai-kedai Pakistan yang menjual makanan orang Pakistan. Tetapi jangan risau, terdapat juga satu restoran mamak dari Malaysia yang menjual disini. Perlu diingat makanan di sini jika ditukarkan ke ringgit Malaysia boleh mencecah rm 30-40 sepinggan untuk nasi.

2)    Pasar menjual daging halal berhampiran masjid Kowloon.
Berhampiran dengan Masjid Kowloon, di celah-celah lorong ada terdapat satu pasar basah yang menjual daging dan ayam halal oleh warga Pakistan di sini. Jika anda menyewa airbnb dan mempunyai kemudahan memasak di guest ada baiknya memasak sendiri untuk menjimatkan kos travel di sini.

3)    Kantin Masjid Ammar
Jika berkunjung ke masjid ini, boleh laa makan tengahari disini. Di tingkat atas masjid ini terdapat kantin yang menjual makanan halal. Tetapi, jika tidak silap kantin ini hanya dibuka sehingga petang sahaja. Rancang perjalanan supaya dapat sampai ke sini pada waktu zohor dan boleh laa melepaskan rindu makan nasi di sini.

4)    Sekitar masjid Ammar
Semasa berjalan-jalan mencari arah masjid ini, saya terjumpa satu restoran halal. Jika sesiapa yang kebuluran nasi bolehlaa mencari restoran halal di sekitar masjid tersebut.

                                            

5)    Kowloon park
Jika pada hujung minggu, biasa terdapat warga Indonesia yang menjual nasi secara sembunyi-sembunyi disini. Jika anda melihat adanya bungkusan besar yang berbungkus, itulah orangnya yang menjual nasi. Air juga turut dijual. Untuk berjualan malah tidur adalah tidak dibenarkan sama sekali di taman ini. Terdapat pengawal taman yang akan meronda memantau kegiatan disini. Harga nasi berserta sambal dan lauk sekitar 15 dollar hong kong. Lebih murah jika dibandingkan makan di restoran halal atau membeli makanan di Miranda mansion. Nasi putih sahaja berharga 20 dollar beserta cas bekas plastic 5 dollar. Disini, bekas plastic dikenakan caj.

6)   Masjid Kowloon
Dimaklumkan oleh rakan backpackers bahawa Masjid Kowloon turut menjual nasi. Mungkin boleh tanyakan kepada petugas masjid mengenai kesahihan info ini.

7)  Jeti di pulau 
Jika menaiki feri menyeberang ke pulau di Hong Kong, di tingkat atas jeti tersebut ada kedai yang menjual kebab halal.




Info menarik tentang Shenzen, sini. Baca selanjutnya di sini tentang Hong Kong.



Rabu, 19 September 2018

Trip ke Indochina di China: Panduan mencari hotel murah di Shenzen

Hotel murah di Shenzen, paling mudah bagi pelancong Muslim ialah dengan mencari penginapan berhampiran dengan kawasan makanan halal. Terdapat 2 kawasan yang disekitarnya mempunyai beberapa tempat makanan halal dan juga kedai runcit yang menjual makanan halal.

1) Area masjid Shenzen (Meilin Road)
Disini ada agak ramai komuniti Islam yang menginap berhampiran dengan area masjid. Di sekitar masjid ini juga ada beberapa restoran halal termasuk satu di sebelah masjid dan satu lagi restoran beberapa meter dari masjid. Menginap berhampiran kawasan ini akan memudahkan anda untuk datang ke sini mencari makanan halal. Turun di stesen Mei Lin. Tempah hostel murah di Booking.com sini.


2) Area Wenjin Station
Hotel Muslim merupakan hotel yang popular disini di kalangan penduduk muslim dan pelancong dari Malaysia. Tempah hotel ini di sini. Turun di stesen Wenjin  exit D  dan perlu berjalan kaki dalam 100m menuju ke hotel ini. Jika dari jauh, pasti beranggapan ianya adalah masjid memandangkan bumbungnya terdapat kubah. Namun sebenarnya ia adalah hotel mempunyai fasiliti lengkap dengan kemudahan surau, restoran halal. Tinggal di hotel ini, anda tidak perlu lagi berfikir soal mencari makanan halal disini kerana  hotel ini juga memiliki restorannya yang menyediakan makanan halal kepada penghuni hotel. Di sekitar kawasan hotel ini terdapat kedai runcit yang menjual makanan halal manakala restoran halal sangat mudah untuk dijumpai. 

3) Area Dongmen street
Pusat shopping di Shenzen dengan pelbagai barangan dan kedai yang menjual bermacam-macam jenis barangan. Di area ini ada banyak terdapat hotel. Bagi yang bercadang ke Shenzen untuk shopping dan juga memborong, menginap di area sini akan menjimatkan masa dan kos pengangkutan. Turun di stesen Laojie. 

Buat perbandingan harga hotel di Traveloka sini atau Trivago sini.

Baca info penting tentang China di sini. Tempat menarik di Shenzen baca sini



Isnin, 17 September 2018

Panduan lengkap lokasi best shopping dan memborong di Guangzhou

Guangzhou semestinya antara destinasi yang wajib dikunjungi bagi kaki shopping. Mempunyai pusat borong paling besar di dunia, aktiviti memborong dan shopping di Guangzhou akan memberikan anda kepuasan dalam membeli belah. Puas berjalan dan meninjau barangan dari satu kedai ke kedai yang lain, tidak akan terasa dengan keseronokan membeli belah. Dibawah adalah senarai lokasi membeli belah dan juga borong di Guangzhou, China.

1) Barang mainan- Yide Lu
2) Gajet- Cultural park/Hingsun Complex
3) Baju/kasut/ jam- Guangzhou Railway Station
4) Electronic- Zhongbai Electronic City atau Central communication accessories city



5) Pakaian kanak-kanak- Full Kids World-Zhong Shan Ban Lu

                               
6) Barangan kulit- Baiyun International Leather Plaza
7) Barang mainan, cenderamata, kraftangan- One Link Plaza
8) Kain dan textile- jalan Xin Gang Xi
                                
9) Sutera, cadar, langsir- Da Sha Tou
10) Aksesori wanita- Taikang Jewellery/stesen Haizu exit E 

Info sebelumnya baca sini. Islam di China baca sini.






Khamis, 13 September 2018

Panduan lengkap menaiki keretapi dari Guangzhou ke Shenzen

Tips dan panduan lengkap pengangkutan keretapi Guangzhou ke Shenzen. Di China kemudahan train tersangat efisyen dengan pelbagai jenis train yang boleh dinaiki. Tambang ada yang murah dan mahal bergantung kepada jenis train dan kecepatan perjalanan. Untuk membeli train dari Guangzhou ke Shenzen adalah sangat perlu untuk anda mengetahui pelepasan dan ketibaan train di stesen yang mana. Ini kerana, semua perjalanan keretapi dari Guangzhou ke Shenzen adalah mengikut jenis keretapi yang akan berlepas mengikut stesen tertentu dan akan sampai di stesen tertentu sahaja.



Untuk perjalanan Guangzhou ke Shenzen pertimbangkan situasi ini;
1) Jarak perjalanan anda dari hostel penginapan ke stesen keretapi terdekat
2) Jenis keretapi yang akan dinaiki
3) Jarak stesen keretapi apabila sampai ke destinasi ke tempat penginapan.

Untuk maklumat terdapat 3 jenis keretapi yang menyediakan perjalanan dari Guangzhou ke shenzen dengan tambang yang berbeza dan tempoh masa berbeza.
1) China high speed train- kod D
2) Bullet train – kod G
3) Train biasa-kod T


Dari Guangzhou ada 3 stesen keretapi:
i) Guangzhou South Railway Station
ii) Guangzhou East Railway Station
iii) Guangzhou Railway Station

Di Shenzen ada 2 stesen keretapi;
i) Shenzen North Railway Station
ii) Shenzan  Railway Station

Perkongsian tentang Guangzhou klik sini. Info bermanfaat seterusnya klik sini.


Selasa, 4 September 2018

Jejak Sejarah Islam di Bumi Guangzhou:Sejarah kewujudan Masjid Huai Sheng

Dikenali dengan pelbagai nama sejak dari awal didirikan sehingga sekarang masyarakat Guangzhou mengenalnya sebagai Masjid Huai Sheng. Turut dikenali sebagai Lighthouse Mosque atau the Great Mosque of Canton sesuai dengan peranannya pada ketika itu sebagai masjid pertama yang didirikan bagi tujuan dakwah disini. Dibina pada kurun 750 M pada zaman Dinasti Tang.



Masjid ini dihanya bersejarah sebagai masjid pertama di China tetapi ianya turut menyimpan beribu kenangan sebagai masjid yang didirikan oleh pelopor dakwah di negara ini iaitu bapa saudara Nabi Saidina Saad bin Abi Waqas. Lantaran itu, masjid ini juga disebut sebagai Masjid Memorial yang merupakan masjid pertama di daratan Cina.

Kawasan masjid luasnya kira-kira 3,800 meter persegi. Seni bina bangunan masjid ini menggabungkan unsur seni bina klasik China dan Arab. Ketika memasuki pintu masjid ini, terdapat gedung melihat anak sabit. Walaupun bangunan yang dibina semula pada tahun 1695 ini tidak begitu besar, tetapi kelihatan amat cantik jika dipandang dari jauh. Dua serambi yang panjang terletak di kedua-dua belah Bangunan Melihat Anak Bulan. Di dalamnya terdapat 10 buah batu bersurat yang mencatatkan sejarah Masjid Huaisheng.

Ruang sembahyang yang bercirikan seni bina tradisional China dibina semula pada tahun 1935. Ruang itu boleh menampung lebih seribu orang umat Islam bersolat berjemaah pada satu masa.

Berhampiran dengan ruang sembahyang yang menghadap ke arah tanah suci Mekah ialah bilik penyimpanan kitab, yang menyimpan pelbagai salinan al-Quran. Ruang solat masjid ini sangat biasa dengan tulisan ayat-ayat suci a quran di dinding sebagai hiasan dalaman masjid.

Selain itu, terdapat sebuah menara yang dipanggil menara bercahaya setinggi 36.3 meter di bahagian barat daya halaman masjid tersebut. Badan menara ini berbentuk bujur manakala bahagian atasnya tajam. Oleh itu, Masjid Huaisheng juga dipanggil sebagai masjid Guangta yang bererti menara bercahaya oleh penduduk tempatan. Menara yang telah dibina semula pada tahun 1934 ini bercirikan seni bina Arab. 

Catatan sebelumnya baca sini. Klik sini untuk info yang lebih menarik tentang tempat shopping di Guangzhou. 


Rabu, 22 Ogos 2018

Trip ke Indochina di China: Peta metro Guangzhou

Baik sebelum itu izinkan kami kongsikan sedikit informasi berkenaan Guangzhou Metro Railway. Untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat menggunakan perkhidmatan Metro Railway paling mudah dan cepat, anda boleh dapatkan kad Metro Railway di Lapangan Terbang Baiyun. Harga untuk satu kad adalah 70 Yuan, 50 Yuang kredit, manakala 20 Yuan lagi adalah harga kad.


1). Subway ini ada 8 line, sangat mudah digunakan. Anda hanya perlu fokus pada warna line kalau nak bertukar stesen.
2).  Boleh download peta di atas atau dapatkan di mana-mana kaunter di stesen metro. Nanti senang nak berjalan.


3).  Kad yang dibeli tidak boleh dipulangkan. Top-up kad boleh dibuat di mana-mana 7-Eleven.
4). Waktu peak adalah ketika petang dan waktu tengah hari dan jarak menunggu train seterusnya sangat cepat. Sekitar 90 – 120 saat sahaja.
5). Tak ramai orang tempatan yang boleh berbahasa Inggeris, kalau nak tanya apa-apa boleh dapatkan bantuan polis yang bertugas di setiap Metro Railway. Kebanyakkan polis yang bertugas semuanya boleh berbahasa Inggeris. 

Kredit info dari FB posting (sumber tidak dapat dikenalpasti) 

Info sebelumnya tentang Guangzhou klik sini. Baca catatan seterusnya tentang Shenzen baca sini.

Sabtu, 11 Ogos 2018

Trip ke Indochina di Vietnam: Panduan pengangkutan ke White Sand Dunes di Mui Ne

Tidak sah ke Mui Ne jika tidak pergi ke White Sand Dunes yang best. Siapa sangka di Negara Asia turut terdapat bukit pasir yang sangat mengujakan. Tidak perlu untuk ke tanah Arab bagi bermain bukit pasir yang seluas mata memandang. White Sand Dunes di Mui Ne merupakan tempat pelancongan terkenal di sini. Bagi yang budget rendah tapi ingin merasai pengalaman berada di gurun sahara seperti di Morocco, Dubai..eloklaa datang ke sini. 


          1) Pengangkutan ke White Sand Dunes

White Sand Dunes terletak jauh ke pedalaman dari bandar Mui Ne kira-kira 20 km. Ia merupakan satu-satunya tempat pelancongan yang paling jauh disini tetapi paling ramai yang datang ke Mui Ne semata-matanya untuk merasai keseronokan bermain bukit pasir yang besar. 

i) Sewa motosikal

Bagi yang inginkan cabaran sewa motosikal adalah pilihan terbaik untuk menjelajah Mui Ne. Dengan kadar sewa 200k dong untuk 4 jam, anda bebas bergerak mengatur masa kemana-mana sahaja pada bila-bila masa. Dengan pekan yang tidak terlalu besar berpandukan google maps adalah sangat mudah untuk ke White Sand Dunes sendiri tanpa pakej. Tetapi ianya sangat tidak kos efektif bagi yang travel secara backpackers dan cheapskate.



ii) Berbasikal

Bagi yang kaki cycling, di area pekan Mui Ne terdapat banyak yang menyediakan perkhidmatan sewa motosikal dan basikal. Perjalanan ke White Sand Dunes dengan berbasikal akan memberi lebih masa dan ruang untuk anda menikmati keindahan Mui Ne. 

iii) Pakej tour di Mui Ne

Bagi yang datang ke Mui Ne dengan masa yang terhad, mengambil pakej tour adalah pilihan terbaik. Sekiranya anda sampai ke Mui Ne di awal pagi dan masih belum mempunyai pakej, tidak perlu risau. Sebaik anda melangkah turun dari bas, akan ada orang-orang yang menghampiri anda menawarkan pakej ke White Sand Dunes untuk melihat matahari terbit. Bagi yang mengikuti pakej melihat matahari Terbit di White Sand Dunes,  seawal 5 pagi mereka akan bergerak mengambil di hotel-hotel menggunakan jeep. 

Tetapi, sekiranya anda ingin jimat, pakej tour lebih murah di sini. Dengan hanya RM 36 untuk separuh hari Tour ke Sand Dunes. Tempah pakej tour anda sekarang di sini. Harga pakej ini lebih murah berbanding pakej tour dari syarikat lain atau pihak hotel.

Pakej tour akan merangkumi lawatan ke White Sand Dunes, Red Sand Dunes, Fishing Village dan akhir sekali Fairy Stream. dengan tempoh pakej selama lebih kurang 5 jam. Sebenarnya mereka akan memberikan masa yang terhad di setiap tempat kerana perlu berkejar untuk ke tempat seterusnya bagi mengelakkan waktu yang semakin panas.




Perkongsian sebelumnya baca sini. Aktiviti menarik di Mui Ne klik sini.

Khamis, 26 Julai 2018

Ketahui 8 info berguna ini sebelum anda melancong ke Vietnam

Nama asal adalah Saigon dan ditukar ke HCMC setelah komunis menang di Vietnam melawan US. Terlibat dengan peperangan Perancis dan juga sesama Vietnam iaitu antara Vietnam Utara dan Vietnam Selatan sebelum bersatu menjadi negara merdeka Vietnam. Ibu negara Vietnam ialah Hanoi. 



1) Motor
Negara paling banyak motor di dunia dan keadaan jalan bersesak-sesak dengan ribuan motor. Bunyi hon yang sangat bising apabila mereka saling membunyikan hon antara satu sama lain. tetapi tidak perlu takut apabila melintas kerana mereka akan memberikan anda laluan.

2) Scammer teksi
Perlu berhati-hati apabila menggunakan teksi di sini. Banyak pemandu teksi yang mengambil kesempatan  mengenakan caj tambang melampau kepada pelancong.



3) Bahagian utara  mengalami 4 musim
Kawasan di sebelah atas Hanoi mengalami cuaca 4 musim. Jika anda berkunjung ke Hanoi, Sapa pastikan mengetahui musim di sana. Jika tidak anda akan berdepan dengan masalah  kesejukan melampau kerana kawasan ini adakalanya turun salji.

4) Charger
Menggunakan port kabel 2 lubang. Jika kesini perlu menggunakan universal travel adapter atau membeli adapter khusus untuk Vietnam.

5) Matawang
Jika di Kemboja penggunaan matawang USD sangat meluas di negara mereka. Tidak kurang di Vietnam, mereka juga menerima pembayaran menggunakan dollar USD. Tetapi wang Vietnam Dong masih diterima pakai disini.

6) Bahasa
Bertutur dalam bahasa rasmi mereka iaitu Vietnam.
Info ini perlu anda tahu jika ingin  melancong ke Vietnam.  Disini masih boleh didapati signboard kedai mahupun hostel menggunakan bahasa English. Masih tidak terlalu sukar untuk mencari hostel disini berbanding di China yang menggunakan tulisan Cina di signboard kedai mereka.

7) Pengangkutan bas
Untuk pengangkutan jauh antara negeri-negeri dalam Vietnam dan juga antara bandar, boleh membuat tinjauan tiket atau perjalanan yang ditawarkan oleh syarikat pengangkutan bas utama di Vietnam iaitu The Sinh Tour atau Futabus. Jika dari Saigon airport ke pusat bandar bandar Ben Tanh naik bas 152 dengan tambang 10 Vnd. Dari pintu keluar aiport terus akan nampak bas ini.

8) Hostel
Kebanyakkan hostel akan minta passport untuk disimpan oleh pihak mereka dan akan dipulangkan apabila check out. Gunakan perbincangan dengan pihak hostel sekiranya mereka bersetuju untuk mengambil salinan passport.

Info overland Kemboja-Vietnam baca sini. Overland ke China klik sini


Selasa, 3 Julai 2018

Trip ke Indochina di Vietnam: Tips penting penginapan di Mui Ne

Tip penginapan ini penting untuk anda tahu jika ke Mui Ne. Disini merupakan kawasan pesisir pantai. Terdapat banyak hotel berbintang dibina di kawasan pesisir pantai manakala hostel murah biasanya dibina di seberang jalan bertentangan dengan hotel mahal.


Kelebihan menginap di hotel berbintang di kawasan ini ialah, anda mempunyai akses untuk ke pantai dan melakukan pelbagai aktiviti air dimana pantai ini merupakan berdepan dengan hotel adalah terhad untuk tetamu hotel sahaja. Bagi yang bukan penginap hotel, anda tidak berpeluang untuk masuk kesini kerana ada pengawal hotel yang akan mengawal orang luar dari memasuki kawasan hotel dan menuju ke pantai. Cari hotel terbaik di sini





Persekitaran pantai yang berdepan dengan hotel lebih terjaga dan bersih dari sampah sarap. Kemudahan untuk ke pantai berantung kepada perkhidmatan yang disediakan oleh pihak hotel. Rancang aktiviti air yang ingin dilakukan disini dan buat kajian tentang hotel yang menyediakan perkhidmatan tersebut sama ada percuma atau berbayar. Hotel terbaik dan murah di sini banyak terdapat di laman web ini dan juga di sini.

Disini, persekitaran hotel dan pemandangan pantai banyak dipengaruhi oleh dekorasi oleh pemilik hotel sendiri. Hotel-hotel mahal dan berbintang terletak berderet di sepanjang pantai Mui Ne, jarak antara hotel-hotel ini tidak jauh antara satu sama lain. Ada yang terletak sebelah menyebelah dan boleh dituju dengan hanya berjalan kaki. Untuk membuat perbandingan harga hotel, Trivago semestinya terbaik klik sini

Baca catatan sebelumnya disini. Catatan seterusnya klik sini.



Trip ke Indochina di Kemboja: Pengalaman tidur berhimpit dalam sleeper bus di Kemboja

Perkhidmatan bas jarak jauh di Kemboja akan menggunakan sleeper bus dimana ianya bas yang berlainan dengan perjalanan bas pada waktu siang. Tambang untuk perjalanan pada waktu malam sedikit mahal berbanding pada siang hari. pengalaman menaikki sleeper bus tentunya sesuatu yang baru dan patut dicuba bagi rakyat Malaysia yang bercuti di Kemboja. Tidak ada bas seumpama ini di Malaysia dan ianya hanya ada di Kemboja sahaja.

Keadaan dalam bas sama sekali tidak sama daripada bas biasa yang mempunyai tempat duduk. Dalam sleeper bus ini, yang ada hanyalah 2 tingkat atas dan bawah petak2 kecik di kiri dan kanan bas manakala tengah2 adalah laluan berjalan kaki yang hanya muat untuk orang yang bertubuh kecik sahaja. Tempat tidur adalah untuk 2 orang bagi satu petak kecik. Bagi yang bertubuh besar dan gemuk keadaan ini akan mendatangkan ketidakselesaan memandangkan tempat tidurnya hanyalah kecik sahaja. Apa yang menarik, tempat tidur ini lengkap dengan selimut.


keadaan di dalam sleeper bus

ruang tengah untuk laluan berjalan 

Sebelum menaiki bas ini, penumpang perlu menaggalkan kasut/selipar dan diberikan plastik untuk menyimpan kasut tersebut. Hanya beg kecik sahaja yang boleh dibawa masuk dimana beg ini akan memakan ruang tidur anda sekiranya terlalu besar. Konduktor dan driver bas akan menguruskan penumpang bagi membolehkan penumpang tidur sesama jantina. Maka tidak perlu risau soal tempat duduk sama sekali.

Trip ke Indochina di China: Perjalanan ke Shenzen dari Guangzhou menggunakan keretapi laju

Perjalanan dari Guangzhou ke Shenzen boleh menaiki keretapi. Hanya mengambil masa selama 1 jam 50 minit menggunakan train laju. Tiket boleh dibeli di kaunter tiket atau secara online.

1) Tentukan station mana yang ingin berlepas. Disini Guangzhou terdapat 3 stesen keretapi utama.

2) Tentukan stesen keretapi yang ingin tiba di Shenzen.

3) Datang awal ke kawasan menunggu di balai pelepasan

4) Tentukan pintu pelepasan. Pintu ke pelepasan hanya dibuka lebih kurang 10 minit sebelum waktu berlepas. 

5) Selepas pengumuman ketibaan train, segera bergegas ke pintu pelepasan.


6) Tunjukkan tiket bersama pasport kepada pemeriksa tiket

7) Cari coach train seperti yang tertera di tiket

8) Terdapat pramugari train yang akan menyambut penumpang semasa memasuki keretapi. 

9) Letakkan beg di bahagian atas.

9) Akan ada pramugari train yang bertindak membantu penumpang. Minta bantuan mereka sekiranya ada apa-apa masalah. 


Baca info sebelumnya di sini. Panduan seterusnya di Shenzen, klik sini.




Isnin, 2 Julai 2018

Trip ke Indochina di China: Tips Metro Railway di Guangzhou

Pengangkutan Metro iaitu seperti sistem (LRT/MRT/KTM) di Malaysia adalah sangat efisyen di Guangzhou dengan kekerapan perjalanan tidak sampai 10 minit menunggu. Guangzhu Metro Railway mempunyai 8 line. Jika didalam peta metro, line tersebut akan diwarnakan mengikut warna tertentu tetapi dikenali dengan line 1, 2 dan sebagainya. Penggunaan Metro disini sama sistem dengan LRT, KTM, MRT jika di Malaysia.
Untuk memudahkan perjalanan anda, dinasihatkan untuk mendapatkan peta Metro di mana-mana kaunter stesen Metro. Sebaiknya rancang perjalanan anda untuk mengelakkan kesesakan penggunaan Metro yang sangat ramai pada waktu puncak iaitu di sebelah petang dan tengah hari. Kekerapan perjalanan Metro pada waktu puncak lebih cepat. 


Di China termasuk juga Guangzhou sangat sukar untuk berkomunikas dalam bahasa Inggeris. Rata-rata masyarakat China tidak boleh berbahasa Inggeris. Jika mempunyai masalah, sebaiknya mendapatkan bantuan dari polis yang bertugas atau bertanyakan pada petugas kaunter di Stesen Metro. Mereka akan meminta bantuan dari rakan sekerja yang lain sekiranya tidak memahami soalan anda. Walaupun masalah komunikasi menjadi halangan utama untuk bergerak di Guangzhou tetapi disini tetap menjadi pilihan utama rakyat Malaysia untuk memborong.  Klik sini untuk download peta Metro Guangzhou. 
Baca info sebelumnya di sini. Klik sini untuk ke tempat bersejarah Maqam Saad Bin Abi Waqas.

Trip ke Indochina di China: panduan lengkap ke Masjid Saad bin Abi Waqas di Guangzhou

     Masjid lama yang diberi nama sempena bapa saudara Nabi iaitu Saidina Saad bin Sbi Waqqas. Dipercayai beliau merupakan orang bertanggungjawab yang menyebabkan tersebarnya Islam di sini dan seluruh China. Di perkarangan masjid ini tidak hanya terletak masjid yang diberi sempena nama beliau tetapi juga turut terdapat maqam yang dipercayai penduduk tempatan merupakan maqam baginda. Maqam Saad bin Abi Waqas terletak berhampiran pintu masuk masjid sebelum jalan menuju ke masjid yang terletak jauh ke dalam. Tetapi seluruh perkarangan masjid ini berkonsepkan masjid dalam taman. Sebelum sampai ke masjid, boleh laa menikmati pemandangan atau berehat di taman.

     Panduan untuk ke masjid ini:

     1) Berhenti di MRT Yieu Xie Park
     2) Keluarkan ikut exit B2 
     3) Ambik kiri
    4) Jalan terus sehingga berjumpa masjid


pintu masuk ke masjid 


keadaan di dalam masjid 





Cari

Like Us

Hot in week

Recent

Comments

Follow Instagram

Translate

index