DISQUS SHORTNAME

Memaparkan catatan dengan label Tips travel. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tips travel. Papar semua catatan

Jumaat, 19 Oktober 2018

Panduan jimat berbaloi-baloi membeli tiket diskaun di Singapore Zoo dan USS

Panduan ini akan memberikan anda cara berguna untuk dapatkan tiket diskaun bagi masuk ke Singapore Zoo dan juga USS.

1) Walk in
Tiket boleh juga di beli di kaunter tiket. Tetapi anda terpaksa beratur menunggu giliran sebelum mendapatkan tiket. Jimat waktu cuti sekolah atau weekend atau pada masa cuti di negara lain, quequ untuk beratur akan panjang dan anda terpaksa menunggu lama. Sangat membuang masa jika terpaksa beratur berjam-jam semata-mata untuk membeli tiket apatah lagi jika anda bercuti dalam masa singkat. Harga tiket semestinya perlu bayar penuh mengikut harga sebenar. Tetapi anda boleh mendapatkan dengan harga diskaun iaitu sedikit murah daripada tiket sebenar dengan meminta ahli keluarga, kawan-kawan membeli tiket di pihak anda. Harga tiket untuk warganegara lebih murah berbanding tiket pelancong.

2) Online
Pembelian online dapat mengelakkan risiko kehabisan tiket dan terpaksa beratur lama membeli tiket. Apa yang lagi best, beli tiket online adalah lebih murah daripada harga walk-in. Ianya lebih murah kerana anda boleh membeli dengan harga diskaun yang ditawarkan di website-website pelancongan yang sudah established. Beli tiket murah di Klook atau di KK Day untuk dapatkan diskaun tiket masuk ke mana-mana termpat menarik berbayar di Singapore sama ada Singapore Zoo, USS, Flower Dome, Sentosa Island dan lain-lain.  2 laman web ini akan memberikan anda diskaun membeli tiket masuk ke tempat menarik di Singapore.

3) Tiket Kombo
Rancang percutian anda supaya anda dapat membeli tiket dengan lebih jimat. Ini kerana di Singapore, ada beberapa tempat masuk yang boleh dibeli tiket secara kombo. Pembelian tiket secara kombo lebih jimat berbaloi-baloi berbanding beli tiket satu-satu. Beli tiket online sini atau sini atau sini.

Ketahui panduan ke USS baca disini dan Singapore Zoo di sini. Simpan kenangan percutian anda dalam bentuk photobook murah dan jimat di sini.

Trip ke Singapore: tarikan menarik di Singapore Zoo

Banyak tarikan menarik yang boleh dibuat di Singapore Zoo diuruskan oleh Wild life Reserves Singapore yang bertanggungjawab mentadbir, mengurus, memulihara dan melaksanakan semua aktiviti di sini. Terdapat 4 park yang boleh anda kunjungi disini. Setiap park  memberikan anda pengalaman berbeza melalui  aktiviti berbeza. Aktiviti yang terdapat di zoo ini sangat berbeza dengan dan pengalaman yang tidak sama memasuki zoo lain di mana-mana negara.

1) Singapore Zoo

Tempat paling gembira bagi pencinta haiwan. Disini anda boleh meet and greet haiwan dengan lebih dekat.

Aktiviti utama disini;
i) Melihat kehidupan haiwan liar dan ganas dan pelbagai jenis haiwan seperti berada dalam hutan. (cheetah, zirafah, badak zumbu dan sebagainya)
ii) “Splash sari show” –pertunjukan singa laut
iii) Pertunjukan elephant
iv) Mandi-manda di kolam bagi kanak-kanak
v) Pertunjukan api


Hari: Isnin-Ahad
Waktu:  8.30am - 6pm
Tiket Singapore Zoo: SGD 35 (Dewasa) SGD 25 (Kanak-kanak)

2) River Safari

River safari berkonsepkan zoo dan aquarium  dengan keluasan 12 hektar persegi. Terletak diantara Singapore Zoo dan Night Safari Singapore. Matlamat utama tempat ini adalah menyediakan tarikan hidupan air di tepian sungai sambil melayari bot.  Disini boleh temukan 6000 spesis binatang termasuk 40 spesies binatang terancam.


Aktiviti utama:
i) Menyelusuri sungai menggunakan bot sambil melihat kehidupan binatang air dan juga binatang yang hidup di pesisir sungai.
ii) Melihat kehidupan haiwan yang hidup di dalam kolam-kolam air.
                                                  
                                         
                                         
                                         

Hari: Isnin-Ahad
Waktu: 10am - 7pm 
Tiket River Safari: SGD 35 (Dewasa) SGD 25 (Kanak-kanak)
                                     

3) Night Safari 


Bersebelahan sahaja dengan Singapore Zoo adalah zoo untuk haiwan nokturnal yang pertama di dunia. Nokturnal adalah haiwan yang berjaga pada waktu malam tidak seperti majoriti haiwan yang lain. Di sini anda dapat melihat lebih daripada 2500 ekor haiwan daripada 130 spesies. Antara zon yang terdapat di sini adalah Himalayan Foothills, Indo Malayan Region, Asian Riverine Forest, Burmesse Hillside, Equatorial Africa, Indian Subcontinent dan Nepalese River Valley.

Aktiviti utama:
1) Meneroka kehidupan haiwan noktumal sama ada dengan berjalan kaki atau menaiki tram safari yang disediakan.
2) Pertunjukan binatang pada waktu malam.
3) Makan malam sambil mengelilingi zoo melihat binatang buas.
                         
                         
                         

Hari: Isnin-Ahad
Waktu Operasi: 7.15pm – 12.00am
Tiket Night Safari: SGD 35 (Dewasa) SGD 25 (Kanak-kanak)

                                          


4) Jurong Bird Park 


Taman burung terbesar di Asia meliputi kawasan seluas 49 hektar. Juga terkenal sebagai taman burung paling famous di dunia. Disini terdapat konservasi pelbagai jenis burung dari seluruh dunia termasuk dari jenis bangau. Taman ini sangat sesuai untuk ibu bapa yang ingin membawa anak-anak menghadapi cabaran dalam hutan tetapi bertemankan pelbagai spesies burung. Sangat bermanfaat bagi ibu bapa memperkenalkan pelbagai spesies burung dalam proses memberi pendidikan kepada anak-anak. Baca lanjut di sini
                                                 


Tips membeli tiket ke Singapore Zoo


1) Belian tiket secara Park Hopper iaitu 4 dalam 1 tiket masuk dalam 7 hari termasuk tram rides (Singapore Zoo, Jurong Bird Park, Night Safari) dan boat rides (River Safari). Kalau beli satu-satu jumlah tiket ialah SGD 144 tanpa rides. Sangat mahal. Tetapi harga tiket kombo boleh dapat SGD 88 klik sini.

2) Pembelian tiket secara online lebih murah dan ada diskaun berbanding walk in di kaunter. beli disini

3) Lebih baik beli tiket online bagi mengelakkan anda terpaksa beratur panjang. Check harga tiket sini.

Buat photobook murah dan jimat disini. Untuk ke tempat menarik free baca disini

Panduan mudah ke Sentosa Island atau Universal Studio Singapore (USS) menggunakan MRT dan bas

Hanya dengan menggunakan MRT dan bas anda dengan mudah dapat pergi ke Sentosa Island atau USS. Ramai yang akan ke Singapore semata-mata untuk pergi ke USS. Ini cara mudah untuk pergi ke Sentosa Island samada USS, SEA Aquarium atau Palawan Island dan lain-lain.

Cara mudah ke Sentosa Island:


1) Ambik MRT dan turun di stesen Harbour Front. (Anda perlu pandai membaca peta MRT kerana perlu bertukar stesen. Biasanya stesen pertukaran ialah di Outram Park)

2) cari signboard Vivo City (shopping kompleks).

3) di Vivo City, naik tingkat 3 Lobby L

4) Beli tiket Sentosa Express ke Sentosa Island. Tiket SGD 4 pergi balik dan untuk pusing satu  Sentosa Island.

5) Dari Sentosa Island turun mengikut tempat yang dituju.
Uss-turun di Imbiah Station.
Sky ride- turun di Beach station

Atau
1) ambik bas atau MRT  turun di Harbour Front
2) ambik bas sentosa express (RwS8)
3) tambang SGD 1

Atau
Dari stesen Harbour Front jalan kaki ke Sentosa Island.

Baca tentang tarikan utama di USS klik sini. Untuk ketahui tempat menarik free baca disini.

Rabu, 17 Oktober 2018

Rainforest Lumina Night Walk, Singapore Zoo: tarikan terbaru di Singapore

Rainforest Lumina  terletak di dalam Singapore Zoo menjadi tarikan terbaru yang harus dikunjungi jika ke sini. Tempat ini berkonsepkan multimedia dalam hutan. Warna warni cahaya direka bentuk untuk memberikan pencahayaan yang mempunyai impak yang sangat menarik dan mengkagumkan.  Lampu-lampu dipasang di sepanjang laluan pejalan kaki ditemani dengan keindahan alam yang disirami cahaya lampu.


Kredit: fb Mohd Amir Izzat

Terdapat lebih 10 zon mengikut konsep masing-masing di sepanjang 1 km berjalan kaki. Pengunjung tidak akan pernah jemu melihat keindahan alam bertemankan cahaya warna warni. Terdapat binatang-binatang yang turut menemani perjalanan anda di sepanjang trek ini.
                                  

Tempat ini baru dibuka kepada umum pada 1 Julai 2018. Dibuka pada waktu malam bermula 7.30pm hingga 12 pagi dan kemasukan terakhir pada 10.30 malam. Harga tiket untuk dewasa adalah 20 SGD, kanak-kanak 16SGD dan free untuk bayi 2 tahun ke bawah. Dapatkan tiket di Klook sini untuk menikmati harga diskaun.

Baca sini untuk tempat-tempat menarik di Singapore. Buat photobook murah di sini.

Rabu, 10 Oktober 2018

18 info ini penting untuk anda tahu sebelum melancong ke China

Panduan lengkap tentang info-info yang perlu anda tahu sebelum melancong ke China.

1) Masyarakat
Di China, terlalu ramai ummah manusia yang bertebaran di segala ceruk terutamanya di mall dan shopping komplek. Ada yang cina Ughur, Tibet dan dikalangan mereka ada yang beragama Islam.

2) Bahasa
Mereka hanya bercakap dan menulis dalam bahasa Mandarin, Hokkien, dan lain-lain. Tidak ramai yang boleh bercakap English dan inilah yang akan menyukarkan perjalanan anda untuk melancong kesini.

3) Matawang
Untuk pergi ke mana-mana sahaja di negara China anda perlu menukar matawang ke yuan atau Renminbi. Di China mereka lebih suka membahasakan matawang mereka dengan Renminbi. Jangan membawa duit Malaysia kerana tiada tukaran ringgit ke Yuan di sini.

4) Cuaca
China merupakan negara 4 musim yang mengalami musim panas, sejuk, luruh dan bunga silih berganti. Untuk kesini, check keadaan musim disini supaya anda dapat menyediakan pakaian yang bersesuaian. 

5) Visa
Rakyat Malaysia perlukan visa untuk memasuki negara China. Perlu memohon di Kedutaan China di Hampshire Place Office, turun di LRT Ampang Park. Ada 3 jenis visa iaitu single entry, double entry dan multiple entry. Setiap pilihan visa adalah berbeza harga dan anda perlu memohon visa bersesuaian dengan perjalanan anda.

6) Masa
Waktu disini sama seperti di Malaysia.

7) Plug
Plug disini berbeza dengan di Malaysia dan bawa travel adapter untuk tujuan caj bateri.

8) Internet
Polisi kerajaan China tidak membenarkan rakyat mereka menggunakan segala aplikasi media social dan juga google. Untuk menggunakan fb dan juga di China memerlukan anda mendowload aplikasi VPN sebagai proxy untuk melayari internet. Download sahaja aplikasi VPN sebelum bertolak ke China.

9) Sim kad
Sim kad China Mobile atau China Unicom agak mahal. Pastikan anda tahu keperluan internet anda dan jika menggunakan telco yang menawarkan servis roaming murah, adalah lebih berbaloi untuk roaming sahaja berbanding membeli sim kad.

10) Kad kredit
China sukar menerima kad kredit malah hampir tidak menerima pembayaran melalui kad kredit dari bank Malaysia. Bawak duit secukupnya untuk keperluan membeli belah dan juga memborong di sini.

11) Duit palsu
Seboleh mungkin elakkan menukar wang di money changer di China. Di sini terdapat banyak wang palsu. Bawa wang secukupnya dan jika memerlukan wang tambahan lebih baik keluarkan dari mesin ATM.

12) Tanda halal
Perkataan halal dalam bahasa Mandarin adalah Qing Zhen. Untuk mengenal pasti kedai halal ialah melalui tanda hijau seperti dibawah.

13) Waktu solat
Untuk menyemak waktu solat ketika di China check melalui website ini www.islamchina.com

14) Tandas
Perlu bawak botol air untuk memudahkan bersuci. Disini memang semua tandas tidak ada paip air, ada yang tidak mempunyai pintu dan bersedia dengan keadaan tandas kotor.


15) Peak season di China
Elakkan bercuti di sini pada waktu-waktu perayaan dan juga cuti umum disini. Keadaan akan sangat sesak dengan orang tempatan dan anda akan bermasalah untuk berjalan-jalan dan membeli tiket apabila terpaksa beratur panjang.

16) Penginapan/ Hotel
Hanya hotel besar dan berbintang sahaja yang dapat dilihat di jalan-jalan utama dan di sign board tertulis perkataan ‘Hotel” . Jika anda menginap di hostel murah, kebanyakkan hostel tersebut terletak di dalam bangunan apartment. Dan hanya hotel tertentu sahaja yang dibenarkan menerima pelancong asing. (Check status hotel tersebut boleh menerima pelancong atau tidak). Anda akan mengalami masalah besar jika receptionist atau pemilik hostel tidak boleh berbahasa Inggeris. Untuk menempah hotel disini, pastikan anda mempunyai maklumat lengkap lokasi hote tersebut. Dapatkan email, we chat, whatsapp atau apa saja yang dapat dihubungi jika anda tersesat mencari hostel tersebut.

17) Pengangkutan
Tidak perlu risau dengan masalah pengangkutan ketika di China. Perkhidmatan Metro sangat efisyen dan bergerak dalam selang waktu yang hanya 5 minit menunggu. Banyak tempat menarik di China boleh diaccess menggunakan metro. Jaringan pengangkutan train ke antara bandar dan juga negeri serta wilayah boleh dipilih sama ada menggunakan keretapi laju, biasa, atau sederhana laju. Pengangkutan udara melalui flight juga turut tersedia.

18) Keselamatan
Disini jika menggunakan Metro, anda akan melihat askar berjaga di semua pintu masuk dan keluar lengkap dengan senapang. Tidak cukup dengan itu, setiap kali menggunakan subway, anda diwajibkan untuk mengimbas segala beg dan badan. Jangan bawa peralatan tajam dan berbahaya disini seperti gunting, pisau jika tidak ingin menimbulkan masalah. Jika mesin berbunyi, anda perlu bersoal jawab dengan pegawai yang bertugas dan perlu mengisi nama di borang berkaitan. (proses seperti mendaftar barang yang dibawa). 

Info bermanfaat di Shenzen klik sini. Info bermanfaat tentang overland ke Hong Kong sini.

Ahad, 7 Oktober 2018

Trip ke Indochina: Panduan mudah melancong ke Hong Kong dari Shenzen

Jika berada di Shenzen amat mudah untuk melancong ke Hong Kong. Amat senang untuk menyelesaikan urusan merentasi sempadan China dan Hong Kong secara overland. Border Shenzen di sebelah China dan Hong Kong saling berhubung antara satu sama lain dan hanya terletak bersebelahan sahaja. Hanya perlu berjalan kaki dengan mengikut signboard, anda dapat menyelesaikan urusan imigresen di sempadan Shenzen dan Hong Kong  dengan mudah dan cepat. Sempadan di sebelah Shenzen ialah Luohu manakala di sebelah Hong Kong ialah Lo’wu. Berkongsi sebutan dan ejaan yang hampir sama. Jangan keliru ok!

                                      

Prosedur Imigresen di China


a) Di Shenzen menuju imigresen China
1) Ambik Mrt  ke Louhu Station. Berjalan keluar.
2) Follow sahaja signboard untuk ke imigresen Hong Kong (berada dalam mall)
3) Ikut prosedur biasa imigresen China untuk cop passport.


Prosedur imigresen di Hong Kong


b) Memasuki sempadan Hong Kong (terletak bersebelahan mall sahaja)
4) Isi borang Voa dan beratur untuk cop passport
5) Keluar dari pejabat imigresen Hong Kong dan menuju ke MTR Lo’wu (train station).
6) Beli tiket ikut tempat yang ingin dituju (kawasan hotel yang ditempah) sama ada Kowloon/ Mongkok/ Tsim Tsa Tsui dsbg.
(pandai-pandai baca map MTR-perlu tukar line MTR)



Sebenarnya Hong Kong dan Shenzen juga turut dihubungkan melalui pengangkutan air. Jika inginkan kelainan boleh cuba menggunakan ferry untuk ke dua-dua destinasi ini. Port Shenzen terletak di Shekou. 

Info berguna sebelumnya baca sini. Info selanjutnya tentang Hong Kong di sini

Sabtu, 6 Oktober 2018

Trip ke Indochina di China: Panduan penting sebelum melancong ke Hong Kong

Kota Shenzen lebih tenang dan aman. Jalan rayanya tidak sesibuk di Guangzhou. Bandar yang paling dekat dengan Hong Kong. Jika di Shenzen, sangat rugi jika tidak melancong ke Hong Kong. Bersempadan dengan Hong Kong, yang sampai ke Shenzen wajib masuk ke Hong Kong kerana ianya terlalu mudah dan cepat.Tetapi bagi rakyat Malaysia perlu mengambil kira beberapa perkara sebelum membuat keputusan memasuki Hong Kong.

1) Keperluan visa China
Memandangkan China memerlukan visa tetapi Hong Kong tidak. Visa berbeza diperlukan mengikut situasi.


a) Single entry China visa
Jika anda hanya masuk sekali sahaja ke China dan pulang melalui mana-mana airport di China atau keluar dari China dan balik melalui negara lain. cth. Masuk melalui China balik melalui Hong Kong/ Macau/mana-mana negara.

b) Double entry
Jika anda masuk ke China 2 kali melalui mana-mana pintu sempadan. Cth. Dari China pergi ke Hong Kong dan masuk balik ke China.
(mohon bertanya di Kedutaan China ketika membuat visa untuk lebih kepastian).

2) Kos perbelanjaan di Hong Kong
Rancang perjalanan dengan mengambil kira segala aspek iaitu kos melancong di Hong Kong dan juga keperluan visa. Perbelanjaan di Hong Kong lebih tinggi berbanding di Shenzen. Harga penginapan di Hong Kong mendadak naik dan sangat berbeza dengan keadaan bilik yang ditawarkan berbanding harga hotel. Tetapi ituah situasi yang berlaku jika berkunjung ke Hong Kong.  Keadaan bilik di Hong Kong hanya seluas katil dengan sedikit ruang muat-muat untuk berjalan seorang. Di Hong Kong jika mementingkan keselesaan penginapan perlu sanggup mengeluarkan belanja tinggi untuk menginap di hotel berbintang dan paling bagus untuk menyewa Air BnB. Sesuai untuk yang datang melancong bersama-sama keluarga atau melancong dalam kumpulan. Tidak hanya penginapan, harga makanan di Hong Kong juga agak mahal untuk satu hidangan.

3) Tiket penerbangan
Lebih baik membuat perjalanan sehala dari China ke Hong Kong/Macau atau route sebaliknya dari Hong Kong/Macau ke China. Route sehala lebih menjimatkan anda dari membuat visa double entry yang lebih mahal berbanding single entry. Juga lebih menjimatkan masa dan tenaga tanpa perlu bergerak ke sana sini 2 kali.

Cadangan route:
1) Macau-Hong Kong-Shenzen-Guangzhou
2) Hong Kong-Shenzen-Macau
3) Guangzhou-Shenzen-Macau-Hong Kong

Banyak info berguna di Shenzen di sini. Untuk panduan overland Shenzen-Hong Kong baca  sini

8 tempat menarik di Guangzhou selain daripada memborong

Tidak hanya mempunyai gudang dan mall yang menempatkan lokasi khusus untuk memborong. Di Guangzhou juga tidak kalah dengan tempat menarik lain yang boleh dilawati. Sejarah kedatangan Islam di China bermula di Guangzhou yang dulunya dikenali sebagai Canton. Masjid dan pelbagai landmark lain di kota ini perlu dilawati untuk mengetahui bagaimana sejarah Canton bermula dan hari ini bandar ini menjadi tumpuan pemborong seluruh dunia.

Tempat-tempat menarik di Guangzhou:

1) Canton tower
Merupakan mercu tanda Guangzhou. Tower ini akan mengadakan pertunjukan cahaya berwarna warni pada waktu malam. Untuk ke sini datang pada waktu malam lebih menarik dan meriah dengan pemandangan berwarna-warni silih berganti di bangunan ini. Turun di stesen Canton Tower, exit B, naik tangga dan ikut sign board ke sighseeing Canton Tower. Akan sampai terus di dataran Canton Tower tempat orang ramai berkumpul melihat pertunjukkan api warna-warni.



2) River Cruise at Pearl River
Jika ke Canton Tower, boleh menaiki river cruise yang bergerak mengelilingi sungai membawa anda menikmati kota Guangzhou dari ferry. Tambang cruise yang tidak terlalu mahal dan masih lagi berbaloi untuk dinaiki.

3) Yiu xie park
Taman di tengah2 kota batu di Bandar Guangzhou. Siapa sangka pemerintah China masih mengekalkan hutan hijau untuk aktiviti riadah masyarakat Guangzhou. Taman ini sangat besar dan bertingkat-tingkat dengan keluasan 920, 000 meter. Untuk kesini, sediakan tenaga yang mencukupi untuk jalan-jalan di sekitar taman ini. Turun di stesen Yie Xie Park, exit B1 ke pintu utama taman. Disini juga terletaknya Five Ram Statue.
                                        
4) Shamian Island
Pulau yang agak terpisah sedikit dari tanah besar merupakan antara tempat tumpuan pelancong di Guangzhou. Kawasan terpenting pada zaman Dinasti Qing. Tempat ini menjadi tumpuan untuk kaki photographer dan wedding mengabadikan kenangan di sini. Boleh masuk dengan percuma. Untuk ke sini turun di Huansgsha Station, exit 4, lintas Sky Bridge dan jalan terus. Waktu paling sesuai ke sini ialah antara bulan September ke November. Elakkan datang pada hujung minggu.

5) Sun Yat Sen Memorial Hall
Memorial Dr Sun Yat Sen yang merupakan watak terpenting yang mencetuskan revolusi di China yang juga presiden China yang pertama. Beliau juga merupakan seorang doctor perubatan. Stesen yang terdekat adalah Sun Yat Sen.Memorial Hall. 

Abadikan segala kenangan melancong anda ke Photobook. Buat photobook dengan harga murah dan berbaloi-baloi. Klik disini>>>Photobook Malaysia mengabadikan kenangan travel anda

6) Muzium Seni Guangzhou
Terletak dalam kawasan Yiu Xie Park tetapi perlu bayar sebelum memasukinya. Muzium yang menempatkan sejarah berkaitan kaligrafi China, lukisan, batuan dan sebagainya.

7) Shopping
Aktiviti wajib jika berkunjung ke Guangzhou ialah membeli belah. Status sebagai bandar borong dunia menjadikan aktiviti membeli belah di sini berbaloi-baloi dan lebih menjimatkan. Banyak mall yang boleh dikunjungi bergantung kepada barang yang hendak dibeli.

8) Melawat masjid
Guangzhou merupakan tempat persinggahan pertama saad bin abi waqas semasa mula2 berdakwah di China. Justeru, disini terdapat masjid yang sangat bersejarah bersempena dengan kedatangan Islam di China iaitu Masjid Huang Sheng dan juga Masjid Saad bin Abi Waqas.

Untuk lebih banyak tempat menarik di Guangzhou, lawati www.topchinatravel.com 

Info sebelumnya baca sini. Info best seterusnya sini



11 Tricks scammer di Guangzhou

Panduan di bawah memberikan anda info berkaitan trick scammer yang biasa dilakukan oleh warga cina di Guangzhou untuk menipu pelancong. Sentiasa berhati-hati supaya anda tidak menjadi mangsa penipuan. 

Jenis-jenis scammer yang biasa dilakukan oleh warga cina di Guangzhou

1) Naik teksi bermeter sahaja.
Naik teksi pastikan dia pakai meter dan minta resit (Kalau pandai guna DiDi apps lebih baik).

2) Perhatikan tangan driver apabila bayar tambang teksi.
Naik taxi pasti seorang duduk di depan. Sebelom bayar tambang taxi pastikan check dulu duit kita.. lepas bagi duit perhatikan tangan driver betul2. Kadang2 dia tukar duit palsu. Dia akan mintak kita bagi duit lain. Pastu dia akan ulang2. (Kalau ada wechat Pay lebih baik)

3) Jangan tukar duit di plaza borong.
Jika di plaza borong, akan ada yang akan jerit "change money, change money". Tolong jangan tukar duit di situ (Duit palsu sangat2 banyak).

4) Jangan tukar duit di money changer.
Jangan tukar duit kalau rate yang dia bagi melebihi dari rate semasa. Tinggi chance dapat duit palsu (cth hari ni rate RM1.65, tiba2 dia bagi RM1.70 )

5) Jangan bagi sedekah di plaza borong.
Kalau di plaza2 borong ada orang minta sedekah pastikan jangan bagi banyak2. Nanti semua datang kerumun smpai x boleh nak jalan.

6) Jangan bagi derma pada orang nak buat masjid.
Kalau di mana2 plaza borong jumpa orang nak minta derma buat masjid.Jangan bagi.Itu sindekit. Masjid tu x pernah siap dari 2013.

7) Jangan beli gadjet di jalanan
Kalau jumpa orang nak jual henpon secara sorok2, laptop, ipad, itu jangan beli.  Nanti dia swap dengan dummy set.

8) Jangan beli barangan jalanan
Di plaza2 borong juga nnt ada org jual paip air, mesin massage, mancis api,, jgn beli.. sbbnya byk brgnya kualiti xbagus.. harganya juga mahal..

9) Jangan beli phone yang dijual secara "sorok2".
Beli barang kalau x banyak check depan suplier (Lambat asal selamat).

10) Jangan beli manisan
Kalau jumpa orang jual manisan macam kuih bepang, jangan beli banyak2. Kalau dia dah potong wajib beli.

11) Jangan pergi ke bilik kebal bersendirian
Kalau ada yang ajak naik ke bilik kebal "go my office". Jangan ikut kalau berseorangan (Nasib x baik dia paksa beli, kalau x beli dia x bagi keluar dari bilik kebal tu.

 kredit: fb nur syawaludin 

Info bermanfaat sebelumnya klik sini. Lebih banyak info best baca di sini





Cari

Like Us

Hot in week

Recent

Comments

Follow Instagram

Translate

index