DISQUS SHORTNAME

Memaparkan catatan dengan label jalan-jalan cari masjid & makan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label jalan-jalan cari masjid & makan. Papar semua catatan

Rabu, 26 September 2018

Bakar Colok di Maqam Saad bin Abi Waqas: Khurafat atau budaya?

XIFU Naser telah mengulas tentang penggunaan colok oleh Cina Muslim dalam ruangannya minggu lepas. Ia lanjutan penularan video yang menunjukkan jemaah Cina Muslim berkopiah putih dan berjubah membakar colok dalam satu upacara di China. Saya menerima video yang sama daripada mereka yang inginkan penjelasan.

Colok, atau setanggi, adalah sejenis kemenyan yang berbau harum apabila dibakar. Ia digunakan oleh masyarakat Cina dalam upacara keagamaan; kebiasaannya di hadapan patung Buddha, gambar nenek-moyang atau dewa, serta di perkuburan. Selain istiadat keagamaan, colok juga digunakan sebagai pewangi rumah dan aromaterapi untuk tujuan meditasi.
 Masyarakat India yang beragama Hindu turut membakar colok dalam upacara keagamaan mereka. Malah, masyarakat Melayu dahulu kala juga membakar kemenyan pada setiap malam Jumaat dan hari Safar. Asap dan bau kemenyan dipercayai mampu menarik makhluk halus yang berada di dunia ghaib. Sebab itulah asap kemenyan merupakan satu kemestian dalam upacara ritual.

Sebuah video di laman YouTube menunjukkan masyarakat di desa Trunyan, Bali, Indonesia yang majoritinya beragama Hindu masih mengamalkan tradisi pengebumian yang aneh, di mana mayat tidak dikuburkan tetapi disandarkan pada pokok kemenyan. Mayat tidak berbau busuk kerana pokok kemenyan bukan sahaja mengeluarkan aroma yang harum malah mampu menyerap bau busuk mayat.

Amalan membakar colok sebagai pengharum telah diamalkan sejak turun-temurun oleh masyarakat Cina di Tanah Besar China termasuk dalam kalangan mereka yang beragama Islam. Sesetengah masjid di China menyediakan tempat untuk meletakkan colok di luar masjid. Para imam ('ahong’) dan jemaah akan berbaris untuk masuk ke dalam masjid sambil memegang colok yang dinyalakan dan colok tersebut akan ditinggalkan dalam bekas yang disediakan sebelum memasuki dewan solat.

Seperti yang dijelaskan oleh Xifu Naser, bakar colok dalam bahasa Cina ialah ‘jing xiang’ (Mandarin). Jing bermaksud ‘mempersembahkan’ dan xiang pula ‘wangi’. Maka, jing xiang maksudnya ‘mempersembahkan wangian’. Budaya membakar colok dalam ritual seperti yang disebut di atas juga merupakan simbolik kepada tanda hormat, sama ada untuk orang yang lebih tua atau tokoh yang dihormati.

Presiden Macma Malaysia, Prof Dr Taufiq Yap, yang baru sahaja melawat Guangzhou, China, turut melihat penggunaan colok di makam Saad Abi Waqas. Pengunjung Islam yang datang akan menyalakan api pada colok dan mencacakkannya dalam bekas yang disediakan di luar kawasan makam. Ia untuk menimbulkan bau harum di kawasan tersebut.



Begitu juga di makam dua ulama yang merupakan pengasas Masjid Niujie di Beijing; bekas colok disediakan di kawasan makam tersebut. Tradisi ini masih diamalkan hingga kini.

Selain itu, pembakaran gaharu (oud) juga merupakan adat orang Arab. Kepingan kayu gaharu direndam dalam minyak kemudiannya dibakar dalam dupa untuk asapnya juga dikenali sebagai 'bakhoor'. Kebiasaannya, mereka membakarnya untuk menghormati tetamu yang datang berziarah. Selain itu, ia juga digunakan semasa majlis keramaian, majlis ilmu, kematian, dan sebagainya.

Semasa Ramadan pula, kayu gaharu dibakar di dalam masjid semasa solat tarawih bagi mengeluarkan bau harum untuk keselesaan jemaah. Di Masjidil Haram, terdapat perasap (bekas membakar kemenyan) besar yang diisi dengan kayu gaharu.

Dikisahkan juga bahawa Imam Malik RA sentiasa berpakaian kemas dan harum serta beliau membakar bakhoor sebelum mula mengajar pada majlis-majlis ilmu. Asap bakhoor yang harum membantu meredakan ketegangan otot serta saraf dan mampu mengurangkan tekanan.

Dalam dunia serba moden kini, produk wangian juga telah berkembang dengan adanya pelbagai jenama pewangi sama ada beralkohol atau tanpa alkohol; kebanyakannya datang dari dunia Barat. Manakala pembakaran kayu gaharu, setanggi, kemenyan, mahupun colok pula dianggap sinonim dengan dunia perbomohan atau ritual keagamaan. Tanggapan ini salah.

Berdasarkan sejarah, tradisi dan contoh-contoh yang dinyatakan di atas, boleh dirumuskan bahawa penggunaan colok dan seumpamanya lebih merupakan budaya dan ia tidaklah bertentangan dengan agama jika bertujuan untuk mewujudkan suasana tenang, damai dan harum. Ia hanya menjadi haram sekiranya digunakan dalam ritual yang membawa kepada syirik terhadap ALLAH SWT.

* Penulis ialah Pengerusi Macma Kelantan dan AJK Perkim Kelantan

Sumber: http://www.sinarharian.com.my/kolumnis/johari-yap/colok-budaya-atau-agama-1.646755 

Info tentang tempat menarik di Guangzhou, klik sini. Tips hostel di Guangzhou baca sini



Khamis, 20 September 2018

Amalan khurafat di perkuburan Saad bin Abi Waqas

Perkuburan yang dikatakan mempunyai maqam sahabat Nabi Saad bin Abi Waqas menjadi tumpuan umat Islam seluruh dunia datang ke sini bagi menziarahi jasad manusia hebat ini. Hidup sezaman dengan Nabi Muhammad, baginda saidina Saad bin abi Waqas merupakan antara sahabat yang dijanjikan syurga serta antara sahabat yang pernah didoakan Nabi.

Keperibadian hebat baginda terserlah apabila sanggup mengorbankan segala kedudukannya sebagai seorang yang lahir dalam keluarga bangsawan semata-mata untuk bersama-sama nabi mengembangkan dakwah Islam. Baginda mengabadikan kehidupannya sehingga ke waktu tua untuk memberi sumbangan kepada perkembangan dunia Islam. Tenaganya digunakan sehingga baginda tidak mampu lagi mengangkat senjata menyertai peperangan dan akhirnya memilih untuk datang ke Canton  atas arahan Saidina Uthman melakukan dakwah disini. 

Dipercayai baginda menghembuskan nafasnya di kota ini pada usia 80 tahun. Masyarakat muslim di sini percaya sebuah maqam yang berada di dalam perkarangan masjid Saad bin Abi Waqas adalah merupakan maqam manusia terulung ini. Mereka mengabadikan jasadnya disitu dan pada hari ini kawasan tersebut juga merupakan terletaknya sebuah masjid ke dua di bandar Guangzhou yang diberikan sempena nama baginda iaitu Masjid Saad bin Abi Waqas.



Maqam ini terletak di dalam kawasan menuju ke masjid Saad bin Abi Waqas merupakan satu lokasi yang bertepatan bagi umat  Islam secara tidak langsung singgah untuk ke masjid atau mencari makanan halal di sekitarnya. Jika berkunjung ke kawasan perkuburan ini, dapat dilihat perkuburan kecil di sekitarnya. Maqam yang dipercayai Saidina Saad Bin Abi Waqas  terletak di dalam pondok kecil dan dilitupi kain yang berlapis-lapis. Masyarakat muslim di sini kadang-kadang akan melakukan upacara tahlil disini. Di pintu masuk pondok kecil tersebut dapat dilihat colok yang dibakar. 

Bagi orang Islam  dari Malaysia tentunya keadaan itu dilihat pelik dan dianggap sebagai khurafat di perkuburan kerana ianya seolah-olah berada dalam rumah  atau di perkuburan orang Cina. Muslim di Malaysia tidak mengamalkan adat sedemikian kerana colok merupakan peralatan khusus yang digunakan masyrakat Cina di sini untuk aktiviti sembahyang. Penggunaan colok di kawasan perkuburan tersebut dilihat tidak mematuhi adab di perkuburan orang Muslim bagi masyarakat Islam. Namum apakah budaya dan adat di Malaysia wajar diguna pakai untuk menjatuhkan hukum bagi Muslim di China? Baca di bahagian ke -2. 

Catatan sebelumnya klik sini. Info menarik seterusnya baca sini

Selasa, 4 September 2018

Jejak Sejarah Islam di Bumi Guangzhou:Sejarah kewujudan Masjid Huai Sheng

Dikenali dengan pelbagai nama sejak dari awal didirikan sehingga sekarang masyarakat Guangzhou mengenalnya sebagai Masjid Huai Sheng. Turut dikenali sebagai Lighthouse Mosque atau the Great Mosque of Canton sesuai dengan peranannya pada ketika itu sebagai masjid pertama yang didirikan bagi tujuan dakwah disini. Dibina pada kurun 750 M pada zaman Dinasti Tang.



Masjid ini dihanya bersejarah sebagai masjid pertama di China tetapi ianya turut menyimpan beribu kenangan sebagai masjid yang didirikan oleh pelopor dakwah di negara ini iaitu bapa saudara Nabi Saidina Saad bin Abi Waqas. Lantaran itu, masjid ini juga disebut sebagai Masjid Memorial yang merupakan masjid pertama di daratan Cina.

Kawasan masjid luasnya kira-kira 3,800 meter persegi. Seni bina bangunan masjid ini menggabungkan unsur seni bina klasik China dan Arab. Ketika memasuki pintu masjid ini, terdapat gedung melihat anak sabit. Walaupun bangunan yang dibina semula pada tahun 1695 ini tidak begitu besar, tetapi kelihatan amat cantik jika dipandang dari jauh. Dua serambi yang panjang terletak di kedua-dua belah Bangunan Melihat Anak Bulan. Di dalamnya terdapat 10 buah batu bersurat yang mencatatkan sejarah Masjid Huaisheng.

Ruang sembahyang yang bercirikan seni bina tradisional China dibina semula pada tahun 1935. Ruang itu boleh menampung lebih seribu orang umat Islam bersolat berjemaah pada satu masa.

Berhampiran dengan ruang sembahyang yang menghadap ke arah tanah suci Mekah ialah bilik penyimpanan kitab, yang menyimpan pelbagai salinan al-Quran. Ruang solat masjid ini sangat biasa dengan tulisan ayat-ayat suci a quran di dinding sebagai hiasan dalaman masjid.

Selain itu, terdapat sebuah menara yang dipanggil menara bercahaya setinggi 36.3 meter di bahagian barat daya halaman masjid tersebut. Badan menara ini berbentuk bujur manakala bahagian atasnya tajam. Oleh itu, Masjid Huaisheng juga dipanggil sebagai masjid Guangta yang bererti menara bercahaya oleh penduduk tempatan. Menara yang telah dibina semula pada tahun 1934 ini bercirikan seni bina Arab. 

Catatan sebelumnya baca sini. Klik sini untuk info yang lebih menarik tentang tempat shopping di Guangzhou. 


Isnin, 2 Julai 2018

Trip ke Indochina di China: panduan lengkap ke Masjid Saad bin Abi Waqas di Guangzhou

     Masjid lama yang diberi nama sempena bapa saudara Nabi iaitu Saidina Saad bin Sbi Waqqas. Dipercayai beliau merupakan orang bertanggungjawab yang menyebabkan tersebarnya Islam di sini dan seluruh China. Di perkarangan masjid ini tidak hanya terletak masjid yang diberi sempena nama beliau tetapi juga turut terdapat maqam yang dipercayai penduduk tempatan merupakan maqam baginda. Maqam Saad bin Abi Waqas terletak berhampiran pintu masuk masjid sebelum jalan menuju ke masjid yang terletak jauh ke dalam. Tetapi seluruh perkarangan masjid ini berkonsepkan masjid dalam taman. Sebelum sampai ke masjid, boleh laa menikmati pemandangan atau berehat di taman.

     Panduan untuk ke masjid ini:

     1) Berhenti di MRT Yieu Xie Park
     2) Keluarkan ikut exit B2 
     3) Ambik kiri
    4) Jalan terus sehingga berjumpa masjid


pintu masuk ke masjid 


keadaan di dalam masjid 





Trip ke Indochina di China:kembara melawat masjid tertua Huai Sheng di Guangzhou

Jika ramai rakyat Malaysia yang mengenali Guangzhou sebagai pusat pemborong terkemuka di dunia, pastinya ramai yang tidak menyangka di Quangzhou terdapat masjid lama yang wujud sejak 1300 tahun. Masjid Huai Sheng merupakan masjid utama di Guangzhou dan merupakan antara masjid tertua yang wujud di dunia. Dipercayai masjid ini merupakan masjid pertama yang dibina oleh Saad bin Abi Waqqas ketika mengembangkan Islam di Quangzhou yang dulunya dikenali sebagai Canton. Justeru masjid ini turut dikenali sebagai Great Mosque of Canton.

Jika kesini, masjid ini seharusnya mesti dituju untuk program kembara masjid di Guangzhou. Masjid ini dipercayai masjid tertua yang wujud di Quangzhou. Rekabentuk masjid ini jika dilihat dari luar tidak laa siapa menyangka ianya merupakan sebuah masjid. Namun keadaan di dalam masjid tetap menampilkan keunikan tersendiri dengan sebuah bangunan bercirikan senibina China. Perkarangan masjid terjaga kemas. malah sebaik memasuki pintu masjid, terdapat sebuah bilik kecik di sebelah kiri yang menempatkan bilik petugas masjid.



Pintu masuk ke masjid Huai Sheng

Panduan lengkap untuk ke Masjid Huai Sheng

1) Berhenti di MRT Ximenkou
2) Exit C
3) Amik kiri, jalan terus
4) Sampai simpang 4, lintas jalan (terus/straight)
5) Jalan terus lagi sehingga jumpa simpang 4
5) Belok kiri

Tips:
1) Jika tidak berjumpa, cari restoran makanan halal dan tanyakan arah ke masjid ini dengan pekedai. 
2) Tunjukkan gambar pintu masuk masjid ini kepada orang ramai untuk bertanyakan arah masjid. 

Catatan perjalanan sebelumnya baca sini. Klik sini untuk perkongsian lebih menarik. 







Trip ke Indochina di China: panduan mudah ke masjid utama di Shenzen

Di Shenzen hanya terdapat satu sahaja masjid besar bagi keperluan muslim China untuk berjemaah. Ianya merupakan masjid baru yang baru sahaja siap sepenuhnya pada tahun 2017. 

Bangunan masjid setinggi 3 tingkat dengan bahagian bawah menempatkan dewan beserta dapur. Dewan solat lelaki terletak di tingkat satu dan dewan solat perempuan adalah di tingkat atas. Bangunan masjid ini mempunyai lift. Sekitar kawasan masjid ini boleh ditemui dengan mudah restoran yang menyediakan makanan halal. Pada hari Jumaat selepas solat jumaat masjid ini menyediakan jamuan kepada jemaah solat.
 

Panduan ke Masjid Shenzen

1) Berhenti MRT Maling
2) Exit pintu B
3) Pandang terus ke kanan, nampak restoran halal
4) Masjid Shenzen terletak sebelah restoran tersebut 

Baca info lengkap tentang Guangzhou di sini. Info tempat menarik di Shenzen klik sini.




Trip ke Indochina di Hong Kong: Panduan lengkap melawat 3 masjid utama di Hong Kong

Walaupun Hong Kong sebuah bandaraya besar dan terkemuka yang jarang didengar tentang masyarakat Muslim disana. Tetapi, bandar ini mempunyai 3 masjid utama yang menjadi tumpuan warga expatriat terutamanya dari negara Arab dan juga Indonesia yang bekerja mencari rezeki di kota ini. Lokasi masjid utama di  Hong Kong mudah untuk dicari kerana terletak di laluan utama. Tetapi perlu bertanya pada orang yang betul. 

Panduan kembara melawat Masjid di Hong Kong

1)    Masjid Kowloon
Masjid ini terletak betul-betul di tengah-tengah bandar Hong Kong yang merupakan masjid utama dan paling besar. Dibelakangnya merupakan Taman Kowloon. Berhadapan pintu masuk masjid ini terdapat bus stop. Untuk kesini menggunakan MTR perlu berhenti di stesen MTR Tsim Tsa Tsui. Setelah keluar dari stesen, amik kiri dan jalan beberapa langkah akan bertemu dengan masjid ini.



3)    Masjid Jamia
Masjid ini terletak di atas bukit dan merupakan masjid tertua di Hong Kong. Untuk kesampai ke sini perlu mendaki jalan, atau menggunakan tangga. Namun paling best ada disediakan lift untuk naik sahaja. Sementara untuk turun tidak ada pilihan melainkan perlu menuruni anak tangga untuk kebawah. Dari jetty ferry, hanya perlu mengikuti sahaja laluan berbumbung sehingga bertemu dengan laluan yang mempunyai lift dan teruskan perjalanan sehingga bertemu pintu pagar masjid berwarna hijau di sebelah kiri. Masjid ini agak kecil tidak ubah seperti sebuah rumah banglo. Dalam persekitaran masjid terdapat rumah warga Pakistan yang telah mendiami kawasan tersebut berpuluh-puluh tahun lamanya.


 

2)    Masjid Ammar
Masjid ini seperti bangunan kedai 4 tingkat yang terletak di hadapan jalan. Disebut juga sebagai masjid Wan Chai.Di masjid ini aktiviti keagamaan lebih banyak diadakan dan terdapat juga kantin yang menyediakan makanan halal. Bagi yang kesini pada hari Jumaat, boleh laa bersembahyang Jumaat dimana wanita juga turut  bersolat Jumaat.Berbanding masjid2 lain di Hong Kong, masjid ini agak sukar dijumpai. untuk ke masjid ini:
1) turun di station Wan Chai amik exit A
2) dari pintu keluar, hadapannya ada tram station. 
3) Naik tram ke arah Causeway Bay 
4) Turun di station Tonochy road (no 47E atau 52W)
5) Turun tram akan nampak court basketball dan ada laluan sebelahnya
6) ikut laluan itu, naik tangga, ada traffic light berhadapan dengan kedai 7e
8) Bangunan belakang convenient store adalah Masjid Ammar. Jalan terus sampai hujung bangunan, belok kiri jumpa pintu masuk.




Trip ke Indochina di Vietnam: panduan berguna tentang makanan halal di Vietnam

Ini adalah panduan umum bagi yang ingin mendapatkan gambaran mengenai makanan halal di Vietnam. Panduan mudah ini supaya anda dapat membuat persediaan sepatutnya berkaitan makanan apabila ke Vietnam. 



1) Sepanjang backpacking di Vietnam dan membuat beberapa persinggahan di HCMC, Mui Ne, Dalat, Danang dan Hanoi, makanan halal sangat sukar diperoleh kecuali di HCMC. Area Bent Tant Market  banyak restoran halal yang menyajikan menu2 nasi dan lauk pauk yang boleh dinikmati oleh pelancong. Bagi yang berbackpacking dengan jumlah wang yang terhad, menikmati menu di Vietnam menyebabkan peningkatan kos yang banyak.

2) Di bandar-bandar utama Vietnam seperti Hanoi, Danang dan Dalat restoran ada restoran makanan halal tetapi tidak laa sebanyak di HCMC. Anda perlu menjelajah mencari lokasi restoran tersebut. Jika anda tidak kisah menghabiskan masa untuk mencari, makan di restoran adalah pilihan terbaik. 

3)  Di Mui Ne ada restoran seafood yang boleh dicuba untuk menikmati makanan halal disini.

4) Dinasihatkan untuk membawa makanan kering dan segera seperti manggi, serunding, pek segera nasi daripada Malaysia sekiranya ingin mengunjungi Vietnam jika tidak ingin berbelanja banyak pada makanan. Tetapi jika anda tidak kisah tentang makanan dan boleh hidup serta bertenaga tanpa nasi tentunya terdapat banyak buah-buahan yang boleh dibeli bagi mengalas perut. Harga buah-buahan tempatan secara relatifnya lebih murah atau hampir sampir berbanding Malaysia.

5) Di pasar malam ada ubi, jagung bakar atau rebus yang boleh dibeli untuk mengalas perut bagi traveller tegar yang ingin menjimatkan wang makan.

Catatan sebelumnya klik sini. Catatan menaiki bas ke Mui Ne klik sini.




Jumaat, 30 Mac 2018

Trip Indochina di Kemboja: senarai kedai makanan halal di Phnom Penh

Mencari kedai makanan halal di Phnom Penh masih lagi senang berbanding daerah lain di Kemboja. Sebagai bandar utama di Kemboja tentunya ada orang Islam yang menetap di sini. Walaupun penduduk Islam hanya minoriti disini tetapi masih terdapat kedai-kedai yang menjual makanan halal di Phnom Penh.

1) Area masjid
Sekitar masjid besar di Phnom Penh iaitu Masjid al-Serkal sebagai masjid utama. Di sekitar masjid ini terdapat banyak kedai halal.

2) Area Central Market
Terdapat restoran halal berdekatan Central Market.

3) Area Royal Palace
Terdapat satu restoran halal berdekatan tempat ini di sebelah Frangipani Royal Hotel.


4) Asmak81
Makanan sedap dan murah serta berbaloi dengan harga.

3) KFC di area waterfront
KFC di Kemboja ada pengiktirafan halal.

4) Secret Recipe
Restoran ini juga mempunyai sijil halal.

Penginapan
1) Area river front
Di Phnom Penh penginapan paling strategic ialah berdekatan dengan river side iaitu terletak berhampiran dengan Royal Palace Kemboja. Kawasan ini lebih meriah dengan aktiviti pada waktu petang dan juga malam. Jika waktu pagi boleh melihat matahari tertib dan melihat warga kemboja yang memanfaatkan waktu pagi untuk bersenam. Terdapat banyak hostel murah di kawasan ini.


Rabu, 28 Mac 2018

Trip Indochina di Thailand: Panduan lokasi makanan halal di Bangkok

Bandar raya Bangkok antara bandar di Thailand yang mudah untuk mendapatkan makanan halal walaupun majoriti masyarakatnya beragama Budha namun masyarakat Islam tetap ada di Negara Gajah Putih. Lokasi makanan halal banyak terdapat di kawasan komuniti Muslim Thai. Di Bangkok jika berkungjung ke sini, tidak sesukar untuk mencari makanan halal seperti di Vietnam. Disini masih dikira agak senang untuk mencuba makanan Thailand versi halal bagi pelancong Muslim. 



1) 7 eleven

Jika sukar untuk mencari kedai makanan halal disekitarnya, cuba  ke 7 eleven kerana kedai serbaneka 24 jam ini ada menjual makanan halal seperti biskut, maggi yang mendapat kelulusan logo halal dari pihak agama Islam Thailand.

2) Chatuchak weekend market
Terdapat satu kedai makan halal yang menjual nasi ayam Thailand dan pelbagai jenis masakan yang lain. Nasi ayam disini tersangat lain dengan nasi ayam di Malaysia kerana disini sos nasi ayam dihidangkan dengan cili hijau dan juga merah. Tetapi portion hidangan agak sikit dan tidak puas makan ditambah nasi ayamnya  sangat sedap. Terdapat juga kedai makan halal yang menjual pelbagai makanan yang lain.

3) Stesen keretapi Hua Lamphong
Keluar dari stesen Hua Lamphong akan nampak bangunan KFC dan 7e. Ikut lorong sebelah 7e sampai ke hujung belok kiri.

4)  Khoasan Road
Tidak jauh dari Khoasan Road terdapat masjid Cakrapong yang mana disekitar masjid ini terdapat kedai yang menjual makanan halal. Untuk ke masjid ini, anda hanya perlu mencari lorong kecik berhadapan dengan pasaraya tidak jauh dari balai polis Khoasan Road.

5) Area Ramkamhaeng Station (ARL)
Terdapat sederet kedai makanan halal yang murah dan sedap dalam lingkungan 1 km dari stesen tersebut. Untuk kesini, lebih baik amik teksi dengan tambang 40 bath (teksi bermeter) lebih murah berbanding Grab.

6)  BTS Ratchatdewi
Stesen ini merupakan stesen terdekat untuk ke masjid aman di mana di sekitar masjid ini terdapat kedai makan halal.

7)  Pratunam Market
Jika anda berada di sekitar kawasan membeli belah ini, terdapat restoran halal iaitu Samat Muslim Restaurant  atau Shadi Home Restoran berdekatan dengan ARL Ratchapraprop.

8) MBK Mall
Dalam mall ini ada terdapat food court halal juga mempunyai kemudahan surau. 

Baca sini tempat-tempat menarik di Bangkok. Info tempat solat di Bangkok klik sini. Tempah photobook murah di Photobook Malaysia.

Jumaat, 23 Mac 2018

Trip Indochina di Kemboja: panduan mencari makanan halal di Siem Riep

Di Siem Riep sangat mudah mendapatkan makanan halal. Hanya perlu mencari Masjid An Nekmah yang terletak tidak jauh dari Old Market dengan hanya berjalan kaki sahaja. Disini merupakan penempatan bagi penduduk muslim Kemboja. Bagaimana penduduk muslim boleh berpindah ke sini dan membina komuniti muslim ianya berkait rapat dengan sejarah penindasan kerajaan Pol Pot. Sepanjang jalan menuju ke sini, dapat dilihat keadaan kampong sebenar. Rumah-rumah orang Kemboja rata-ratanya rumah kayu dengan keadaan yang sangat daif.


 Menu hidangan halal yang paling popular disini di kalangan penduduk tempatan dan pelancong Malaysia adalah “ lembu naik bukit”. Bagi yang kesini, menu ini adalah menu yang wajib dicuba. Bagaimanakah rupa lembu naik bukit, tentunya ianya menjadi persoalan di benak fikiran anda. Tetapi setelah melihat sendiri menu tersebut dan bagaimana kreatifnya orang Kemboja memberikan nama masakan tersebut yang akan keluar daripada mulut anda ialah….”oooooo..mcm ni rupanya”.

Muslim Family Restaurant antara kedai paling best di Siem Riep. Harga berpatutan jika dibandingkan dengan kedai lain, walaupun harga sama dengan kedai lain tapi portion berbeza. Yang penting owner sangat baik dan peramah.Kedai ini terletak betul-betul di sebelah masjid. 

Info berkaitan penginapan baca sini. Perjalanan dari Bangkok ke Siem Riep klik sini. Tempat menarik di Battambang klik sini


Khamis, 22 Mac 2018

Trip Indochina di Kemboja: Jalan-jalan cari Masjid An-Nekmah di Siem Riep

Berdekatan area Old Market dengan hanya berjalan kaki anda boleh sampai ke Masjid An Nekmah. Masjid ini adalah masjid utama di Siem Riep dan digunakan oleh penduduk muslim disini untuk menunaikan solat 5 waktu, termasuk solat Jumaat dan hari raya.

Dengan bangunan 2 tingkat masjid ini agak besar untuk menampung keperluan orang muslim menunaikan solat. Di dalam ruang sekitar masjid ini terletak rumah imam dan belakang masjid ini adanya sekolah agama.

Kawasan sekitar Masjid An Nekmah merupakan kawasan penempatan orang muslim di Kemboja sejak lama dahulu. Tetapi perkampungan ini semakin mengecil apabila ramai yang melarikan diri semasa zaman kekejaman Pol Pot. Muslim yang ada disini sekarang sama ada yang bertahan tetap tinggal disini atau kembali semula ke sini. Ramai yang terpaksa melarikan dari kampong mencari perlindungan ke tempat lain sama ada ke Battambong atau Kg Champ.

Ruang sembahyang untuk perempuan terletak di tingkat atas. Tetapi keadaan agak seram dan semacam tidak begitu digunakan.  Bagi perempuan yang ingin solat di masjid ini boleh tumpang solat di bahagian belakang kawasan solat lelaki. Walaupun di depan dan kawasan sekitar masjid ini adalah keluarga muslim, tetapi tidak ramai terutamanya wanita yang mengambil kesempatan untuk bersembahyang Jemaah di masjid ini. Dapat dilihat terdapat telekung-telekung baru yang belum dibuka berkeadaan elok dalam plastik banyak terdapat di rak kain sembahyang. Jika pada waktu solat maghrib dan Isyak agak menyeramkan untuk solat seorang diri dalam masjid ini. Print gambar melancong anda dan abadikan dalam photobook dengan harga murah dan diskaun klik sini.

Info makanan halal di Siem Riep, klik sini. Baca sini panduan penting melancong di Kemboja. 

Sabtu, 10 Februari 2018

Trip Indochina di Thailand: panduan tempat solat di Bangkok


Melancong bukan bermakna harus meninggalkan solat. Kewajipan solat wajib dibuat tetapi boleh menggunakan ruksah dalam solat iaitu dengan solat jamak dan qasar. Berikut adalah tempat yang menyediakan kemudahan surau atau masji di Bangkok. 

1) Hua Lamphong stesen
Dalam stesen keretap utama Bangkok ada terdapat kemudahan surau dan juga locker untuk tempat menyimpan barang.

2) Berhampiran Asiatique
Di seberang jalan Asiatique ada masjid Bang Uthit serta komuniti Muslim.

3) Chatuchak Weekend Market
Dekat gate 5 ada musolla kat situ serta peniaga makanan halal.

4) Mall MBK
Di tingkat 6 terdapat satu foodcourt yang menjual makanan halal dan disini juga turut disediakan surau. Foodcourt ini lebih murah dan makanan lebih sedap. Lepas makan boleh terus singgah solat jamak di surau sebelahnya.
                                                   

5) Khoasan Road
Di area sini ada Masjid Chakrapong yang hanya terletak di hadapan jalan utama Khoasan Road tetapi perlu memasuki lorong dalam 50m.

6) Bts Ratchatewi
Seberang jalan ke Petchaburi Soi 7 ada berderet kedai halal dan disini juga dekat dengan Masjid Darul Aman.

Selasa, 6 Februari 2018

Trip Indochina di Thailand: Panduan lengkap lokasi makanan halal di Khoasan Road

Lokasi makanan halal di Khoasan Road boleh dijumpai di sekitar masjid. Pasti tiada siapa menyangka di sebalik hirup pikuk Khoasan Road yang bising dan hingar terdapat sebuah masjid di sekitar tersebut. Jalan menuju ke masjid ini hanyalah melalui lorong kecik dan sempit dihimpit dengan rumah kiri dan kanan. Untuk mencari lorong ini perlu diperhatikan betul-betul jika tidak anda mungkin tidak perasan dengan papan tanda.

Tetapi untuk mencari lorong ini tidak susah. Ianya terletak betul-betul berhadapan dengan jalan besar dan berhadapan dengan pasaraya besar tidak jauh dari balai polis Khaosan Road.

Hanya berjalan kurang lebih 50 meter ke dalam lorong ini, anda akan bertemu dengan masjid Chakrapong. Di sekitar masjid ini terdapat kedai makan halal yang sedap dan berpatutan. Jika anda pencinta makanan Thailand dan travel dengan budget minimum, lokasi ini harus dikunjungi untuk mencuba makanan Thailand. 



Satu lagi tempat makan yang suggest ialah kedai makan Mak Cik Fatimah, berdekatan dengan kedai ice cream Swen Sen. Sup dia sedap.(suggest oleh Jeffrey Jamil (fb).


 Ketahui cara ke Chatucak Weekend Market sini. Tempat solat di Bangkok baca sini.


Khamis, 18 Januari 2018

Trip Indochina di Thailand: Lokasi makanan halal sedap dan murah di Hatyai

Hatyai dan makanan tidak dapat dipisahkan. Tidak susah mencari makanan halal di sini. Dengan harga makanan murah dan makanan Thailand yang sedap dan enak sememangnya menjadi kegemaran orang Malaysia. Syurga makanan bagi orang Malaysia yang datang ke Hatyai semata-mata untuk food hunting.

1) Burger 7e Hatyai      
Boleh terus dimakan Cuma perlu dipanaskan di dalam microwave dekat kaunter. Harga dalam lingkungan RM 3 sahaja. Sangat sedap dan berbaloi dengan harga. Perhatikan logo halal kerana ada juga burger pork.

kredit gambar: fb 

2) Hatyai Plaza Trade Centre
Berdekatan dengan Tower Clock tengah-tengah bandar Hatyai.  Tangga ke tingkat 3 kedai ini banyak tahi burung dan kelihatan terbiar. Tetapi makanan disini sangat sedap dengan harga berbaloi-baloi.  Banyak kedai borong-borong pakaian dan lebih murah dari tempat tetapi tempat ini agak seram dan kotor.  Kedai dalam plaza ini buka sehingga petang sahaja.
                    Kredit sumber gambar dan info: Ma Aziz (fb)

3) Asean Night Market
macam-macam makanan ada dan disini ada yang jual makanan halal pankek banana, pulut ayam, kerabu kaki ayam, dan lain-lain.

4) Klong Hae Floating Market
Lokasi tempat makan yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Pelbagai jenis makanan Thailand boleh didapati disini. 

5) Area Lee Plaza
Area Lee Garden tidak jauh dari stesen keretapi Hatyai boleh ditemukan dengan mudah penjual gerai bertudung yang menjual makanan. 

6) Depan stesen keretapi Hatyai
Di sebelah kiri berdepan pintu masuk ke stesen keretapi ada terdapat bangunan. Sederet kedai tersebut ada salah satu yang menjual makanan halal. 


Baca tentang hotel Hatyai sini. Ketahui tempat menarik di Hatyai klik  sini. Buat photobook murah dengan diskaun di sini.

Cari

Like Us

Hot in week

Recent

Comments

Follow Instagram

Translate

index